LANGKAHKU, LANGKAHMU, HYPERSHOE PILIHAN KAMI

by - Rabu, Oktober 11, 2017

Asalamualaikum dan salam sayang buat semua, Apa khabar semua? Jom rapat-rapat dengan Cheq Sempoi nak bisik sikit pasal jualan kasut Hypershoe, KIP MALL Bangi serendah RM1 saja. Sabar-sabar Cheq Sempoi jelaskan jommm...

Majlis Perasmian Cawangan Baru Hypershoe Di KIP Mall Bangi RM1 Untuk Kasut Terpilih!!!

Jualan pembukaan Cawangan baru Hypershoe di Cawangan KIP Mall Bangi. Masuk-masuk je, ke dalam Hypershoe, Ya Allah spceechless. Bukan kasut-kasut biasa sahaja yang ada, tapi beg sekolah untuk anak-anak, pelbagai jenis kasut lelaki, wanita dan kanak-kanak semua cantik, terkini, menarik dan tertariknya hati ini. Terujanya Cheq Sempoi sebab semuanya bukan saja indah dimata malah hati melonjak-lonjak untuk mencuba. Di pintu masuk lagi mata sudah dihidangkan dengan susunan kasut jenama MP Sport (kasut lelaki) dan MP Sport (kasut wanita), Jenama Vetini (kasut wanita), dan MP Kids (kasut kanak-kanak dan kasut sekolah). 



Pelbagai Kasut & Beg 
Hypershoe mempunyai 32 cawangan seluruh Malaysia. KIP Mall, Bangi adalah cawangan terbaru mereka. Hypershoe telah ditubuhkan sejak tahun 1996. Sempena pembukaan rasmi pada 8 Oktober 2017 baru-baru ini, Hypershoe telah menawarkan RM1 untuk sepasang kasut yang terpilih. Promosi ini hanya ditawarkan pada 7 dan 8 Oktober sahaja. Siapa cepat, dia dapat. Dengan jamuan ringan dan aktiviti yang diadakan amat mendapat sambutan yang sangat meriah.

Cubaan & Godaan Dalam Mengawal Nafsu
Cheq Sempoi istighfar panjang okey!! takut duit yang dibawa kehabisanlah nampaknya. Harga kasut bermula RM1 (kasut terpilih). Kalau iman tidak kuat memang rasanya nak borong kesemuanya. Tapi, cepat-cepat kembali berpijak dibumi yang nyata dan terus menuju ke area kasut wanita. Di satu sudut pulak tu tempat kasut kanak-kanak perempuan, menguji keimanan sungguh marketing strategy dia sangat buat anak-anak perempuan Cheq Sempoi... Wow...Wow...Wow... dan Wow.!!!
Anak-Anak Cheq Sempoi Yang Terkedu!!
Bertuah sangat Cheq Sempoi dan anak-anak dapat ke Hypershoe dengan harga yang murah berpatutan dan kualiti pun mantap. Koleksi yang selesa dipakai bertapak lembut sangat sesuai dengan kanak-kanak malah orang dewasa lelaki dan wanita. Koleksi yang pelbagai jenis boleh dipakai seharian ataupun ke majlis tertentu. Kasut wanita boleh dipilih sama ada wedges, sandal, kasut rata atau kasut sukan yang warna menarik cantik digayakan.


Tidak lupa juga pada kaum bapa, suami atau lelaki. Tidak kurang juga hebatnya design yang ada. Pelbagai jenis dan bentuk. Warna-warna yang memukau menjadi pilihan suami Cheq Sempoi.  Suamipun teruja memilih kasut sampai mintak tolong dia carikan yang sesuai dan paling cantik untuk Cheq Sempoi, dia tidak ambil peduli. Memang kami masing-masing dalam diawang-awangan untuk membuat pilihan sebab semuanya cantik dan berkenan. Suami dan anak lelaki di bahagian kasut lelaki. anak-anak perempuan dibahagian kasut kanak-kanak perempuan dan Cheq Sempoi di bahagian kasut wanita. Kami sibuk di bahagian masing-masing. Kasut untuk lelaki adalah jenis bertutup, casual ataupun sandal. Semuanya boleh tahan smart bila dipakai.




Gambar-gambar 
sekitar Majlis Pembukaan Cawangan ke 32 Hypershoe
Cheq Sempoi happy dapat kasut idaman
Ragam Testing kasut
Untuk anda yang gemar pakai high heels pun ada pelbagai koleksi menarik yang boleh anda pilih. Design yang adapun "up to date". Kena dengan style orang zaman sekarang pakai. Yang bestnya, bukan saja golongan muda, kasut untuk warga emas pun ada banyak pilihan. Selalunya warga emas lebih selesa dengan koleksi comfit kerana warga emas lebih selesa dan kaki tidak melecet. Sebab itu kasut yang selesa sangat penting. 
Kasut pilihan hati
Cheq Sempoi geram tengok koleksi kasut kanak-kanak lelaki dan perempuan, semua comel-comel sangat. Beg-beg sekolah pun banyak design bertemakan kartun popular seperti minions, superhero, princes dan banyak lagi. Haa, menarikkan? kanak-kanak mesti seronok nak pakai beg yang ada kartun kegemaran mereka dan mungkin bersemangat ke sekolah belajar bersama-sama teman sekolah.

Apa lagi...Jom kita beramai-ramai yang mana ada anak-anak yang akan bersekolah tahun hadapan atau sedang bersekolah ibu bapa sudah boleh membuat perancangan dimana untuk membeli kasut sekolah atau beg sekolah, Jawapannya ke Hypershoe yang mana harganya lebih murah serta berpatutan dan kualiti kasut yang mantap, serta selesa untuk anak-anak kita pakai. 
"Tepuk dada, tanya selesa!! Anak-anak suka".

Untuk maklumat lanjut bolehlah layari web di bawah:

Lot M-02, M-03, M-04, M-05, G-05/2,
KIP Mall Bangi, 
No. 1 Jalan Medan Bangi,
Off Persiaran Kemajuan,
Seksyen 6, Bandar Baru Bangi,
43650 Selangor

website : HYPERSHOE

FB : Hypershoe

IG : @hypershoe

Outlet locations : 


You May Also Like

14 PEMBERI ULASAN

  1. Waahhhh....bestnye tengok Cheq Sempoi dengan koleksi kasut yang diperolehi.. Jeles iolls

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn jelous.. jom follow i shopping sgt cantik2 patern kasut yang ada sis leya.

      Padam
  2. Cantik cantik kasut dia ya. Sis memang minat kasut...pantang masuk kedai kasut...sure rembat satu...huhuhu. Tapi kalau nak ke Bangi rasanya jauh sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye memang cantik2 sgt. Dari tk nk beli... kena beli jugak sebab tergoda sgt sis hanny.

      Padam
  3. Wow cantik jugak design & look comfortable. RM1 cheaper than nasi lemak pun.. :D

    xx
    Puiyeesss

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye murah sehingga RM1. Tp dah habis offer tu. Cuba you follow fb dia. Mana tahu offer tu masih ada.

      Padam
  4. wah only rm 1 for such beautiful shoe?. Great!!

    Racheal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye murah sehingga RM1. Tp dah habis offer tu. Cuba you follow fb dia. Mana tahu offer tu masih ada.

      Padam
  5. rambang mata memandang, banyaknya kasut yang comel dan cantik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang rambang mata. Dari satu lastnya sambar dua juga.

      Padam
  6. Rambang mata hari itu nak pilih kekasut bagai... nasib ada saiz

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye rambang mata. Tp semua saiz ada terbaik lah hypershoe. Selalu saiz saya payah ada.

      Padam
  7. wah so many bags and shoes. As someone with odd feet size, there will surely be something for me!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Like me la... tp jgn risau semua saiz ada. Hypershoe terbaik.

      Padam