KESEDAPAN MAKANAN KOREA, DI RESTORAN DUBUYO URBAN KOREAN FOOD

by - Khamis, Jun 22, 2017

 Jumaat, 23 Jun 2017

Assalamualaikum semua....

Pada tahun 2015 yang lepas dan buat pertama kalinya Cheq Sempoi sekeluarga pergi melancong ke Negara Korea. Di Korea cuacanya sangat sejuk dan menjadikan pengalaman yang sukar dilupakan. Terutama makanan dan barang perhiasan untuk kaum wanita memang banyak dan menarik. Cheq Sempoi tak sangka kat Malaysia ni pun banyak Restoran-restoran yang menyediakan masakan dari Korea. Sekali lagi pihak Quill City Mall Kl menjemput Cheq Sempoi untuk merasa masakan Korea pulak. Untuk makluman semua sebelum ni Cheq Sempoi sudah merasa masakan Negara Jepun (Negara matahari terbit). Kali ni Cheq Sempoi dijemput mencuba makanan di Restoran Dubuyo Urban Korean Food.

Hidangan yang disediakan pada Cheq Sempoi dan dua orang kawan lagi adalah mengikut set yang ada. Kami dihidangkan dengan set menu Spicy Cheese Chi-Jeu Dak dan Honey Mustard Chi-Jeu Dak. Set ini didatangkan dengan minuman kesihatan yang sangat segar iaitu Aloe Cooler (campuran air kelapa + Aloe Vera & Brown sugar sirap).
Dihadapan Pintu Masuk Dubuyo & bergambar dengan Shah (staf Dubuyo)
mukapun ala-ala Korea Face
Spicy Cheese Chi-Jeu Dak
Honey Mustard Chi-Jeu Dak
Spicy Cheese Chi-Jeu Dak
Merasa Set Honey Mustard Chi-Jeu Dak yang penuh dengan Cheese!!
Air Aloe Cooler
(campuran air kelapa + Aloe Vera & Brown sugar sirap)


MENU LAIN

Hadapan Pintu Masuk Dubuyo
Ha... terubat la kerinduan Cheq Sempoi nak makan makanan Korea. Kami dilayan baik oleh Shah, staf Dubuyo yang peramah dan baik hati. Suasana di dalam Restoran pun sejuk mata memandang, selesa dan bersih. Macam mana yang betul-betul di Korea sana.. macam tulah yang ada di Malaysia ni. Cuma Cheq Sempoi rasa terkilan la sikit sebab teringin nak tahu siapa owner Restoran.. betul ke orang Korea asli yang datang berhijrah ke sini (Malaysia) mesti Kpopkan??. Atau siapa-siapa?. Lupa pulak nak tanya pada staf Dubuyo. Tapi tak pe lah lain kali Cheq Sempoi datang lagi Quill City Mall KL, Cheq Sempoi singgah.

Sekarang musim orang minat sangat dengan drama Korea dan artis-artis Kpopnya boleh la datang ke Restoran Dubuyo ini, yang menjanjikan suasana dan penggunaan pingan mangkuk... Ala-ala Negara Korea yang sejuk dan indah sekali. Datanglah beramai-ramai sambil santai-santai menikmati makanan Korea yang sedap.

Untuk maklumat lanjut boleh lah layari :

webside : Dubuyo.com

Facebook : Dubuyo

 Atau di alamat :

Quill City
LG-08, Lower Ground Floor
Quill City Mall 
No. 1018, Jalan Sultan Ismail
Kuala Lumpur
Tel/ Fax : 03-28560208

Atau di Cawangan-Cawangan berikut :

IOI CITY MALL
THE MINES
KL SOGO
SUNWAY VELOCITY
IOI MALL PUCHONG
MID VALLEY
SUNWAY PUTRA
BERJAYA TIME SQUARE
SUNWAY PYRAMID
NU SENTRAL




  

You May Also Like

4 PEMBERI ULASAN

  1. Never come to know about this pancakes house, will try it next time. I m a pancake lover

    BalasPadam
  2. Even though I don't know how to appreciate Korean, I still like indulging it in once in a while. Your food photos have actually successfully make me crave for Korean right now. Argh!!!

    BalasPadam
  3. Wow i love Korean foods! I will try to visit this place when we go to KL very soon.

    BalasPadam