Sihaf Arabic Restoran | Masakan Arab | Pilihan Rakyat Malaysia Menjamu Selera

by - Isnin, Januari 08, 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Majlis Pembukaan Sihaf Arabic Restoran 2017
Menu Nasi Arab Terbaik Di Shah Alam
Makanan arab, bukan merupakan menu asing dikalangan masyarakat Malaysia. Makanan ini biasanya dihidangkan dengan kuantiti yang sangat banyak seperti mana orang arab biasa makan. Cheq Sempoi telah menghadiri Majlis Pembukaan Sihaf Arabic Restaurant di Shah Alam. Majlis pembukaan berlangsung dengan begitu meriah, kehadiran tetamu dari kalangan rakan media, blogger, bikers dan orang ramai. Dianggarkan lebih dari 200 orang tetamu datang pada hari tersebut. 


Majlis pembukaan restoran dimulakan dengan bacaan doa oleh staff Sihaf dan seterusnya owner restoran berucap. Kemudian majlis diteruskan dengan perasmian Sihaf Signature menu oleh owner Sihaf memperkenalkan menu Nasi Briyani Buloh. Majlis tersebut juga telah menjemput Richie Rachman, seorang DJ radio tempatan popular yang berinteraksi secara spontan membuatkan majlis lagi gamat dibuatnya. Pada majlis tersebut para tetamu juga dihiburkan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid jemputan.





Cheq Sempoi bersama Richie Rachman (DJ Radio Popular)

Kumpulan Nasyid Jemputan

Majlis Pembukaan | Sihaf Arabic Restoran

Cheq Sempoi sekeluarga

Para Tetamu Yang Hadir 
Di Sebalik Makna Nama Dan Logo Sihaf Arabic Restoran  
Di majlis pembukaan tersebut buat pertama kalinya restoran yang terletak di Shop Lot Vista Alam, Shah Alam. Dinamakan bersempena dengan konsep yang disebutkan dalam Al-Quran, yang bermaksud pinggan emas :

ูŠُุทَุงูُ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ ุจِุตِุญَุงูٍ ู…ِู†ْ ุฐَู‡َุจٍ ูˆَุฃَูƒْูˆَุงุจٍ ۖ ูˆَูِูŠู‡َุง ู…َุง ุชَุดْุชَู‡ِูŠู‡ِ ุงู„ْุฃَู†ْูُุณُ ูˆَุชَู„َุฐُّ 
ุงู„ْุฃَุนْูŠُู†ُ ۖ ูˆَุฃَู†ْุชُู…ْ ูِูŠู‡َุง ุฎَุงู„ِุฏُูˆู†َ

"Kepada mereka diedarkan piring-piring dan gelas-gelas dari emas, dan di dalam syurga itu terdapat apa yang diingini oleh hati dan segala yang sedap (dipandang) mata. Dan kamu kekal di dalamnya".

-Surah Az-Zukhruf, Ayat 71- 




Logo
Logo restoran ini merujuk kepada namanya. Selain itu, ia mengandungi tiga segitiga melengkung, kerana tiga adalah antara nombor ganjil yang selalu disebut dalam Sunnah dan juga jumlah hidangan dalam sehari seperti yang biasa masyarakat amalkan. Juga corak tradisional yang menghiasi segitiga melengkung ini melambangkan budaya Islam dan warna yang digunakan mencerminkan negara-negara Islam. Dengan nama dan logo yang dipilih, ianya seperti satu penghormatan kepada konsep-konsep Islam dan mengundang rahmat kepada pelanggan-pelangan restoran mereka.





Hiasan Dalaman Sihaf  Arabic Restoran
Sempat Cheq Sempoi meninjau ke dalam Sihaf Restoran Cuisine, keselesaan makan di restoran ini boleh dianggap terbaik. Anda boleh pilih sama ada mahu makan di luar restoran sambil hirup udara segar atau di dalam restoran yang memiliki penghawa dingin. Layanan di sini cukup baik dan cepat. Pelayan di sini total orang arab. Jika anda berbahasa arab, satu kelebihan. Jika anda mahu bertutur dalam bahasa melayu tiada masalah sebenarnya tetapi takut mereka kurang faham apa yang anda mahukan. Jadi, gunalah Bahasa Inggeris bagi memudahkan perantaraan dengan mereka. 

Apa yang Cheq Sempoi dimaklumkan harga di sini boleh dikatakan murah dan berpatutan. Jika ada yang kata mahal pada restoran ini, ia masih berbaloi kerana nasi arab di sini sangat terbaik. Jadi, kepada peminat nasi arab atau mahu merasa masakan dari negara Yemen, anda boleh mencubanya di restoran ini. Jangan terkejut datang ke sini kerana ramai orang arab berkeliaran di kawasan ini seperti berada di negara mereka.








Antara Menu Sihaf Arabic Restoran Pada Majlis Pembukaan
Dipelancaran Restoran Sihaf Arabic Cuisine yang diacarakan oleh MC Richie Rachman pelbagai persembahan dihiburkan dengan nyanyian dan music Arab. Paling ditunggu-tunggu adalah acara pemotongan Shawerma (Kebab) yang terpanjang di Malaysia. Best betul bila dapat turut serta menggulong dan memotong Shawerma tersebut. Cheq Cempoi sempat ambil beberapa keping gambar untuk buat kenang-kenangan Shawerma (Kebab) terpanjang di Malaysia book of record. Seronok  dan sangat teruja di meja panjang tu. Lepas habis digulung kebab tu dipotong-potong untuk para tetamu yang hadir siap dapat bekal bawak balik kerumah lagi, sangat pemurah hati owner restoran.

Shawerma (kebab)
Untuk Maklumat Lanjut :

Sihaf Arabic Restaurant


Alamat :

B-LG-1 Shop Lot Vista Alam
Jalan Ikhtisas Seksyen 14
40000 Shah Alam 
Selangor

TEL:  011-11110500

You May Also Like

3 PEMBERI ULASAN

  1. Terbaiklah... Makanan Arab memang menjadi minat LeYa dan Otomen.. Sedap2 betul nampaknye tuh

    BalasPadam
  2. Adoi.. Salah time pula buka blog sis nie.. Banyak nya gambar makanan.. Meleleh tengok.. Hehehe..

    BalasPadam
  3. Wow nasib arab..menarik ni..boleh cuba pegi makan sana.

    BalasPadam