LIMPAHAN CHOCOLATE | DI MUSEUM CHOCOLATE KOTA DAMANSARA | DESTINASI MENARIK TAHUN 2018

by - Ahad, Disember 31, 2017




Assalamualaikum dan salam sayang semua... bersama Tim Propa Rangers kali ini sangat menggembirakan Cheq Sempoi dan anak-anak. Kali ni kami melawat Chocolate Museum Kota Damansara. Jom kita terjah apa cerita kali ini.
Orang ramai yang berkunjung tidak putus-putus
Cheq Sempoi tak sangka selama tinggal di Sungai Buloh ni ada satu tempat yang sangat menarik terutama untuk anak-anak kita lah. Tempat yang Cheq Sempoi maksudkan jeng..jeng...jeng... Chocolate Museum yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.... senang cakap di Kota Damansara. Ha... mesti ramai pengemar coklat terujakan. Jom kita ambik tahu sikit sejarah pasal latar belakang muzium sebelum tengok aktiviti Cheq Sempoi seterusnya.
En. Muhamad Ridzwan bin Md Ali dan Chef coklat memberi taklimat sebelum masuk ke dalam muzium

LATAR BELAKANG CHOCOLATE MUSEUM

Chocolate Museum Kota Damansara adalah sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh DR Group Holding Sdn Bhd yang merupakan syarikat pengeluar dan pengedar coklat terbesar di Malaysia, Muzium Coklat ini dibuka secara rasmi oleh Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, pada 16 Januari 2014.

Maklumat-maklumat sejarah serta kebaikan coklat sejak diperkenalkan

Muzium Coklat berkonsepkan '3E' iaitu education, experience dan enjoyable shooping sehingga kini telah menarik setengah juta pelawat sejak pembukaannya. Syarikat ini juga cuba mengetengahkan produk keluaran tempatan yang berkualiti mampu menyaingi produk keluaran negara luar.



Syarikat ini juga banyak mendapatkan secara terus coklat daripada negara pengeluar. Lebih 30 jenama coklat antarabangsa berjaya dibawa masuk ke sini. Antaranya ialah coklat Ferrero, Hershey's, Lindt, Mars, Daim, Cadbury dan Nestle. Manakala jenama coklat keluaran tempatan yang dipasarkan di sini adalah seperti Fidani, Farells, Millton dan Danson.



CHOCOLATE MUSEUM LOKASI YANG WAJIB KUNJUNGI TAHUN 2018

Tidak sangka Malaysia juga mempunyai Muzium Coklat tersendiri yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. Pasti rasa teruja bagi peminat-peminat coklat apabila dapat merasai sendiri pengalaman ketika menyusuri Muzium Coklat pertama di Malaysia dan Asia Tenggara ini dengan pelbagai maklumat menarik. Apatah lagi melangkah masuk ke Muzium ini sudah terhidu aroma coklat yang segar pastinya ada yang terliur dan terbayang akan kelazatannya. Sudah tentu lokasi ini merupakan lokasi yang wajib kunjung bagi anda yang mengemari coklat.



Walaupun tidak sehebat Chocolate Museum di Brixton, London, Chocolate Museum Vienna Austria, Muzium Hershey dan Chocolate Museum Cologne, Jerman. Tetapi perlu dibanggakan kerana cetusan ilham anak tempatan iaitu Pengarah Urusan Dr Group Holdings Sdn Bhd, Dato' Dahlan Mohd Rashid mampu membukanya setanding Muzium Coklat Antarabangsa yang lain.




Muzium yang menggunakan konsep '3E' di mana pengunjung dapat pengetahuan interaktif (education interactive), pengalaman membuat coklat (experience chocolate making) dan keseronokan membeli-belah (enjoyable shoppings) menjadikan Muzium ini satu tarikan yang unik bagi pengunjung yang hadir. Pengunjung juga berpeluang merasai sendiri kelazatan coklat segar dari dapur yang dihasilkan oleh chef coklat.



Bertempat di Kota Damansara, Muzium ini dibuka secara percuma untuk orang ramai bermula dari 10 pagi hingga 5 petang setiap hari. Muzium ini juga turut menempatkan replika mesin adunan coklat pertama di dunia yang telah dicipta pada 1879 oleh peneroka coklat antarabangsa, Swiss Chocolatier, Rodolphe Lindt.



Bagi menambahkan lagi keseronokan bila berkunjung ke Muzium Coklat ini disediakan ruangan galeria coklat memberi peluang kepada pengunjung untuk membeli-belah coklat pada harga yang rendah. Galeria ini menempatkan hampir 130 jenama coklat berjenama antarabangsa dan tempatan daripada 30 buah negara. Dengan harga yang murah daripada harga pasaran di luar, Muzium ini menjanjikan kualiti coklat yang asli dengan harga 30% sehingga 40% lebih murah dari harga biasa.

AKTIVITI-AKTIVITI YANG MENARIK

Aktiviti Kanak-Kanak
Aktiviti Kaum Suami & Bapa

Aktiviti Kaum Isteri & Ibu

MUSEUM CHOCOLATE KOTA DAMANSARA TAWAR DISKAUN SEMPENA TAHUN BARU CINA

Berita baik untuk pencinta coklat sempena sambutan Tahun Baru Cina, Chocolate Museum menawarkan diskaun sehingga 70% bagi coklat berjenama tempatan dan import pada 9, 10 dan 11 Februari 2018 ini. Jualan ini akan berlangsung selama 3 hari bermula 9 pagi hingga 5 petang. Sudah tentu, coklat premium kegemaran yang diimport boleh didapati dengan harga yang lebih murah daripada biasa.





Muzium ini sentiasa mendapat pelawat-pelawat berkumpulan antaranya daripada sekolah-sekolah, kumpulan komuniti, pelajar IPTA dan juga pihak kedutaan negara luar datang membuat kunjungan. Lawatan secara berkumpulan, Chef Coklat akan menyambut sendiri dengan layanan yang terbaik.

Untuk lawatan berkumpulan, pelawat bolehlah menempah dilaman sesawang 

Webside :

FB :

IG :

Alamat :
No. 2, Jalan Teknologi 3/5
Taman Sains Selangor 1
47810 Kota Damansara
SELANGOR

No. Tel :
03-74904260

Faks :
03-61408825

Untuk maklumat lanjut hubungi :

Encik Muhamad Ridzwan Bin Md Ali
ridzwan@chocolatemuseum.com.my
+603-74904260 / +6017-5224929

You May Also Like

15 PEMBERI ULASAN

  1. Seronoknya sis. Saya penggemar coklat tau. Boleh masuk dalam list dah ni. Terima kasih sis di atas info

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis jangan lupa tarikh dia buat offer tu sempena tahun baru cina. Coklat kat situ lagi sedap. Saya pun nk pergi lagi masa tu. Tq ye sis baca blog saya.

      Padam
  2. Wow.. Menarik nie.. Jualan murah buat penggemar coklat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye sis... ingat tarikh tu kita pergi serang beramai2...

      Padam
  3. Wah...bestnya ada offer nanti...
    Huuu tapiii jauhhhhnyaaa

    BalasPadam
  4. Kena save date promosi next month ni. Hari tu beli coklat sekejap je hbs. Fidani coklat memang sedap sgt.

    BalasPadam
  5. Banyak juga brand brand popular coklat ada dekat sini ya. Nanti nak pergi jugak lah. Nak beli masa promo

    BalasPadam
  6. peminat coklat macam sha mesti teruja kalau dapat masuk sini. siap ada promosi untuk tahun baru cina tapi tulah jauh pulak huhu

    BalasPadam
  7. Dulu Sal penah dtg sini bawak anak²..macam nak repeat lagi..best gak sini sbb dapat peluang buat choc..

    BalasPadam
  8. Syok tengok entri chocolate ni... waduh2 bestnyalah dapat makan chocolate

    BalasPadam
  9. Teringin nak pegi muzium coklat and join dia punya kelas buat coklat. Nak buat kat rumah mmg tak.

    BalasPadam
  10. Tak sabar nak bawak anak pergi sini. Thanks kak for sharing!

    BalasPadam
  11. Satu pengalaman manis bersama rakan-rakan Team Propa Rangers dengan penuh keseronokan di Muzium COklat. Moga ikatan ukhuwah ini berkekalan dan perjalanan ini akan bermula bersama-sama ke mana jua. InshaAllah.

    BalasPadam
  12. Allahu, best nya. geram ja tengok cokelat tu semua ^_^

    BalasPadam
  13. eh tak tahu pulak ada muzium coklat ni, dulu selalu je ulang alik kota damansara..haha. Ni kalau ada keja area sana, memang patut pergi ni.. :)

    BalasPadam