ANCASA HOTELS & RESORT KUALA LUMPUR | SANTUNI ANAK YATIM & ASNAF

by - Selasa, Mei 29, 2018

ANCASA HOTELS & RESORT KUALA LUMPUR, MENCERIAKAN ANAK YATIM DAN ASNAF DENGAN BAJU RAYA SERTA DUIT RAYA KEPADA 35 ORANG ANAK YATIM

Assalamualaikum dan Salam Ramadan, baru-baru ini Cheq Sempoi berpeluang menghadiri majlis bersama anak yatim dan asnaf pada 21 Mei bersama beberapa rakan blogger / media dan berpeluang berbuka puasa di Ancasa Hotels & Resort Kuala LumpurSeramai 35 orang anak yatim dijemput dan diraikan. 




Dihiburkan Oleh Live Band
Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan amalan bersedekah dan melakukan amal kebajikan. Selain berkongsi kenikmatan bersama golongan yang kurang bernasib baik, ganjaran yang diterima adalah berlipat ganda berbanding bulan lain. Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur juga tidak melepaskan peluang menghulurkan sumbangan dan berbuat kebajikan pada Ramadan yang penuh keberkatan ini. Ancasa Hotel telah menganjurkan Program Berbuka Puasa dan pemberian sumbangan kepada Anak-anak Yatim dan Asnaf dari Pusat Jagaan Kasih Murni dan sekaligus melancarkan Ramadan Buffet bertemakan 'Kampong Boy'.





Selebriti Jemputan Turut Meraikan Anak Yatim dan Asnaf
Program ini merupakan agenda tahunan Ancasa Hotel dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik sekaligus menceriakan anak-anak yatim dalam menyambut Ramadan dan Hari Raya tidak lama lagi. Pada tahun ini, Ancasa amat bertuah kerana ADABI telah sudi berkolaborasi dalam menyediakan 5 kawah bubur lambuk serta menyumbangkan barang-barang keperluan asas anak-anak yatim untuk kegunaan mereka sepanjang bulan puasa.





AKTIVITI-AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN SEPANJANG PROGRAM YANG DIADAKAN

  • Program ini telah bermula seawal jam 10.00 pagi dengan acara bergotong-royong memasak bubur lambuk. Kakitangan Ancasa Hotel bersama-sama dengan wakil dari ADABI berganding bahu menyediakan 5 periuk bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang awam berhadapan Ancasa Hotel & Spa termasuklah pejalan kaki serta pemandu yang melalui Jalan Tun Tan Cheng Lock. 
  • Pengarah Urusan Kumpulan UDA Holdings Berhad, YBhg Datuk Ahmad Abu Bakar diiringi oleh Pengurusan Kanan Ancasa Hotel telah mengagihkan bubur lambuk kepada orang awam. 
  • Ancasa Hotel turut menceriakan 35 orang anak-anak yatim dengan membawa mereka membeli pakaian dan baju raya bernilai RM150 setiap seorang di JAKEL Mall, Kuala Lumpur serta sumbangan duit raya bernilai RM50 setiap seorang sebagai tanda keprihatinan pihak kami dalam menunaikan tanggungjawabnya kepada masyarakat setempat.

Penyampaian Duit Raya Oleh Pengurus Kanan Kepada Anak Yatim Dan Asnaf
Penyampaian Sumbangan Untuk Rumah Anak Yatim Yang Terlibat.

Menurut Pengurus Kanan Bahagian Hospitaliti iaitu Encik Shah Azam Khan,

"Ancasa Hotels & Resorts mengambil pendekatan dengan mengadakan program ini adalah untuk menghargai pelanggan-pelanggan Ancasa serta mengeratkan lagi hubungan di antara pihak pengurusan dengan warga kerja Ancasa Hotels & Resorts. Ianya juga merupakan wadah terbaik untuk menzahirkan program kemasyarakatan Ancasa kepada golongan yang kurang bernasib baik menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba." Beliau juga menyeru semua pihak yang diberi kelebihan oleh Allah S.W.T agar tidak melupakan golongan yang kurang bernasib baik.
"Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini terutama sekali kepada pihak ADABI kerana sudi berkolaborasi dengan pihak kami pada kali ini dan saya yakin malah percaya dengan terlaksananya program ini, sedikit sebanyak akan meningkatkan ibadah kita pada bulan Ramadan.





Kepada yang ingin merasakan masakan bercitarasa kampung persis masakan ibu, anda boleh mendapatkan baucar Ramadan Buffet bertemakan "Kampong Boy" yang berharga RM68 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak







Menu-Menu Yang Disajikan

LAIN-LAIN MENGENAI ANCASA HOTELS & RESORTS

Ancasa Hotels & Resort merupakan rangkaian hotel milik UDA Holdings Berhad (UDA) yang terletak di Kuala Lumpur, Pahang, Kuala Terengganu dan juga Seremban. Di antara hotel-hotel tersebut adalah Ancasa Hotel & Spa dan Ancasa Express @Pudu di Kuala Lumpur, Ancasa Residences Port Dickson, Kuala Terengganu Golf Resort (KTGR) dan Ancasa Royale Pekan, Pahang.

Untuk maklumat lanjut ataupun ingin membuat tempahan di Ancasa Hotels & Resorts sila layari laman sesawang di www.ancasahotels.com atau hubungi 03-2026 6060 untuk mendapatkan kadar harga yang terbaik.

You May Also Like

2 PEMBERI ULASAN

  1. baguskan AnCasa ni buat program utk anak2 yang kurang kemampuan..sajian kat AnCasa ni pun sedap2 belaka

    BalasPadam
  2. Tahniah AnCasa buat program seperti ni. Moga ada pihak lain turut mencontohi apa yang dilakukan oleh AnCasa. Makanan yang disajikan pun semuanya sedap. Thumbs up AnCasa

    BalasPadam