Tamu Hotel & Suites | Hotel Mengikut Taraf Antarabangsa Pilihan Pelancong | Road Agro To Tourism Siri 3
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
๐ Junior Suite (RM380nett)
๐ Executive Suite (RM480nett)
๐ Tuala
๐ penyangkut baju
๐ pengering rambut
๐ iron & iron board
๐ TV
๐ Penghawa dingin (aircond)
๐ Serambi Lounge
๐ Pool Terrace
๐ Tamu Sky Lounge.
Antara kemudahan lain yang pihak hotel sediakan adalah gymnasium untuk digunakan oleh para tetamu mereka dan Ballroom yang boleh ditempah bagi majlis perkahwinan dan sebagainya.
๐ KL Tower
๐ Jalan TAR
๐ Bukit Bintang
Menginap di Tamu Hotel & Suites - 01.02.2018 (Hari Pertama) adalah tempat bermulanya Road To Agrotourism Siri 3 bersama media pada hari kedua dalam rangka mempromosikan Agrotourism sebagai salah satu industri yang menarik dan popular di Malaysia. Aktiviti ini merupakan inisiatif yang telah diambil oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dalam memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi Agrotourism.
KONGSI PENGALAMAN MENGINAP DI HOTEL MEWAH MENGIKUT CITARASA ANTARABANGSA
Pengalaman Cheq Sempoi menginap di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur adalah perkara yang paling Cheq Sempoi gembira. Pengalaman menginap di hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di 120, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu Kuala Lumpur menawarkan kemudahan penginapan hotel 4 bintang mewah mengikut citarasa antarabangsa.
Selain bilik yang selesa, Tamu Hotel & Suites juga menawarkan pelbagai kemudahan untuk tetamu yang menginap disini. Harga yang dikenakan pula sangat berpatutan. Yang paling menarik adalah penggunaan dinding kaca di beberapa sudut bangunan dimana tetamu dapat melihat suasana bandar Kuala Lumpur dengan sepuas puasnya. KL Tower dan Menara berkembar Petronas Kuala Lumpur boleh dilihat dengan jelas sekali. Maklumlah hotel yang terletak betul-betul di tengah-tengah bandar Kota Raya Kuala Lumpur megah berdiri mencakar langit.
Cheq Sempoi diberi bilik standard dengan keluasan 35 meter persegi (376 kaki persegi). Pada pandangan Cheq Sempoi, biliknya sangat luas dan harga yang ditawarkan untuk bilik ini adalah RM250nett termasuk sarapan pagi. Satu harga yang sangat berbaloi buat para pelancong dalam atau luar negara menginap. Selain bilik standard, bilik lain seperti :
๐ Deluxe (RM280nett) ๐ Junior Suite (RM380nett)
๐ Executive Suite (RM480nett)
Antara kemudahan dalam bilik yang disediakan pula ialah :
๐ Arah Kiblat (Muslim)๐ Tuala
๐ penyangkut baju
๐ pengering rambut
๐ iron & iron board
๐ TV
๐ Penghawa dingin (aircond)
Kolam renang yang ditempatkan di tingkat 14 menyaksikan suasana yang sangat memukau hati dan pandangan kerana suasananya begitu indah dengan pemandangan menara bangunan yang indah-indah mengelilingi kolam. Sangat luas untuk tetamu hotel ini bermandi manda sambil menikmati suasana bandar KL yang sangat cantik. Disini juga terletaknya Pool Terrace yang berkonsepkan "Open aired".
Menikmati hidangan lazat dan menyelerakan di Suasana tingkat 27 Tamu Hotel sangat memukau pandangan bandar Kuala Lumpur di waktu malam, dengan alunan lampu-lampu berwarna warni. Makanan yang dihidangkan di Suasana@27 sangat menyelerakan kerana merneka menyediakan masakan tempatan. Memang kena dengan selera Cheq Sempoi tekak... melayukan?. Pelbagai jenis lauk pauk, kuih muih melayu dan buah-buahan disediakan untuk para tetamu. Pemandangan bandar Kuala Lumpur boleh dilihat pada setiap sudut hotel yang cantik dan indah. Suasana@27 bukanlah satu-satunya cafe yang ada di hotel ini. Terdapat empat lagi F&B outlet yang disediakan untuk tetamu menjamu selera iaitu :
๐ Tamu Junction P|L|A|C|E๐ Serambi Lounge
๐ Pool Terrace
๐ Tamu Sky Lounge.
Antara kemudahan lain yang pihak hotel sediakan adalah gymnasium untuk digunakan oleh para tetamu mereka dan Ballroom yang boleh ditempah bagi majlis perkahwinan dan sebagainya.
KEISTIMEWAAN TAMU HOTEL & SUITES KUALA LUMPUR
Lokasinya yang sangat strategik sangat memudahkan pelancong luar dan dalam menggunakan kemudahan pengangkutan awam. Hotel ini boleh diakses dengan menggunakan LRT. Dari Stesen LRT kampong Bharu, hanya perlu berjalan lebih kurang 10 minit sahaja untuk sampai ke hotel. Berdekatan dengan LRT Kampong Bharu, terdapat banyak gerai-gerai dan kedai makan yang sedap dan sentiasa dipenuhi pelanggan. Tamu Hotel & Suites juga berada berhampiran dengan pelbagai tempat-tempat menarik pilihan pelancong di Kuala Lumpur contohnya :
๐ KLCC๐ KL Tower
๐ Jalan TAR
๐ Bukit Bintang
Tempat tempat ini boleh dikunjungi dengan menaiki LRT. Jadi, tunggu apa lagi! jom menginap di Tamu Hotel & Suites sekarang
Untuk maklumat lanjut, sila layari :
laman sesawang di
Flag-Off Road To Agro Tourism Siri 3 bermula dari perkarangan Tamu Hotel & Suites pada hari kedua seawal 8 pagi. Rombongan Road To Agrotourism Siri 3 dimulakan dengan pelepasan para peserta memulakan penjelajahan destinasi pelancongan agro di sekitar Kuala Lumpur - Putrajaya dengan menaiki Bas Hop-On Hop-Off. Rombongan Sepanjang perjalanan kami diringi oleh kumpulan abang-abang bermotosikal kuasa besar iaitu Marshall Bikers dan dua buah Cam Caravan.
Acara flag off telah dilakukan oleh En Uzaidi Udanis, Presiden Majlis Pelancongan Malaysia bersama Dato Mohamad Khay Bin Ibrahim, Group Managing director Zikay Group. Destinasi pertama rombongan ini adalah MAEPS. KLIK DISINI..
0 PEMBERI ULASAN