Kedamaian & Ketenangan Di Tengah-Tengah Kota Raya Kuala Lumpur, BBQ LAMB KEMENSAH KL Taman Dalam Bandar

by - Jumaat, September 15, 2017

Asalamualaikum dan apa khabar semua???
Hari ni baru berkesempatan Cheq Sempoi nak share pada semua satu pengalaman makan di satu kawasan yang sangat tenang, keindahan alam semulajadinya yang sangat memukau hati. Rasa lapang fikiran dari kesesakan, kesibukan dan kebosanan Bandar Kota Raya Kuala Lumpur. Ini mengingatkan kembali Cheq Sempoi kepada memori flashback zaman kanak-kanak bersama keluarga tersayang tinggal di desa tercinta. Di mana desa yang permai dengan burung-burung berkicauan, deruan air sungai yang mengalir merdu dan kesejukan alam semulajadi yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

BBQ LAMB KEMENSAH KL, "TAMAN DALAM BANDAR"
Jom Cheq Sempoi kenalkan satu tempat makan yang sangat lain dari yang lain. Pendek kata tempat makan ini seperti sebuah "taman dalam bandar". 
Singboard Pintu Masuk
Sebaik-baik sahaja Cheq Sempoi sampai ke sini dan melangkah kaki keluar dari kereta kecik Cheq Sempoi, satu bauan semerbak rempah ratus memanggang yang membuatkan Cheq Sempoi tercari-cari, melonjak-lonjak hati ini untuk tahu apa masakan yang ada sampai terus perut berasa lapar ingin mencuba. Cheq Sempoi terus melangkah.... 'Ya Allah, cantiknya alam ciptaanMu'. itu ayat yang terkeluar dari mulut Cheq Sempoi, sungguh teruja dengan suasana sekitarnya. Di sini pula Cheq Sempoi tidak sabar nak berkenalan dengan pemilik BBQ LAMB KL. Siapakah gerangannya yang menjaga dan memiliki tempat sebegini indah?.

Keindahan Alam Semulajadi yang di jaga oleh pemilik BBQ LAMB 
TEMPAT MAKAN YANG DAMAI PENUH DENGAN KETENANGAN SAMBIL BERIADAH BERSAMA KELUARGA PILIHAN WARGA KOTA

Sejak Cheq Sempoi bergelar warga kota 17 tahun yang lepas, Kuala Lumpur satu bandar besar yang sangat sesak. Tidak sangka ditengah-tengahnya ada tempat makan yang membuatkan hati Cheq Sempoi 'jatuh cinta pandang pertama'. Tempat makan Cheq Sempoi maksudkan ini ialah BBQ LAMB KEMENSAH KL, yang terletak di Ulu Klang, kalau semua nak tahu, cari Zoo Negara dan ikut jalan masuk tepi Zoo, terus dan dalam 2 km anda akan sampai. Pemiliknya Encik Zainuddin Yatim menyambut kedatangan Cheq Sempoi sekeluarga dengan ramah dan mesra sementara isterinya Puan Mi Mie Iberahim sedang bertungkus lumus masak didapur untuk hidangan makan malam kami. Ha... tengok terharunya air tangan owner sendiri yang kami rasa. Untuk makluman BBQ LAMB ada 2 lagi cawangan iaitu BBQ LAMB IPOH-Roasted & Grill di Perak dan Ferringhi BBQ LAMB Cafรฉ di Pulau Pinang.
Pn. Mi Mie Iberahim sedang memasak
Ayam, Itik, Daging dan Rusa yang sudah siap dipanggang
Cheq Sempoi terpegun melihat dapur khas untuk memasak pelbagai BBQ yang dibina daripada batu bata, di mana dapur ini memasak menu-menu BBQ seperti daging ayam, itik, lembu, kambing dan kadang-kala kalau bernasib baik dapat merasa daging rusa. cara memasak BBQ di dapur ini ialah cara memanggang menggunakan asap. Dan pastinya kita akan merasa kelainan rasa menu yang di sediakan di BBQ Lamb KL.
Anak Cheq Sempoi yang teruja nak bergambar kat sini
Anak-anak Happy dapat Mandi
Bila bawak anak-anak perkara utama mesti terasa hendak mandi. Encik Zainuddin ada menyediakan sebuah kolam yang mana airnya adalah dari air bukit yang sejuk lagi menyegarkan. Jika datang untuk anak-anak mandi, datang seawal 4 petang, sebelum menikmati BBQ Lamb yang bermula dari jam 6.30pm. En Zainuddin Yatim juga menyediakan pelampung sewa RM5. Pastinya anak-anak akan teruja dapat mandi di kolam dengan suasana yang nyaman dan indah. Surau juga ada disediakan berasingan lelaki dan perempuan. Air untuk berwuduk juga dari air bukit yang disalurkan ke air paip.
Air Bukit yang disalurkan

Puas anak-anak mandi-manda, jom kita lihat menu-menu yang ada pasti semuanya terasa lapar. Untuk makluman semua BBQ Lamb tengah hangat di viral kan dan diperkatakan di media sosial sekarang ni. Macam-macam ada di BBQ Lamb KL untuk sekeluarga menjamu selera dengan harga yang berpatutan, hidangan istimewa yang paling best sekali ialah Smokey Duck. Sedap tidak terkata, isinya halus tidak sama seperti daging itik yang biasa kita makan, Smokey Chicken Breast pun tak kurang hebatnya, sedap, Creamy Lamb Soup & Bread,  BBQ Lamb Cut, Family Set nasi sesuai untuk makan 4 hingga 6 orang.  






Pelbagai jenis air sejuk dan panas terutama
 'Kopi Abah Kaw...'
Wowww...memang terbaiklah makan di sini. Ikhlas dari hati Cheq Sempoi memang di syorkan pada penggemar BBQ yang ingin merasainya sendiri dialu-alukan. Memang cara panggang dengan dapur khas sangat berlainan rasa keenakan dagingnya yang lain dari yang biasa. Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada En Zainuddin dan isterinya Puan Mi Mie Iberahim yang sudi berbual dan melayan Cheq Sempoi dan anak-anak. 
En. Zainuddin Yatim dan Pn Mi Mie Iberahim
bergambar bersama kami 
Semua Pulun... dengan tulang-tulang dipapahnya!!


Licin kami makan sedap sangattt
              **** MAKLUMAT TERKINI ****
BBQ LAMB akan buka untuk makan t/hari bermula 1 hb oktober 2017. Datang beramai-ramai.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :


BBQ Lamb KL Kemensah
Ulu Kelang, 68000 Ampang Jaya,
Selangor, Malaysia

Opening Hours: 6.00pm – 12.00am

 0 12-211 4100 
(En Zainuddin Yatim)

Cawangan-Cawangan

 No 4.588060, 101.137640 Jalan Ampang Baru 6,
Ampang Baru, Ipoh, Perak
Panggilan : 019-507 7207

Ferringhi Plaza,
Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Panggilan : 019-507 7207

You May Also Like

18 PEMBERI ULASAN

  1. Wah menarik ni. Terima kasih Cheq Sempoi atas perkongsian ini. Boleh la bawa anak- anak dan suami ke sini. Semua minat makan kambing. ๐Ÿ˜Š

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 kasih sis. Pergi lah mesti anak2 happy. Sedap sgt.

      Padam
  2. Yeah!! BBQ Lamb KL ni memang yg terbaik antara semua... Semua masakannya hingga kini terasa di celah-celah gigi.. Hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesti pergi lagi sebab masih terbayang-bayang kesedapannya dan keindahan kawasannya yang aman damai.

      Padam
  3. This place is so much fun, water and outdoor activities! The BBQ food looks really awesome, definitely a worth visit place with family =)

    BalasPadam
  4. This place reminds me of my childhood summer spent in the province. I wasn't aware that a place like this exists in Kuala Lumpur. I thought that KL is all about skyscrapers and modernization.

    BalasPadam
  5. This is something I must visit! So much fun, bole main lps tu makan and the food looks amazing!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang menarik mandi air bukit satu kesegaran semulajadi Jia...

      Padam
  6. need to go over to check this out.. it is not too far from where I stay...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes not to far. Belakang zoo negara sahaja. Sis miera.

      Padam
  7. Mmm the bbq lamb looks delicious and the swimming pool is surely an added bonus. I really hope to go and visit there with the family one day!

    BalasPadam
    Balasan
    1. You must visit with family expeacialy for kids swim air bukit.

      Padam
  8. OMG! This is like a hidden treasure of KL...definitely will bring my family here!

    BalasPadam
  9. Wow, i never knew of this place staying here in KL so long. Looks really peaceful for a good weekend gateway. Thanks for sharing dear.

    BalasPadam