­
RESEPI COCKTAIL SF DAN SANDWICH SARDINE SF | BERBUKA DAN SAHUR | BAHAN TERBAIK DARI LADANG KAK ANI Cheq Sempoi

RESEPI COCKTAIL SF DAN SANDWICH SARDINE SF | BERBUKA DAN SAHUR | BAHAN TERBAIK DARI LADANG

by - Jumaat, Mei 10, 2019

Assalamualaikum...
Hai Cheq Sempoi sini 😍


RESEPI COCKTAIL SF DAN SANDWICH SARDINE SF | BERBUKA DAN SAHUR | BAHAN TERBAIK DARI LADANG

Selamat berpuasa semua, sedar tak sedar dah seminggu kita berpuasa 😲 di bulan Ramadhan. Bulan yang penuh keindahan yang tersendiri. Biasalah bila tiba bulan Ramadhan, semua para ibu lah yang paling sibuk. Macam-macam benda dia nak urusan terutama bab menu berbuka Dan bersahur. Hari-hari sibuk fikir apa yang nak dimasak untuk suami Dan anak-anak.

Kami sekeluarga amat bersyukur setiap bulan akan membeli barang-barang dapur Dan keperluan di Pasaraya Segi Fresh dimana-mana cawangan asalkan Segi Fresh. Pendek kata "SEGAR DARI LADANG" 👍👍🤭. Tambahan bulan. Puasa ni makan kena lah yang sihat Dan Segar kerana kalau dapat yang tidak segar kemungkinan boleh sakit perut sebab seharian perut kita kosong. Jadi kena lah makan makanan dari yang terbaik.


Antara Anugerah Yang Diterima

Memang sangat berbaloi, murah, berkualiti dan segar semua produk yang ada di Pasaraya Segi Fresh. Puas hati Cheq Sempoi dapat membeli barang keperluan untuk sebulan Ramadhan dengan harga sangat berbaloi. Ok lah jom tengok apa yang Cheq Sempoi shopping untuk stok bulan puasa. 😘

Haaa.. Banyak kan??? Semua ada 👌 semua ni tidak melebihi RM100!!! 

Bila semua barang-barang keperluan dapur penuh macam ni, baru lah semangat nak. Masak tu bertimpa-timpa bagai kan seorang Chef hebat di dapur. Jom kita ke Dapur Cheq.. dan apa menu masakan yang paling mudah dan senang untuk berbuka puasa dan sahur. 😋




MINUMAN BERBUKA YANG MENYEGARKAN TEKAK 😋

Jenama dari Trader's Choice

💖 RESEPI COCKTAIL SF 💖

Bahan-Bahannya :
  • 1 Tin Susu cair (jenama dari Trader's Choice)
  • 1 Tin air longan (jenama dari Trader's Choice)
  • 2 Tin air laici (jenama dari Trader's Choice)
  • Cocodinata, sumi, dll (bahan tambahan)
  • Sedikit kiub ais batu

Cara-caranya :

📌Campurkan ke semua bahan-bahan... air longan, air Laici, cocodinata, sumi dan susu cair ke dalam bekas air. Kacau sebati dan masukkan kiub Ais batu.


Siap!!! Selamat mencuba dan Selamat menyegarkan tekak 😋



MENU SAHUR YANG MUDAH DAN MENYELERAKAN 😋

Sandwich SARDINE SF
Jem pelbagai pilihan jenama dari Crown's Choice boleh jugak Diambil bersama roti

💖 RESEPI SANDWICH SARDINE SF 💖

Bahan-Bahannya :
  • 1 Tin Sardine (jenama dari Trader's Choice, sedap)
  • 10 keping Roti Potong (siap potong dulu kulit keras nya)
  • Sebiji Bawang Besar (dipotong kecil)
  • 5 biji Cili padi (jika suka pedas tambah jer dipotong halus)
  • Sedikit garam
  • Sedikit Minyak masak
  • Daun salad (hiasan)

Cara-caranya :

📌Sardine adalah bahan utama, perlu dihancurkan terlebih dahulu.
📌Kemudian panaskan minyak masak ke dalam kuali. Tumiskan bawang besar yang di potong kecil.
📌 Masukkan cili api yang dipotong halus. Gaul sekata dengan bawang.
📌 Tambahkan garam garam secukup rasa.
📌 Akhir sekali ambil roti yang sudah dibuang tepinya, dan letak kan salad segar Segi Fresh atas roti serta letak kan pula inti Sardine yang dimasak tadi atas salad. Buat sampai habis.


Siap!!! Selamat mencuba dan Selamat menjamu selera 😋

Jenama Berkat
Jenama Segi Fresh & Trader's Choice

Ha.. Nak tahu kenapa resepi Cheq ada "SF"?? sudah semestinya Bahan-bahan segar di beli dari "Segi Fresh" 🤭

Bahan-bahan basah dan kering di SEGIFRESH, terutama barangan dapur memang sangat murah, sangat menjimatkan. Patutlah orang sentiasa ramai dan penuh sepanjang masa terutama kalangan peniaga-peniaga serta suri rumah suka berbelanja di SEGIFRESH.


Untuk maklumat lanjut tentang SegiFresh Sila click link tertera di bawah :

INSTAGRAM

FACEBOOK

You May Also Like

1 PEMBERI ULASAN