• Home
  • About
  • Contact
  • lifestyle
  • foods
  • filem
  • education
  • PARENTING
  • sitemap
  • PRIVACY

Cheq Sempoi



Assalamualaikum pembuka bicara, 
kali ini kita berpantun pula,
khas untuk semua wanita di luar sana, 
istimewa kepada semua wanita.
Chewahhh!!

Cheq Sempoi here!!! 
Wanita cantik memang selalu menjadi idaman. Kerana kecantikannya, hati lelaki menjadi luluh dan terpikat. Sebab itulah wanita dengan dunia kecantikan tidak dapat dipisahkan.



TERBARU ~ KECANTIKAN SEORANG WANITA BERMULA DENGAN SAFI DERMASAFE JENAMA HALAL NO 1 MALAYSIA


Syantik tak kulit Cheq Sempoi?
Adoi...Cheq Sempoi nak bagi tau satu rahsia ni. Mai dekat-dekat sikit. Ramai yang tanya pasal Kulit Cheq Sempoi yang nampak licin tak dak jerawat dari dulu sampai sekarang. Ha.. ni la yang Cheq Sempoi marah ni, gara-gara adik Cheq Sempoi nama dia Rahimah. Dia suruh cuba produk Safi masa zaman sekolah tingkatan 2 kira-kira tahun 1990. Woww!! 28 tahun yang lepas. Paling best walaupun masih sekolah tapi mampu beli produk Safi. Opsss... Cukup setakat ni saja rahsia Cheq Sempoi bongkarkan.

Gadis generasi masa kini percaya kulit yang sihat adalah umpama kanvas yang membiaskan keyakinan diri mereka. Namun kembara kecantikan mereka dalam menzahirkan impian memiliki raut wajah mempesona, berseri dan bermaya berakhir dengan lambakan lautan pelbagai jenis formulasi produk penjagaan wajah yang tidak memenuhi keperluan khusus kulit muka mereka. 

Ok Girls! Hidup ini terlalu indah untuk kamu bermurung! percayalah setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya!. Bawa Bertenang! kerana SAFI DERMASAFE adalah jawapannya!.


Dari mana datangnya lintah,
dari sawah turun ke kali,
dari mana datangnya cinta,
dari safi turun ke hati....

Mulakan transformasi kecantikan dan keyakinan diri dengan kulit yang sihat bersama SAFI DERMASAFE kesinambungan kembara kecantikan terbaharu daripada SAFI Jenama Halal No.1 Malaysia. Rangkaian Inovasi kecantikan terbaharu daripada SAFI ini adalah hasil komitmen berterusan di dalam penyelidikan dan pembangunan produk oleh SERI (SAFI Excellence in Research and Innovation) makmal produk HALAL terbesar di dunia. 

KEPUTUSAN KAJIAN DAN PENYELIDIKAN YANG SENTIASA DIPANTAU SERTA DIJAGA KUALITINYA

SAFI DERMASAFE adalah rangkaian produk penjagaan wajah “mesra kulit”yang diuji secara dermatologi, tanpa alergen dan diperakui halal, mempunyai kadar pH yang seimbang, dengan rangkaian produk pembersih wajah tanpa paraben. Serta produk penyegar dan pelembap dengan kombinasi formulasi bahan-bahan bebas daripada pewangi, pewarna, alkohol, minyak mineral dan ujian keatas haiwan. 



Buah manis namun berduri,
jatuh bunganya ke tepi kali.
Wajah putih amat berseri,
Kalau senyum manis sekali.

SAFI DERMASAFE sesuai digunakan untuk semua jenis kulit dan juga mereka yang mempunyai kulit sensitif. Rangkaian SAFI DERMASAFE turut merumuskan khasiat kecantikan sumber semulajadi ekstrak Bunga Chamomile dan Likouris. Kedua-dua bahan ini mengandungi manfaat terupatik dan anti-radang yang dapat mengurangkan dan mengatasi masalah kulit sensitif seperti jerawat, ruam dan menyamankan kulit dari kerengsaan selain membuatkan kulit lebih segar dan bermaya.


Majlis pelancaran SAFI DERMASAFE turut menjemput Dr Maryati Maharon, Pakar Estetik Perubatan.


TERDAPAT 5 JENIS PRODUK PENJAGAAN WAJAH TERBARU RANGKAIAN SAFI DERMASAFE 




Pembersih Muka Mousse Gentle Care 
Pembersih lembut dan ringan yang menghasilkan buih lembut dengan hanya satu pam. Diperkaya dengan esktrak Likuoris dan Chamomile, ia membersihkan kulit secara mendalam sambil mengurangkan kemerahan dan kerengsaan untuk keselesaan pada wajah. Formula yang tidak kering dan anti-pencemar ini membantu melindungi kulit dari pencemaran alam sekitar (Anti-PM2.5) sambil mengekalkan kelembapan pada kulit agar kulit kekal segar dan bermaya. 

HARGA: RM28.90 (150 ml) 



Pembersih Muka Gel Mild & Gentle 
Diperkaya dengan esktrak Likuoris dan Chamomile membersihkan kulit secara mendalam sambil mengurangkan kemerahan dan kerengsaan pada wajah untuk keselesan kulit. Ia juga membantu mengekalkan keseimbangan pada kelembapan kulit agar kulit lebih sihat dan berseri. 

HARGA: RM19.90 (100 g) 



Semburan Penyegar & Pelembap Muka, Booster Hydrate & Refresh 
Diperkaya dengan ekstrak Likouris dan Chamomile mempunyai kebaikan 2 dalam 1 yang mengekalkan kelembapan pada wajah sambil memperkuat struktur, melindungi kulit daripada pencemaran dan membolehkan solekan kekal lama. 

HARGA: RM 39.90 (100 ml) 



Pelembap Siang Soothe & Hydrate 
Diperkaya dengan ramuan semulajadi ekstrak Likuoris dan chamomile yang menyegarkan. Tidak berminyak dan pantas menyerap ke dalam kulit menjadikan kulit kekal lembap selama 24 jam. 

HARGA: RM35.90 (50 g) 



Pelembap Malam Rehydrate & Recover 
Diperkaya dengan ramuan semulajadi ekstrak Likuoris dan chamomile yang mudah meresap kedalam kulit dan membantu merawat kulit muka tanpa meninggalkan kesan minyak terutamanya ketika anda sedang tidur. 

HARGA: RM48.90 (50 g)

Rangkaian produk SAFI DERMASAFE kini berada dipasaran pada harga RM19.90 hingga RM48.90 dan boleh didapati secara ekslusif di WATSONS – rangkaian farmasi dan toko produk penjagaan diri terbesar di Malaysia. 

Untuk maklumat lanjut & promosi...

sila layari laman sesawang rasmi SAFI www.safi.com.my

Facebook rasmi SAFI
www.facebook.com/SAFIMalaysia 

Instagram rasmi SAFI www.instagram.com/SAFIMalaysia

Budaya mengumpat perlu dijauhi,
Membuang masa tiada gunanya ,
Saidatina Khadijah kita contohi ,
Berusaha menjadi seanggun peribadinya.
Share
Tweet
Pin
Share
6 PEMBERI ULASAN
Newer Posts
Older Posts

Senarai Blog Saya

  • Rina Zul
    Ketahui Siapa Bakal Pemandu Anda

Senarai Blog Saya

  • rinazul.com

MRS ROHANI (CHEQ SEMPOI)

kak Ani

Nama Rohani Md Tahir. Just panggil Cheq Sempoi. Asal Penang mari.. Menetap di KL. Mempunyai 3 cahaya mata. Blog dan Cheq tak dapat dipisahkan kini. Ikuti seterusnya di perkongsian blog Cheq. Untuk sebarang kerjasama boleh hubungi di : nurmusafiqani12@gmail.com


Search Here

Total Pageviews

ads

followers

Popular Posts

  • Persembahan 'The Smurfs Live On Stage - The Smurfs Save Spring' di Resorts World Genting
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... Watak kartun popular, The Smurfs akan mengadakan persembahan 'The Smurfs Live On Stage - Th...
  • Buffet Ramadan 2018 | BBQ LAMB Kemensah Kuala Lumpur | Tersimpan Menu Rahsia Dari Rumah Api
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... Alhamdulillah Cheq Sempoi dan anak-anak dapat jemputan  oleh pemilik BBQ LAMB KEMENSAH iaitu En Za...
  • Super Honor Day​ | Menampilkan Honor 7A Dan Honor 10 Edisi Phantom Green | Dilancarkan Secara Eksklusif Di Shopee Malaysia
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... Super honor Day​ Menampilkan honor 7A dan honor 10 Edisi  Phantom Green Dilancarkan Secara Ek...
  • Majlis Perasmian | Miss World Prestige Internasional Pageant 2017
    Asalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.... Baru-baru ini Cheq Sempoi telah berpeluang menghadiri satu majlis yang sangat pr...
  • [ AWAS!!! ] DINOSAURS ALIVE ADA DITENGAH-TENGAH BANDAR RAYA KUALA LUMPUR
    Asalamualaikum dan salam sejahtera pada semua,  Apa khabar? terutama kepada adik-adik yang akan menghadapi peperiksaan akhir tahun ti...
  • [Duta-Duta Jakel Buat Kecoh] 1000 Pasang Baju Melayu Percuma Buat Pelanggan Terawal & Lelongan Sehingga 85% Diskaun
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... Seminggu sudah kita berpuasa, orang yang paling sibuk..  sudah tentulah kaum ibu-ibu  dari...
  • [Sugardoll] Pakar Menyelesaikan Masalah Rambut Wanita Dan Lelaki Terbaik
    Asalamualaikum dan salam sejahtera... Dengan tidak disangka2... baru-baru ini, Cheq Sempoi sungguh bertuah dijemput  ke majlis ...
  • LANGKAHKU, LANGKAHMU, HYPERSHOE PILIHAN KAMI
    Asalamualaikum dan salam sayang buat semua, Apa khabar semua? Jom rapat-rapat dengan Cheq Sempoi nak bisik sikit pasal jualan k...
  • LIMPAHAN CHOCOLATE | DI MUSEUM CHOCOLATE KOTA DAMANSARA | DESTINASI MENARIK TAHUN 2018
    Assalamualaikum dan salam sayang semua... bersama Tim Propa Rangers kali ini sangat menggembirakan Cheq Sempoi dan anak-anak....
  • BUFET SELERA RAMADAN DI PWTC | RIVERSIDE RESTAURANT 2018
    MEDIA BUFET SELERA RAMADHAN DIPWTC RIVERSIDE RESTAURANT (16 APRIL 2018) ULAM-ULAM DAN SALAD DAUN CEYLON, ULAM RAJA, KAC...

Blog Archieve

  • Januari (1)
  • September (1)
  • Ogos (2)
  • Mei (5)
  • Disember (4)
  • November (2)
  • Oktober (2)
  • September (1)
  • Ogos (4)
  • Julai (2)
  • Jun (5)
  • Mei (28)
  • April (7)
  • Mac (6)
  • Februari (8)
  • Januari (12)
  • Disember (11)
  • November (4)
  • Oktober (4)
  • September (6)
  • Ogos (7)
  • Julai (3)
  • Jun (9)
  • Mei (2)

blog list

Basic by ThemeXpose | Belongs To CHEQ SEMPOI