Salam Kemerdekaan buat semua...Follower Cheq Sempoi,
Maaflah buat semua sebab agak terlewat Cheq Sempoi keluar bersiaran tentang Filem terbaru sempena hari kemerdekaan 31 Ogos 2017 yang ke 60 baru-baru ini. Filem 'Malay Regiment' yang baru saja ditayangkan di seluruh pawagam sekarang sangat memberi semangat kemerdekaan yang mendalam buat Cheq Sempoi sekeluarga. Jom kita saksikan sedikit sedutan Filem 'Malay Regiment' yang pasti menarik minat semua ke pawagam.
Sedutan Filem 'MALAY REGIMENT'
Tun Abdulah Ahmad Badawi |
Mutiara Kata Seorang Tokoh
“… Sesungguhnya, segala
kejayaan yang
dicapai hari ini ditunjangi oleh usaha
dan pengorbanan pejuang-pejuang kita
yang terdahulu…
Tun Abdul Rahman telah berjuang
bagi mencapai kemerdekaan,
Tun Abdul Razak berusaha gigih bagi
Membawa pembangunan,
Tun Hussein Onn memerah keringat bagi
memupuk perpaduan rakyat dan..
Tun Dr. Mahathir telah menentang
arus bagi mencipta pemodenan.
Mereka sebagai pemimpin kita bersama
rakyat sekalian telah membawa Malaysia
ke tahap ia berada hari ini…”
“Sesungguhnya, bagi melaksanakan Rancangan
Malaysia Kesembilan, kita perlu melipatgandakan..
~ Tun Abdulah Ahmad Badawi ~
SINOPSIS FILEM
'Kematian Kita Hari Ini Adalah Untuk Kehidupan Waris Kita Hari Esok'
Filem arahan Dato’ Jurey Latiff
Rosli mengenangkan perjuangan serta jasa anggota perajurit dalam mempertahankan tanahair dari
ancaman komunis.
Filem ini diangkat dari kisah sebenar pada 16 April 1976 dan 15 Julai 1946
semasa Ops Kota Gubir I & II yang mana pasukan keselamatan
dari unit 17 RAMD telah menggempur beberapa kem pengganas
komunis di sempadan Malaysia-Thai berhampiran Gubir di Kedah. Dalam operasi
kedua menyaksikan Kapten Zainal bin Abd Rashid telah gugur selepas berjaya
membunuh tiga orang pengganas komunis. Operasi tersebut telah berjaya membunuh
6 daripada 15 pengganas komunis selain berjaya merampas pelbagai jenis
senjata dan bom.
Filem
ini mengandungi mesej tersirat yang ingin disampaikan bahawa orang Melayu
sanggup mati berjuang walaupun kemakmuran keamanan dan kemewahan juga akan
dirasai oleh bangsa-bangsa lain. Inilah semangat Melayu sebenar-benarnya yang
mahu ditonjolkan menjadi contoh dalam memastikan keharmonian dan keamanan
terjamin untuk semua rakyat hidup bersama-sama.
Filem
ini juga memaparkan babak di mana satu keluarga Cina diselamatkan ketika
dibelasah komunis. Komunis kemudiannya membunuh keluarga Cina tersebut
meninggalkan anak perempuannya yatim piatu lalu diambil menjadi anak angkat
kepada keluarga tentera.
Ia
juga turut memperlihatkan sudut pandangan salah seorang komrad mempersoalkan
tentang apakah yang diperjuangkan komunis sebenarnya. Komrad tersebut
berpendapat perjuangan untuk bangsa Cina bukan dengan bertempur dan mati tetapi
adalah dengan menguasai ilmu dan ekonomi. Komrad tersebut merasakan doktrin
komunis adalah sia-sia lalu mengambil keputusan untuk lari sambil menyorokkan
senjata-senjata komunis.
Selain
itu, filem ini juga menonjolkan adegan-adegan pencarian waris-waris pejuang
dalam mengetahui lebih lanjut tentang kisah perjuangan para parajurit ini.
Kisah datuk-datuk mereka telah menginsafkan mereka semua sehingga membuatkan
mereka berbangga menjadi sebahagian daripada waris pejuang yang mempertahankan
tanahair
dari ancaman komunis.
Wira-wira ini seharusnya terus diingati dan diangkat sebagai “HERO” yang
bertanggungjawab menjadikan Negara Malaysia berada dalam keadaan aman damai
dan
harmoni pada hari ini.
GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MAJLIS PELANCARAN FILEM BERSAMA
BEBERAPA PELAKON YANG MEMBINTANGI FILEM TERSEBUT
Bersama Hero yang membawa peranan
sewaktu muda dan setelah bersara
Antara Artis yang hadir bagi memeriahkan
Hari Perlancaran Filem
Gambar Sekitar Majlis Pelancaran |
Suasana Sebelum Masuk Panggung |
Macam mana, bila sudah tengok sedutan filem 'Malay Regiment' dan sinopsisnya?? bestkan dan semangat kemerdekaan kecintaan pada Negara mula membara, walaupun kita tidak melalui zaman tersebut. Oleh itu jom kita bawak anak-anak kita rasai zaman tersebut dengan menonton 'MALAY REGIMENT' di pawagam berhampiran.
SAKSIKAN
'FILEM MALAY REGIMENT'
SEBAGAI TANDA SOKONGAN KITA TERHADAP PERAJURIT
YANG TELAH TERKORBAN DEMI AGAMA, NEGARA TERCINTA, NUSA DAN BANGSA DI ATAS NAMA KEMERDEKAAN.
~ SELAMAT MENONTON ~