Annual Award Dinner | Karisma Cosmetic | Tanda Kasih Sayang & Penghargaan Buat Para Stokis Berkumpul
Annual Award Dinner | Karisma Cosmetic | Tanda Kasih Sayang & Penghargaan Buat Para Stokis Berkumpul
Buat pertama kalinya, sebuah syarikat kosmetik tempatan,
Karisma Cosmetic telah mengadakan Majlis Makan Malam Annual Award Dinner yang
membawa tema Elegant Gold & Black meraikan kejayaan serta penghargaan buat
stokis-stokis seluruh negara. Di samping itu, stokis-stokis juga akan menerima
anugerah kerana telah menunjukkan komitmen yang kuat serta bertanggungjawab dan
membuktikan penglibatan mereka yang kuat berusaha menaikkan nama KarismaCosmetic tanpa jemu.
Pemenang Anugerah akan
membawa pulang Award Karisma Cosmetic, barang kemas serta tiket mengerjakan
umrah bersama pasangan. Wow!! sangat menarik hadiah yang diberikan. Begitulah
betapa pihak Karisma Cosmetic menghargai stokis-stokis di bawah naungannya.
Pengasas Karisma Cosmetic, Puan Kartini dan suami yang sangat friendly dan Low
Profile sangat bijak dalam perniagaan kosmetik selain dari perniagaan hartanah.
Kata Puan Kartini atau lebih senang dikenali sebagai Kak Bie, tercetusnya nama
'Karisma' adalah dari ilham mimpi beliau yang mana sebelum itu telah merancang
untuk memiliki perniagaan kosmetik. Maka, lahirlah Karisma Cosmetik yang baru
berusia 3 tahun. Mempunyai 16 Agent dan 1000 stokis yang sangat aktif,
antaranya di Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Johor Bharu, Selangor, Brunei,
Indonesia, Thailand dan Singapura.
Cheq Sempoi bersama Puan Kartini Pengasas Karisma Cosmetic |
Produk Terbaru |
Ramlah Ram |
Hael Husairi |
Lan Solo |
Ifa Raziah & Cheq Sempoi |
Memang sangat meriah, stokis-stokis yang hadir masing-masing
dengan busana nan indah, baju merelip-relip menepati tema dinner kali ini
iaitu Elegant Black & Gold, seperti
menghadiri Majlis Di Raja penuh dengan puteri-puteri cantik seperti kisah
dongeng Cinderella. Bukan sahaja stokis dari Malaysia, malah
juga stokis yang datang dari jauh pun sangat spoting mengenakan pakaian
mengikut tema sempena majlis tersebut.
Puan Kartini & Suami |
Sesi Temuramah |
Dengan tagline Karisma Cosmetic #PastiCantikSangat dan #KeranaDirikuBegituBerharga. Produk ini memang sudah dikenali ramai terutamanya di Kelantan. Formula terbaik untuk mengatasi merawat masalah jerawat serta jeragat dan pakar pencerahan kulit.
Majlis juga mengadakan pertandingan 'Best Dress'. Untuk finale, 3 calon wanita dan 3 calon lelaki dihadirkan ke atas pentas untuk dipilih sebagai pemenang. Calon-calon dikehendaki membuat 'fashion walk' mengikut irama muzik dan pemenang telah dipilih bedasarkan sorakan dan tepukan dari tetamu yang hadir. Memang kesemua calon sporting habis dengan gaya catwalk masing-masing.
Acara Best Dress |
Majlis malam tersebut berlangsung lancar dan sangat meriah. Seronok dapat hadir memeriahkan majlis tersebut. Makanan pun sedap dan mewah, dilayan macam VIP. Sebelum balik, sempat kami merakam gambar bersama dengan pengasas Karisma Cosmetic, Puan Kartini bersama suaminya. Tahniah di atas kejayaaan majlis annual award dinner dan semoga Karisma Comestic terus maju jaya! dan dimurahkan rezeki dan menjemput lagi bloggers media membuat liputan.
Bergambar sebelum balik |
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk Karisma Cosmetic,
bolehlah layari :
Laman FB mereka di Karisma Cosmetic HQ.
2 PEMBERI ULASAN
Memang sangat meriah majlis malam tu.. LeYa sendiri terkejut dengan kemajuan Karisma Cosmetic yang cukup membanggakan..
BalasPadamCantiknya pengasas dia..
BalasPadam