[VIRAL] Pok Ya Cong Codei Dilantik Sebagai Duta Umrah Congcodei Oleh Syarikat Richworld Travel & Tours

by - Khamis, April 12, 2018

Doakan Cheq Sempoi & Keluarga Dapat Jadi Tetamu Allah S.W.T Secepat Mungkin!! Aamin...
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bertuahnya Cheq Sempoi baru-baru ini berpeluang menghadiri satu majlis menandatangi perjanjian persefahaman (MoU) diantara Richworld Travel & Tours Sdn. Bhd. dengan Kazai Innovative Ideas Solution (Kazai Inovative) dan bersama selebriti terkenal, pelawak dan pelakon, Mohd Sabri Yunus atau nama viralnya dalam sebuah telemovie, Pok Ya Cong Codei.


Mohd Radzuan (dua, kiri) menunjukkan dokumen perjanjian kepada Sabri Yunus sambil diperhatikan Nor Zaizalina (kiri) dan peguam syarikat, Aizal Ismail (kanan)

Majlis kerjasama yang dimeterai adalah bertujuan bagi menyediakan perkhidmatan umrah yang dikenali sebagai Pakej Umrah Congcodei serta secara tidak langsung mempromosikan "HALAL Travel" di Malaysia dengan menumpukan kepada pelancongan Islam, lawatan ke industri halal dan latihan berkaitan halal di Malaysia oleh Kazai Inovative.

Perlantikan Sabri Yunus selaku duta berkuatkuasa setahun, mulai Februari yang lalu. Pengerusi Eksekutif, Richworld Travel & Tours berkata, pemilihan Sabri Yunus adalah tepat melalui watak Pok Ya Cong Codei mencetuskan fenomena luar biasa sejak ditayangkan di kaca TV baru-baru ini.

Sabri Yunus - Duta Umrah Congcodei
Menurut Sabri Yunus pula langkah beliau mempatenkan jenama itu sebulan lalu adalah bertujuan supaya tidak disalahgunakan oleh mereka yang menjalankan perniagaan dengan kapasiti yang besar, dan meraih keuntungan dalam mengambil kesempatan ini.

Sesi Q & A Oleh Media
Rombongan sulong umrah yang dijangka berangkat pada musim haji sekitar bulan Oktober dengan mensasarkan kira-kira 1,000 orang jemaah dengan pakej umrah Congcodei menawarkan harga bermula RM5,450 untuk tempoh 12 hari dan 10 malam.
"Pakej ini menyediakan pengisian menarik. Selain penginapan di Concorde Madinah dan Makkah. Pelanggan pakej juga dapat mengerjakan umrah bersama Pok Ya Cong Codei, menyertai majlis khatam Al-Quran di Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil Haram di Makkah serta majlis tahlil". 
- En. Mohd Radzuan -
(Pengerusi Eksekutif Richworld Travel & Tours)
Mengikut Mazhab Syafie, ibadat umrah boleh dilaksanakan pada bila-bila masa dalam kehidupan seorang Muslim. Seseorang itu tidak dikira berdosa jika menangguhkan kewajipan umrah apabila sudah cukup syarat kemampuan selama mana dia dapat melakukannya sebelum dia meninggal dunia.

Kredit gambar by Dboy
Kredit gambar by marou
Namun begitu, adalah afdal menyegerakan kewajipan umrah ini untuk melepaskan tanggungan kewajipan ini atas diri seseorang Muslim. Mengikut mazhab Syafie lagi, hukum mengerjakan umrah adalah wajib dan ia hendaklah dikerjakan oleh setiap orang Islam sekali seumur hidup.

Ini berdasarkan firman Allah SWT:
“Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah,” - Surah al-Baqarah:196.

UMRAH merupakan antara ibadah yang disyariatkan Allah SWT kepada setiap hamba-Nya. Pelaksanaannya adalah manifestasi ketaatan seorang hamba dalam usaha mendekatkan diri kepada-Nya.

Jom!!! Daftar sekarang dan berdoa  semoga kita menjadi tetamu Allah SWT & menjadi jemaah sulong Pakej Umrah Congcodei bersama selebriti Sabri Yunus yang akan datang.


Untuk info lanjut sila layari :

RICHWORLD TRAVEL & TOURS SDN BHD
tel : 03 9174 7004 / 7003
fax : 03 9174 7005
WA : 011 2004 8989

You May Also Like

0 PEMBERI ULASAN