Bentodon | Makanan Halal Jepun | Secara Online Di Alam Maya Pilihan Masa Kini

by - Khamis, Januari 11, 2018

Pelbagai Menu Istimewa

Bentodon Pilihan
Cheq Sempoi Dan Rakan-Rakan
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hai!! Cheq Sempoi sini... penulisan kali ni agak unik sikit sebab Cheq Sempoi sendiri rasa macam pelik makanan Jepun ada servis penghantaran. Apa-apapun sekarang ni jangan pelik lah, semua kemudahan dihujung jari kita.


Cheq Sempoi nak tanya la. Siapa kat sini suka order servis penghantaran makanan? Kalau dipikirkan kadang-kadang kita kat office terlalu sibukkan?. Tetiba teringin nak makan, makanan Jepun.. dah nak kena keluar. Drive kereta, bayar parking dan susah nak cari parking. Jadi cara terbaik order je online delivery ni sangat mudah.



Berita baik buat semua yang suka dengan makanan Jepun dan suka order servis penghantaran makanan (delivery), kini semua boleh tempah makanan Jepun kegemaran anda secara dalam talian sahaja di website Bentodon.




Menu istimewa yang ada di Bentodon telah dicipta istimewa resepinya oleh Chef Shohaimi yang berpengalaman lebih 18 tahun dalam masakan Jepun. Bukan senang nak jumpa chef Muslim yang pakar dalam masakan Jepun. Kita tidak perlu meragui lagi masakan yang disediakan serta tidak perlu risau bab HALAL sebab sudah semestinya Halal dimakan.



KAWASAN DELIVERY DAN ORDER BENTODON

> Kawasan penghantaran sekitar kawasan Petaling Jaya antara 1 km hingga 10 km, penghantaran adalah percuma.


> Manakala penghantaran 10 km atau lebih. Terutama sekitar Kuala Lumpur. Cas penghantaran di kenakan sebanyak RM5 mengikut per order.


> Minimum 6 order hidangan/ menu utama, penghantaran adalah percuma.


> Order mana-mana menu makanan Bentodon paling minima 2 set, penghantaran adalah percuma, kalau tidak akan dikena bayaran sebanyak RM5. 

> Bentodon juga ada membuat perkhidmatan katering untuk mesyuarat atau apa-apa jamuan, dengan syarat tempahan awal dilakukan beberapa hari sebelum majlis diadakan.



Suasana Dalam Restoran
MENU MAKANAN JEPUN HALAL YANG ADA DI BENTODON

Bentodon menyediakan pelbagai jenis menu antaranya, 9 jenis Bento, 9 jenis Don dan 3 jenis menu bagi orang yang mengamalkan vegetarian. Sesuai untuk semua orang kerana Bentodon adalah menu yang seimbang dan berkhasiat. Tapi untuk kali ni Cheq Sempoi kenalkan 9 jenis Don sahaja. Sebab kalau nak kenalkan semua.. takut nanti rambang mata dibuatnya.
Tori Teriyaki Don
Smoked Duck Tamago Don
Gyu Don
Ha... macam mana semua?. Hemmm.. nampak sedapkan? Memang sedap. Ketiga2 menu diatas sangat menjadi pujaan hati Cheq Sempoi. Memang lazat sangat ranggup dan segar sangat. Bekas yang digunakan pun berkualiti tinggi dan makanan sentiasa baru dan segar. Lepas habis makan bekas tu boleh guna pakai semula. Antara tiga-tiga ni ada itik dan ikan salmon yang kita sedia maklum sangat mahal. Tapi di Bentodon kuantitinya boleh dimakan untuk 2 orang dan berbaloi. Jom kita jamu mata lagi menu yang ada.

Tori Katsu Curry Don

Unagi Kabayaki Don (Belut)

Sake Butter Yaki Don
Inilah hidangan Bentodon yang paling ramai suka dan berkhasiat bagi pengemar belut kerana belut mempuyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan terutama kaum lelaki. Cheq Sempoi tak pernah makan belut sebab tengok fizikal dia pun dah geli inikan nak masuk mulut. Masa hidangan belut ni sampai di depan Cheq Sempoi. Pelayan tidak bagi tahu itu belut... apa lagi Cheq Sempoi pulun la, sedap sesangat. Lepas je telan kawan sebelah cakap tu belut. Cheq Sempoi ingat nak rasa loya atau muntah keluar, tapi tidak... itu yang membuktikan masakan yang disediakan berkualiti. Tiada hanyir mahupun bau yang tidak menyenangkan. Dan kalau ada peluang memang nak order je lagi. Jom tengok lagi 3 menu istimewa terakhir untuk kali ini.


Golden Tendon

Seafood Yaki Udon

Yasai Yaki Udon
Jenis yang tak suka nasi tu, boleh order je udon. Udon mee ni special sebab ada seafood semua. Paling syok, sos dia sedap dan ada topping dengan Bonito Flakes ala-ala Takoyaki tu. Sedap jugak. Memang semua menu kena dengan citarasa Cheq Sempoi. Macam mana dengan semua, suka yang mana? Jangan tunggu lagi cepat dail telefon. 

Waktu operasi: 
Isnin-Sabtu 
(Ahad dan cuti umum: Tutup)

Waktu penghantaran:
Makan tengah hari  
(11:30am – 12:30pm / 12:30pm – 1:30pm)
Makan malam
(6:30pm – 7:30pm / 7:30pm – 8:30pm)

Syarat tempahan:
2 Main Dish 
(Penghantaran percuma)
1 Main Dish 
(Cas penghantaran: RM5 per order)

Tempahan makanan halal Jepun secara online di Bentodon bermula Januari 2018 di laman web rasmi Bentodon di www.bentodon.my.

You May Also Like

4 PEMBERI ULASAN

  1. Sedap nampaknya tu kak ani. Ana suka juga makanan jepun ni. Boleh cuba order nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye sedap ana... terutama menu yg 3 kat atas tu. Memang terbaik lah. Lepas tu baru try yg lain2 juga sedap. Banyak posion dia ana. Mkn berduapun cukup.

      Padam
  2. Nampak sedap Bentodon ni... Yummy... Lapar terus rasa perut ni.

    BalasPadam
  3. Menyelerakan.. Menu-menu dia mengancam.. Tapinya jauh la pula.. Huhuhu.

    BalasPadam