BUFFET RAMADHAN PILIHAN SEISI KELUARGA (SANTAI & OPEN AIR)
ISNIN, 12 JUN 2017
Assalamualaikum dan salam sayang pada semua follower Cheq Sempoi. Dalam tidak sedar puasa kita dah masuk hari yang ke 17 Ramadhan, bermakna dah masuk fasa pertengahan puasa. Angkat tangan siapa yang dah ponteng puasa? hemmm... tak mau ponteng-ponteng puasa tau, sayang sangat. Tapi kalau dah terpaksa demi kesihatan atau masalah perempuan tak pe dimaafkan. Tapi pastikan ganti balik lepas ni. Ok lah, Cheq Sempoi tak nak cakap panjang lagi, kali ni Cheq Sempoi nak rekemenkan satu tempat berbuka yang sangat sesuai untuk seisi keluarga terutama yang ada anak kecil, yang sangat santai, tenang, kawasan luas dan pendek kata kawasan nya yang open air. Bertempat di Red Carpet Avenue, The Strand, Kota Damansara oleh fD'saji. Mula-mula jom kita tengok pamplet harga yang ditawarkan.
![]() |
fD'saji ada beberapa cawangan lagi yang boleh dilawati iaitu di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur dan Kajang Perdana Avenue, Kajang, Selangor. Sekarang jom kita layan mata pulak tengok suasana sekitar kawasan Red Carpet Avenue, fD'saji Kota Damansara.
DECORATION GERAI-GERAI YANG MENARIK SERTA UNIK ALA-ALA SUASANA GERAI DIKAMPUNG SEDAP MATA MEMANDANG DIANTARANYA
![]()
GERAI AIS KRIM
GERAI ABC (AIR BATU CAMPUR)
GERAI MASAKAN MELAYU TRADISIONAL
GERAI MEE REBUS
WOW!!!
Ha... cantik kan suasana dan decoration gerai-gerai yang ada?
Ok ni yang paling Cheq Sempoi suka, kalau tak, masakan badan Cheq Sempoi "Bam, Bam"... Menu Buffet yang disediakan pun sedap-sedap macam masakan turun-temurun dari nenek moyang kita. Pendek kata macam mak kita masak kat rumah. Antara menu hidangan yang ada jom intai.
SAYUR CAMPUR
IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK
DAGING TETEL ASAM PEDAS
MASAK LEMAK TELOR ITIK
SUP DAGING
DARCA AYAM
AYAM MASAK MERAH
DESERT ATAU PENCUCI MULUT PUN SANGAT MENARIK SERTA PELBAGAI JENIS AIR PENGHILANG DAHAGA WAKTU BERBUKA
ANTARA JUADAH YANG CHEQ SEMPOI MAKAN... TENGOK TU MERIAH SANGAT MEJA
CHE SEMPOI & THE GENG
MUKA ADA HAPPY LA LEPAS MAKAN
Untuk keterangan lanjut baleh lah layari :
Website : feldadsaji
IG : @feldadsaji
Facebook : Felda D'saji (Official)
|
0 PEMBERI ULASAN