Bersama Media Menerokai MAEPS Agrotourism Park Serdang | Road To Agro Tourism Siri 3

by - Ahad, April 22, 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bersama Media Menerokai MAEPS - 01.02.2018 (Hari Kedua). Aktiviti untuk program RTA3 bermula dengan lawatan ke MAEPS Agrotourism Park. Cheq Sempoi dan beberapa rakan media yang lain bertolak dari Tamu Hotel & Suites menuju kesana dengan menaiki Bas Hop On Hop OffRoad To Agrotourism Siri 3 bersama media pada hari kedua dalam rangka mempromosikan Agrotourism sebagai salah satu industri yang menarik dan popular di Malaysia. Aktiviti ini merupakan inisiatif yang telah diambil oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dalam memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi Agrotourism.


Lawatan ke MAEPS Agrotourism Park bermula pada jam 9.00 pagi dengan  menyambut ketibaan rombongan rakan media di Laman Tiba 1. Ketibaan rombongan juga turut diiringi oleh 10 buah motor berkuasa tinggi dan 2 buah Cam Karavan. Sesampainya di Laman Tiba 1, rombongan media dihidangkan dengan minuman “tropical fruit punch” untuk dinikmati bersama-sama hidangan buah-buahan tempatan segar seperti Nanas, Jambu batu dan Rock melon yang ditaja oleh International Tropical Fruits Network (TFNet). Nanasnya begitu manis dan sedap sangat. Cheq Sempoi makan sampai tak terkata. Setelah itu, MAEPS menyediakan aktiviti boling kelapa bagi mengimbas kembali permainan rakyat yang selalu dimainkan oleh kanak-kanak dikawasan perkampungan dahulunya yang juga hampir dilupakan dizaman moden ini.


Puan Norafizah Rahman, Selaku Ketua Pegawai Operasi MARDI MAEPS Sdn Bhd (MMSB) memberi sedikit taklimat sebelum membawa rombongan menjelajah seluruh MAEPS, Serdang

Puan Norafizah Rahman, selaku Ketua Pegawai Operasi MARDI MAEPS Sdn Bhd (MMSB) memberi sedikit buah tangan kepada En. Aminuddin Mohamad selaku Exco Majlis Pelancongan Malaysia (MTC)
Taklimat ringkas serba sedikit mengenai pengisian yang telah disusun sepanjang lawatan ini telah disampaikan oleh Puan Norafizah Rahman, Ketua Pegawai Operasi MARDI MAEPS Sdn Bhd (MMSB). Sejurus selepas itu, rombongan media disertai oleh Pengerusi MMSB, Dato’ Zahida Zarik Khan yang telah meluangkan masa untuk turut sama membawa rakan media menerokai destinasi agro-pelancongan ini.

Laman Agro MAEPS terdiri daripada 8 laman pertanian iaitu Laman Herba, Laman Sayur, Laman Padi, Laman Nanas, Laman Florikultur, Laman Perikanan, Laman Ternakan & Laman Jentera. Namun begitu, lawatan ini akan membawa rakan media melawat 4 lokasi iaitu MAEPS Ecofarm, Laman Herba, Laman Padi dan G2G Animal Garden.

House of Kambing, MAEPS Serdang

Selesai sahaja taklimat ringkas dari Pegawai Ketua Operasi MARDI MAEPS Sdn Bhd, Puan Norafizah Rahman, kami semua memulakan lawatan ke lokasi pertama yang dilawati iaitu Ecofarm. rombongan disajikan dengan hidangan istimewa iaitu Nasi Goreng Kambing dan Sup Kambing tajaan House of Kambing sambil menikmati keindahan pemandangan yang berlatar belakangkan ladang kambing dan unta dikawasan berdekatan sambil menikmati makanan yang sedap, sambil melihat flora dan fauna yang cantik disekitar kawasan ini. Paling istimewa sekali Cheq Sempoi dapat beramah mesra bersama Jamal dan Aminah, 2 ekor unta baka Australia. Satu moment yang indah yang tidak dapat di tempat lain.



 


Jamal


Laman Herba, MAEPS Serdang

Sejurus selepas itu, mereka dibawa melawat ke Laman Herba dan diperkenalkan dengan herba-herba dan spesis kelulut yang terdapat di Malaysia. Pengalaman yang paling menarik adalah Cheq Sempoi sendiri dapat merasai madu lebah kelulut yang segar terus daripada sarangnya. Setelah selesai menerokai Laman Herba, rombongan dihidangkan dengan minum penyegar Jus Pegaga Limau Kasturi. 







Lada Hitam





Laman Padi, MAEPS Serdang

Lawatan diteruskan ke Laman Padi di mana terdapatnya Galeri Padi yang mempamerkan informasi berkaitan dengan padi seperti spesis-spesis padi, teknik menanam & menuai, jenis-jenis peralatan dan sebagainya. Rakan media turut diberi merasai Nasi Bendang sambil menyaksikan pemandangan indah sawah padi yang terbentang hijau dan  langit yang biru.





Pakej Nasi Bendang @ RM 45.00+ perset 
(2-3 orang)

MENU
Nasi Putih
Masak Lemak Daging Salai Dan Mangga Muda
Ikan Keli Berlado
Sayur Goreng
Ulam Ulam
Sambal Belacan
Telur Masin
Keropok Ikan
Buah Tembikai
Kordial Sirap Selasih

G2G Animal Garden, MAEPS Serdang

Sebelum mengakhiri lawatan di MAEPS Agrotourism Park, rombongan dibawa ke G2G Animal Garden dan mereka diberi peluang bermesra dengan haiwan eksotik seperti Bearded Dragon, Macau Parrot, Ayam Serama, Gerbills, Racoon, British Shorthair Cats dan sebagainya. Tidak ketinggalan memberi makan dan menyusukan kambing sambil menjamu selera di Techno Cafe terletak bersebelahan dengan Animal Garden.




Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi :

MARDI MAEPS Sdn Bhd
Pn. Siti Aieshah Mohd Said – Executive (Sales, Marketing & Event Management)
Tel : +603 89484699 samb. 130 / 
016 -2073453 Fax : +603 89484985
Lama web : www.maeps.com.my

You May Also Like

0 PEMBERI ULASAN