PILIHAN SEMUA GOLONGAN. UPIN IPIN DILANTIK SEBAGAI DUTA PELANCONGAN MALAYSIA YANG BARU

by - Rabu, Ogos 02, 2017

Rabu, 2 Ogos 2017




Assalamualaikum dan sayang buat semua yang Cheq Sempoi "LOVE",

Baru-baru ini 20 Julai 2017, Cheq Sempoi dijemput ke Majlis UPIN IPIN dilantik sebagai Duta Pelancongan Malaysia yang ke 12, bertempat di Pusat Pelancongan Malaysia (MATiC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan meraikan juga Majlis Warna-warni Aidilfitri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) 2017.

Jom kita saksikan sedikit video sepanjang pelancaran majlis yang gilang gemilang dengan pelbagai persembahan yang seronok dan menghiburkan, Cheq Sempoi dan semua para tetamu VVIP, VIP, para media dan Staf-staf undangan. Cheq Sempoi sangat teruja dengan majlis yang diadakan.
Video ihsan dari Les'Copaque you tube

Perlantikan tersebut menjadikan Upin Ipin sebagai Duta Pelancongan Malaysia yang ke 12, menyertai selebriti Malaysia lain yang dilantik sebelum ini termasuklah Prof. Datuk Dr. Jimmy Choo, Yunalis Mat Zara'ai (Yuna), Dato' Haji Ismail Ahmad (Chef Ismail) dan Nur Shahila Amir Hamzah (Shila Amzah).

Penyampaian sijil pelantikan tersebut disempurnakan oleh Ketua Setiausaha MOTAC, YBhg. Datuk Ab. Ghaffar A. Tambi. Pada majlis yang sama, Datuk Ab. Ghaffar juga menyampaikan sijil penghargaan kepada dua orang Duta Pelancongan Malaysia, iaitu Datuk Lee Jin Bok, yang telah berkhidmat lebih 10 tahun dalam memperkenalkan Malaysia kepada pelancong-pelancong dari Korea Selatan, sekaligus mempereratkan lagi hubungan kedua-dua negara dalam sektor pelancongan dan kebudayaan, dan Dato' Chef Ismail yang telah berkhidmat selama 2 tahun sebagai Duta Pelancongan Malaysia.

Dato' Haji Ismail Ahmad (Chef Ismail)

Koleksi Gambar Sepanjang 
Majlis Pelantikan Duta Pelancongan 
Dan Warna-warni Aidilfitri MOTAC 2017









Hampir 2,000 orang hadir ke majlis Warna-warni Aidilfitri MOTAC yang terdiri daripada para penggiat industri pelancongan dan kebudayaan Malaysia, warga MOTAC serta jabatan dan agensi di bawahnya serta orang ramai serta pelancong asing yang berkunjung ke MATiC. Ia diadakan secara kerjasama antara MOTAC dengan kesemua 12 jabatan dan agensi di bawah naungan MOTAC.


Bersama sebelah Cheq Sempoi
Dato' Royce Saayan dan Dato' Seri Paduka Siti Zaleha



Bersama Sahabat Blogger
Cheq Sempoi yang owesome Seri Wangi 



#SayangMalaysia

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia 

Tel : 03-8000 8000 Faks : 03-8891 7181 email : info@motac.gov.my

Laman Web : www.motac.gov.my

FB : mymotac

Twitter : MyMotac

IG : mymotac

You May Also Like

0 PEMBERI ULASAN