Tanpa Redha Suami, Balasan Isteri Ke Neraka. Suami Bongkar Kecurangan Isteri
Aku
seorang suami kepada seorang isteri janda anak satu. Ketika aku menulis air
mata ini bercucuran mengenangkan apa yang
telah terjadi. Aku seorang suami yang hanya pada nama dan pada kertas. Enam tahun perkahwinan. Hanya dua tahun pertama aku bahagia…. Bahagiapun aku je yang tahu. Pada dia penipuan semata-mata.
Kisah
nya begini,
Aku
berumur 32 tahun dan isteri 39 tahun. Aku terima dia seadanya walaupun dia
janda anak satu. Pada mulanya hanyalah penipuan semata-mata dipihak dia, dia
berkahwin hanya memandang harta aku dan kebetulan aku bekerja offshore (luar
pesisir) dan income agak selesa. Dia hanya mengahwini aku hanya untuk membalas
dendam terhadap kekasihnya yang telah mengandungkan dia. Dia gugurkan kandungan
kerana semata-mata untuk menjaga nama baik kekasihnya dan menjaga air muka ibu
bapa keluarga lelaki tersebut, berikutan mak dan ayahnya seorang ahli agama
tetapi anak jantannya membuntingkan anak orang. “Bangsat punya jantan dan
bangsat punya betina”.
Gambar Hiasan |
Aku
yang pada itu mengikut je telunjuk betina itu dan biarkan isteriku mengugurkan
anak yang tidak berdosa itu dan jantan itu sanggup bagi duit untuk gugurkan
anak itu. Allahuakbar.. berdosanya aku... katanya isteriku dia sanggup berubah dan insaf
selepas aku mengahwininya. Kata dia, aku seorang yang baik, sanggup menerima
dia yang kotor ini. Pada aku, masa itu aku terima dia sebab mata aku ‘buta’
oleh cintanya yang berpura-pura sebagai pencinta tegar dan mungkin masa itu aku
masih muda dan tidak berfikiran panjang kerana tersentuh melihat kesedihan dia
mengugurkan anak.
Dan
atas tiket kasihan itu aku mengahwini dia juga walaupun ahli keluarga ku
membantah perkahwinan tersebut. Aku sanggup ketepikan perasaan ibu bapaku. Pada
keluarga aku, dia jadikan musuh tanpa ada hormat pada orang tua ku.Tapi pada
mak bapak dia, dia suruh aku tunduk hormat. Bodohkan aku? Aku lah lelaki paling
malang di dunia ini. Ku sangkakan dia tidak lagi berhubung dengan bekas
kekasihnya, rupa-rupanya hingga kini dia masih berhubung di belakang ku.
Tertipunya aku dengan lakonan perempuan bangsat itu. Dia hanya jadikan aku
suami untuk menutupi kecurangannya. Dirumah aku layan dia macam raja, basuh
berak anak (aku ada 2 anak lelaki dengan dia), makan, pakai, masak, kemas
rumah, semua aku sempurnakan untuk dia. Dia hanya bangun pun sudah tengahari,
cuci muka tengok bunga-bunga. Anak-anak terbiar semua aku uruskan…hingga
kekadang tidak masak. Boleh dia tanya kenapa aku tidak masak lagi? Memang
bangsat sikapnya menjadikan aku betul-betul hambanya.
Tapi
sebab aku sayangkan anak-anak dan aku tidak sanggup berpisah dengan anak, aku
telan semua yang berlaku. Jangan katakan tidak nasihat, tidak mendidik, tidak
menegur, tidak berdoa untuk dia berubah. Tetapi dia rasa diri tu hebat, sombong
dan lebih tua dari aku. Kata-kata dan nasihat aku dibuang begitu sahaja. Dayus
kah aku??? Ya dayus aku sebagai lelaki dan suami. Tapi aku masih bagi peluang
untuk dia supaya dia mengaku dia tidak sanggup hidup dengan aku dan dia masih
perlukan kekasih dia. Cuma jujur dan berterus terang pada aku dan aku akan
lepaskan dia dengan lapang hati. Tetapi anak-anak dia tinggalkan dengan aku.
Dia boleh berambus bersama jantan bangsat yang masih menunggu dia hingga kini.
Ya, dia bangga kerana kekasihnya itu tidak kawin lagi dan menyalahkan perempuan
lain jika merampas suami orang.
Perkahwinan
yang aku harapkan indah seperti syurga hanya derita sepanjang musim. Orang
sekeliling mengenali dia seperti malaikat dengan nasihat-nasihat dia yang
persis seorang ustazah terkenal dunia. Tapi hanya aku yang tahu segala yang
tersurat dan tersirat. Aku boleh dikatakan dayus kerana masih lagi menyimpan
isteri seperti dia.
Disaat
aku bergaji berbelas ribu aku disanjung dia dan keluarga dia. Seminggu seribu
perbelanjaan dia yang sangat boros. Tidak seperti isteri-isteri diluar sana
yang pandai berjimat. Disaat aku tidak lagi bekerja disebabkan company banyak
buang perkerja bermulalah kehidupan aku jatuh merundum dan dipandang hina oleh
dia yang menganggap dirinya lebih tua dan aku kena patuh dan hormat mendengar
setiap kata-katanya kerana aku lebih muda. Pada aku, Allah nak menduga dan
menguji kesabaran dan ketaatan aku padaNya. Aku redha atas apa yang berlaku.
Aku cuba bangkit semula dengan berniaga, tetapi ditipu orang dan diduga lagi.
Tetapi dia tidak boleh terima kekurangan aku. Aku dihina, aku diburuk-burukkan
pada kawan-kawan. Habis luar dan dalam diceritakan kepada orang. Dia
persalahkan aku kerana tidak bagi dia kemewahan macam dulu.
Bukan
isteri sahaja diberi kelebihan 6 rasa naluri tetapi lelaki juga Allah
anugerahkan perasaan itu. Pada suatu hari saat itu anak aku bermain henfon dia, kebiasaannya dia lock dengan password, tapi tidak kali ini entah kenapa anak aku suruh tunjukkan
game, anak hulur pada aku. Aku tengok
tiada lock dan password, aku terus buka whatsap
dan lain-lain, satu persatu whatsap
aku baca dan dengan siapa dia selalu berwhatsap.
Allahuakbar….meleleh air mata aku tanpa henti. Aku screenshot satu persatu dan aku hantar semuanya ke henset aku sebagai bukti.
Dan
saat itu dia mengandungkan anak aku yang ke 2. Entah anak siapa pun aku tidak
tahu sebab aku ke laut selama 3 bulan. Balik-balik lepas sebulan dia kata dia
mengandung. Perang besar sebab aku dah terbaca whatsap semua. Tapi mengenangkan dia mengandung, aku masih bertahan
sebab anak-anak yang tidak berdosa. Aku terima anak itu juga. Tapi dalam hati
aku berderai air mata darah menahan segala kepedihan, kecurangan dan
kebiadaban. Hari-hari Allah bentangkan kepada aku segalanya yang selama ini aku
pikirkan tidak mungkin dia buat semua itu pada aku.
Kenapa
aku tidak serang dia disaat aku terbaca semuanya?. Kalau ikutkan rasa nak saja
aku bunuh dia. Tapi aku bukan jenis kaki pukul perempuan. Tapi sebab aku pikir,
Allah lebih tahu, apa yang aku tidak tahu. Akal aku masih waras dan aku
persalahkan juga diri aku kerana tidak berjaya mendidik dia menjadi isteri yang
solehah. Tiada satu rahsiapun yang aku tidak tahu, bila aku Tanya dia tidak
mengaku dan mencari salah aku kerana tinggalkan dia bersendirian jaga anak.
Allahuakbar, aku keluar mencari rezeki. Kad kredit, kad bank, duit sesen pun
aku tidak bawak ke offshore. Dia semewah-mewahnya membelanjakan habis duit aku.
Bila aku dibuang kerja dia salahkan semuanya pada aku. Kenapa tidak buat
simpanan?. Allahuakbar… aku sabar sekuat hati, tapi pada dia aku hilang semua
perasaan yang ada selama ini. Ye hingga kini aku tidak dilayan zahir dan batin.
Tapi aku tidak penting semua itu, aku hanya nak move on dan berbekal kan segala bukti. Aku hanya menunggu masa
untuk selesaikan semuanya. Buat masa ini Allah beri aku kekuatan untuk teruskan
hidup, iye.. aku telah berpisah rumah dengan dia. Demi meneruskan kehidupan. Bangkit
semula mencari kekuatan dan rezeki untuk membesarkan anak-anak. Aku serahkan
semula semua tanggungjawab dia menjaga anak-anak yang selama ini aku tatang
bagai minyak yang penuh.
Masih
lagi bersungut mengatakan aku tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami.
Tapi layakkah engkau untuk dilayan sebagai isteri hingga kini..tidak perlu la
sangat menasihati orang lain macam ustazah terhebat dunia. Tidak perlu lah nak
kata suami kau curang atau ada perempuan lain dan kau persalahkan atas
perubahan aku, jika kau hanya jadikan suami kau hamba selama ini. Kalau kau
rasa kau hebat dapat melahirkan anak 3 orang. Seorang perempuan (dia dah
serahkan pada bekas suaminya) dua anak lelaki aku bersama dia… iaitu anak yang
aku akan pertahankan jika kita berpisah nanti. Kau jangan harap anak-anak itu
akan dapat pada kau. Dengan segala bukti yang ada pada aku dan kau belum cukup
layak untuk bergelar seorang isteri. Kata orang, dah tua-tuapun bodoh, walaupun
aku muda dari kau, tapi ketuaan kau menjadikan kau lebih bodoh dari aku yang
masih muda.
Di saat
aku menulis, aku sudah move on dan
aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang. Hanya menanti masa yang sesuai untuk
aku leraikan segalanya. Jika kau masih perasan kau seorang isteri dan mahu
berambus awal-awal, pergi saja mahkamah dan failkan perceraian. Dan senang hati
aku lepaskan kau.
Jangan
kata hanya perempuan sahaja yang terima nasib malang dapat suami yang
bermasalah, suami-suami diluar sana juga menerima nasib yang sama. Doakan
perniagaan aku berjaya semula dan aku dapat isteri yang solehah yang mampu
membahagiakan aku di dunia dan akhirat… amin.
Kredit dari : Kisah
Rumah Tangga (KRT)
2 PEMBERI ULASAN
Uish... tersentap. memang satu bacaan yang bagus untuk mereka-merkea di luar sana.
BalasPadamTq sis...
BalasPadam