Buffet Ramadan 2018 | BBQ LAMB Kemensah Kuala Lumpur | Tersimpan Menu Rahsia Dari Rumah Api

by - Sabtu, Jun 02, 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah Cheq Sempoi dan anak-anak dapat jemputan oleh pemilik BBQ LAMB KEMENSAH iaitu En Zainuddin dan Isteri Puan Mimie, membuatkan Cheq Sempoi terharu dan gembira menerima jemputan ini untuk merasai pakej berbuka puasa yang ditawarkan disini. Ini merupakan jemputan kali ke dua dan sesungguhnya pengalaman unik bersantai di sini membuatkan Cheq Sempoi sekeluarga kembali teruja dengan keindahan alam semulajadi sekitar BBQ Lamb. Sekali lagi dapat melayan anak-anak mandi pool dengan gembira!!!.




BBQ Lamb Kemensah Kuala Lumpur Menu Rahsia Dari Rumah Api 

Pertama kali Cheq Sempoi datang ke sini Cheq Sempoi dah buat review anda boleh baca semula. Bertajuk "Kedamaian & Ketenangan Di Tengah-Tengah Kota Raya Kuala Lumpur, BBQ LAMB KEMENSAH KL Taman Dalam Bandar" Kepada yang tinggal di Lembah Klang, tidak jauh mana pun, tempat ni berada di Kg Kemensah, belakang Zoo Negara sahaja. Air sungai yang jernih dan sejuk, terdapat sebuah kolam renang yang diisi dengan air bukit yang jernih. Pasti syiok!




Rahsia menu disini adalah menunya yang Rasa terangkat!!! Sedap, sebab bbq dia Asian Marinated! Dibakar dalam sebuah tempat khas yang Cheq Sempoi gelarkan 'rumah api'. Dalam rumah api ni, dibakar semua jenis hidangan daging yang diperap menggunakan ramuan rempah khas dari ownernya sendiri En. Zainuddin. Antaranya daging kambing, ayam, lembu dan itik. Tapi kekadang tu ada juga permintaan daging kijang, rusa dan sebagainya.




Pakej Buffet Sempena Ramadhan Al-Mubaraq Yang Disediakan Di BBQ LAMB KEMENSAH

Sempena meraikan bulan Ramadhan Al-Mubaraq, En. Zainuddin pemilik BBQ Lamb Kemensah menawarkan potongan harga sebanyak 5% bagi minggu pertama ramadhan bagi setiap set hidangan. Antara Set BBQ Lamb Kemensah yang ada ialah :

๐Ÿ“ŒMeat Set ~ RM 188.00
Meat Set | yang terdiri dari daging kambing dan lembu yang di panggang didalam rumah api dengan menggunakan arang.


๐Ÿ“ŒSeafood Set ~ RM 168.00
Seafood Set | terdiri dari potongan ikan - Grilled Salmon, sotong - Grilled Squid, udang -Cheesy Lobster dan Ketam Lembut goreng tepung - Shell Crab yang dipanggang dengan bara didapur khas.

๐Ÿ“ŒBird Set ~ RM 168.00
Bird Set | terdiri dari burung puyuh, ayam dan itik yang dipanggang menggunakan api bara didapur khas.

Nasi Kuning ramuan herba istimewa
Nasi kuning istimewa | dan sayuran segar dihidangkan bersama setiap set yang ditempah.

Puding
Pencuci mulut | yang dihidangkan bersama set menu. Terdiri dari 'fruit cocktail' dan juga 'Puding'.
Air Oreo

Harga Pakej Buffet Yang Disediakan Di BBQ LAMB KEMENSAH

Harga setiap set ini adalah untuk hidangan 4-6 orang makan. Setiap set ini juga disertakan dengan 2 jug air jus minuman, kurma berserta 2 jenis pencuci mulut seperti puding dan koktail buah-buahan.


๐Ÿ“ŒBird Set ~ RM 168.00
๐Ÿ“ŒMeat Set ~ RM 188.00
๐Ÿ“ŒSeafood Set ~ RM 168.00


Suami Cheq Sempoi kata TERBAIK!!!
Abam Marcus & Kak Maria Tengku Sabri (Selebriti) Sekeluarga juga suka...dan terbaik.
Pelampung yang disediakan untuk disewa. Satu pelampung RM5

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi atau layari :

 Alamat :
BBQ LAMB KL KEMENSAH
Ulu Kelang, 68000 Ampang Jaya, Selangor.

No. Telefon : 
012-211 4100

Facebook: 

Waktu Operasi: 
Selasa - Ahad (6.00 petang - 11.00 malam)
[Setiap Hari Isnin ~ TUTUP]

You May Also Like

1 PEMBERI ULASAN

  1. oowh tempat ni.. boleh tahan viral kan. menariknyaa makan grilled lamb. dapat berendam skali..

    BalasPadam