Kelebihan Terkini Yang Disediakan Menerusi Portal Zakat2u Memudahkan Anda Berzakat
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Cheq Sempoi sini...
Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff (kanan) bersama En. Abdul Hakim melakukan gimik pelancaran pada Majlis Pelancaran zakat2u.com.my versi 4.0 di Wisma PPZ-MAIWP, Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur |
Baru-baru ini sekali lagi Cheq Sempoi berpeluang ke Majlis Pelancaran laman web zakat2u Versi 4.0 di Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dalam usaha memperkasakan kemudahan mengutip bayaran zakat.
Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff, berkata sejak bermula Ramadan tahun 2011 lagi pihak PPZ-MAIWP mempelbagaikan kemudahan kepada pembayar dan bakal pembayar zakat. Dengan pelancaran laman web baru ini akan lebih memberi perkhidmatan sedia ada yang fungsinya telah dinaik taraf semaksima mungkin.
Menurutnya lagi, ia seiring dengan dengan perubahan teknologi pada masa kini bagi memudahkan umum di Wilayah Persekutuan menunaikan kewajipan berzakat. PPZ-MAIWP melancarkan perkhidmatan bayaran zakat melalui laman web zakat2u versi 4.0 yang mempunyai banyak kelebihan. Melalui kemudahan ini, pelbagai urusan pembayaran zakat dapat dilakukan menerusi dalam talian dengan mudah dan cepat.
Antaranya kelebihan terkini yang disediakan menerusi portal zakat2u versi 4.0 adalah :-
- pengiraan kalkulator zakat secara automatik yang lebih ringkas dan jelas.
- Melakukan pembayaran lebih dari satu jenis zakat dalam satu masa dengan penggunaan Troli Zakat.
- Penggunaan resit rasmi bayaran online secara sepenuhnya.
- Bacaan doa untuk para Muzakki setelah selesai pembayaran zakat.
- Integrasi pembayaran zakat menggunakan Chatbox FB Mesengger.
- Video tutorial panduan pengiraan zakat.
- Video tutorial panduan pengiraan zakat juga boleh dirujuk di laman web tu!!.
Barisan Tulang Belakang Yang Menjayakan Projek Laman Web zakat2u versi 4.0 |
Seiring dengan moto kami, ‘PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat’, PPZ-MAIWP mengambil inisiatif ini untuk memberi kemudahan yang maksimum kepada pembayar zakat kami dengan menaik taraf sistem zakat2u.com.my ke versi 4.0.
Sesi Soal & Jawab |
Dalam pada itu, Encik Ahmad Shukri berkata, kemudahan terkini zakat2u.com.my juga dilaksanakan sebagai tanda penghargaan kepada pembayar zakat yang tanpa jemu memberikan kepercayaan kepada PPZ-MAIWP sebagai pengutip zakat mereka.
“Boleh dikatakan hampir kesemua medium saluran zakat dan kolaborasi strategik telah kami laksanakan sehingga boleh kami katakan bahawa tiada lagi alasan yang dapat diberi oleh umum yang wajib menunaikan zakat untuk melaksanakan kewajipan berzakat mereka.
“zakat2u.com.my versi 4.0 ini telah dinaik taraf fungsi dan sistemnya. Kesemua fungsi dan sistem ini diwujudkan adalah untuk memberi lebih banyak kemudahan kepada pembayar seiring dengan keadaan serba ringkas, mudah dan cepat sekarang ini untuk mereka segera menunaikan kewajipan zakat mereka tanpa mengambil masa yang lama,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.
“Kita akui bahawa tanpa pembayar zakat mana mungkin asnaf yang hampir 30,000 keluarga dapat dibantu oleh pihak Baitulmal – MAIWP ditambah lagi peningkatan asnaf saban tahun.
“PPZ-MAIWP akan sentiasa meningkatkan kualiti perkhidmatan pembayaran zakat kepada umum di Wilayah Persekutuan agar tiada lagi halangan untuk mereka menunaikan zakat agar ia dapat mengurangkan kemiskinan masyarakat bandar.
Laman web zakat2u.com.my versi 4.0 telah dikemaskini dengan lebih baik, dengan memperkenalkan lebih banyak fungsi yang dapat memberikan perkhidmatan pembayaran zakat dengan lebih sistematik.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi
Talian Zakat:
1-300-88-5757
2 PEMBERI ULASAN
da linNovember 4, 2018 at 9:05 AM
BalasPadamWah...bagusnya dengan zakat2u 4.0 ni, senang utk kita membuat pembayaran zakat..dah x perlu ada byk alasan lg dah ..
Ramai ckp dah ppz ni agensi terbaik dalam pengutipan zakat. Skrg ada ZAKAT2U pulakkkk lagi best
BalasPadam