RESTORAN "THE KITCHEN" MENJANJIKAN HIDANGAN MELAYU ASLI, ALA-ALA THAI YANG SANGAT SEDAP DAN LAZAT, SEMUA PATUT RASA KE ENAKANNYA
Isnin, 20 Jun 2017
Assalamualaikum dan salam Ramadhan semua. Selagi tak habis bulan Ramadhan selagi tu lah Cheq Sempoi nak bercerita pasal makan Buffet Ramadhan kat tempat-tempat yang sedap dan menarik. Apa yang penting berbaloi dan sempoi. Kali ni Cheq Sempoi makan masakan melayu asli ala Thai yang sangat sedap, sampai hari ni masih terasa kesedapannya.
Ok kali ni jom, Cheq Sempoi masih teruja, berbuka puasa di Quill City Mall Kuala Lumpur, yang selesa. Ala.... Mall yang bertemakan Kasih & Cinta, Dekorasi yang persis Istana Di Raja tuuuu!!!. Hari tu Restoran Aragan Yokocho (Japan Menu). Kali ni bertempat di Level 4 berhampiran eskalator Golden Screen Cinema (GSC). Restoran yang dimaksudkan The Kitchen. Owner Restoran, Puan Azwin bt Zulkifli yang sangat peramah dan baik hati melayan Cheq Sempoi dan kekawan yang dijemput berbuka puasa oleh Ms. Sylvia Annette Raj, Senior Marketing Communications Executive, Quill City Mall KL.
![]() |
Quill City Mall KL bertemakan Kasih & Cinta, Dekorasi Persis Istana Di Raja |
Set menu makanan ada banyak pilihan dari Set A hingga Set F. Kami diberi menu pilihan Set D (3-4 pax). Walaupun dalam menu boleh dimakan untuk 3 hingga 4 orang makan tapi forsyen makanan banyak hingga 7 orang pun boleh makan. Menu yang kami makan :
Seafood curry Ox-Tail - Rasanya Ala-ala Tom Yam + Curry.
Mixed Vegetarian - Sayur Campur Fresh, bila gigit crup-crup sayur tu.
Sweet & Sour Kerabu Mango - Kerabu Mangga yang rasa manis + masam (terbaik)
Deep Fried Whole Fish - Ikan Siakap 3 Rasa (terbaik) manisnya ikan tu fresh sangat.
Mango Chicken - Macam ayam celup tepung + mangga (terbaik) sedap sangat.
Cucur Udang - ranggup diluar, lembut di dalam (terbaik) tak jemu dicicah dengan sos istimewa.
dan pelbagai jenis air jus & paling menarik Jus Kedondong Asam Boi
![]() |
Set A - F (Ramadhan) |
![]() |
Menu Alacatte |
![]() |
Lain-lain desert |
![]() |
Seafood curry Ox-Tail |
![]() |
Mixed Vegetarian |
![]() |
Sweet & Sour Kerabu Mango |
![]() |
Deep Fried Whole Fish |
![]() |
Mango Chicken |
![]() |
Cucur Udang |
![]() |
Menu Set D (3-4 pax) |
![]() |
Dari Kanan, Teh Ais, Jus Tembikai, Fresh Oren, Capacino Ais dan Jus Kedondong Asam Boi (belakang) |
Jom kita tengok sikit kawasan dalam restoran. Suasana yang cantik, tenang, santai-santai, malam lagi cantik dengan cahaya bangunan tinggi bersebelahan masuk, cahaya Bandar Kota Raya Kuala Lumpur.
Selepas kami semua sudah kenyang aktiviti diteruskan sebelum beredar kami diberi Raya Kasih & Cinta "Love Lock" untuk diabadikan ditempat khas di depan Pentas Istana Raya & Cinta Hero Seorang Cinderella. Hemmm... sudah ada 2 "Love Lock" Cheq Sempoi kat situ. Anda bila lagi??. Cheq Sempoi senyum tak sudah dapat interprem kat Mahligai "Love Lock". Happy sangat.
Cheq Sempoi bersyukur sangat dapat berpeluang membeli-belah dan berbuka puasa di Quill City Mall Kuala Lumpur yang sangat selesa buat seisi keluarga, yang boleh dikatakan Mall yang glamour dan teristimewa. Datanglah beramai-ramai.
Untuk keterangan lanjut bolehlah layari :
Facebook : The Kitchen
Facebook : Quill City Mall KL
0 PEMBERI ULASAN