• Home
  • About
  • Contact
  • lifestyle
  • foods
  • filem
  • education
  • PARENTING
  • sitemap
  • PRIVACY

Cheq Sempoi



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pengalaman Menarik Membeli-Belah Di Jualan Runcit O2O Potboy Bersama Fave Kredit

Baru-baru ini, Cheq Sempoi bersama keluarga menghadiri jualan runcit O2O Potboy Groceries yang diadakan di Jaya One Kuala Lumpur. Yang paling tak boleh move on pandai-pandai masuk Challege Nasi Pedas Gilerrr!!!. Menangis Cheq Sempoi dibuatnya. Anak lelaki Cheq Sempoi, Afiq pun masuk jugak pantang dicabar abahnya.


Ha?? Apa jualan runcit O2O Potboy Groceries tu??
Ok sebelum ni Cheq Sempoi pun tak tahu tapi pernah la dengar 'Potboy'. Kalau anda semua nak tahu mai Cheq Sempoi nak bagi tau.

Potboy | Cheq Sempoi mula dapat tahu mengenai platform ini melalui Facebook. Selepas Cheq Sempoi selidik... terkejut dengan harga yang ditawarkan, iaitu lebih murah daripada kedai runcit biasa. Dengan cara kaedah pembayaran tanpa tunai melalui 'FavePay', merupakan elemen yang menarik.

FavePay | merupakan aplikasi e-dompet pertama yang Cheq Sempoi muat turun dan daftar. Kebiasaannya Cheq Sempoi membeli-belah secara 'online' membayar menggunakan kad kredit atau debit kad je. Jadi, apa salahnya mencuba sesuatu yang baru. Memandangkan zaman era moden yang semua orang memiliki telefon pintar lagi bijaksana dengan penggunaan yang lebih mudah dan sepantas kilat. Menarik kan???.
Pelbagai Jenis Produk Barangan
Jualan runcit secara dalam sehingga luar talian (O2O) Potboy Groceries, yang pertama seumpamanya di Malaysia

Jualan selama tiga hari, mulai 6 hingga 8 Julai diadakan di P2, pusat beli-belah Jaya One di Petaling Jaya dari 10 pagi hingga 10 malam, dianjurkan oleh peruncit dalam talian dan mesra pengguna, Potboy Groceries dengan kerjasama platform pembayaran mudah alih, FavePay.



Pada hari berkenaan Potboy telah menawarkan diskaun sehingga 75 peratus dan pembayaran tanpa tunai. Kaedah pembayaran merupakan elemen yang sangat menarik perhatian Cheq Sempoi dan suami. Ternyata, FavePay merupakan aplikasi e-dompet pertama yang Cheq Sempoi muat turun dan daftar. Memandangkan pengalaman kali pertama menggunakannya dengan harganya murah, sudah tentu tidak melepaskan peluang untuk membeli banyak barangan keperluan harian dapur. Pihak Potboy juga menawarkan perkhidmatan penghantaran secara percuma ke pintu rumah pelanggan.

Membeli-belah secara dalam talian adalah sesuatu yang amat mudah. Hanya dengan satu klik, malah aplikasi perbandingan harga bagi barangan keperluan harian dalam talian yang diperkenalkan Potboy, iaitu 'Hargapedia', membantu membandingkan dan menyelidiki harga serta produk. Pada hari berkenaan jugak sebanyak 40 jenama terkenal ada.... antaranya Coca-cola, Nestle, F&N, Hershey's, Homesoy, Brand's, Jasmine, MamyPoko, dan banyak lagi!!!.
Top 5 Yang Ke Last Challange Born Chili
Bersama Juara Challange Born Chili
Aktiviti yang paling win yang pertama kali Cheq Sempoi masuk dan rasanya macam sesumpah tak nak lagi join. Dengan berani Cheq Sempoi menyertai Food Challange Born Chili.... air mata, air hidung semua keluar kepedasan. Semangkuk nasi yang digaulkan dengan 3 sudu besar born chili lavel 10. Baru dua suap sudu nasi pedas, Cheq Sempoi dah menangis kepedasan dan stop. Produk dari negara jiran Indonesia ini semestinya dari yang HALAL.

Nampak kat situ ada gaya macam Champion!!! ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

Jadi apa tunggu lagi cepat-cepat download aplikasi Potboy dan fave kemudian shopping dengan harga murah dan berbakul-bakul!!!.

Untuk maklumat lanjut dan ingin mengetahui promosi atau kempen terkini dari potboy?? Sila layari laman web potboy sekarang & Jom like & follow potboy di social media.

Sila layari :

LAMAN WEB | FACEBOOK | INSTAGRAM


Share
Tweet
Pin
Share
2 PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jaminan Harga Terendah dengan potongan harga sehingga 90% ke atas lebih 1,000 produk elektronik

Baru-baru ini 16 Julai 2018, satu rangkaian online terkenal Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan telah melancarkan Kempen Ekspo Elektronik Shopee dengan Jaminan Harga Terendah (LPG), satu siri promosi hangat dari 23 hingga 26 Julai 2018. Lebih daripada 20 jenama elektronik turut serta termasuklah : 

  • Armaggeddon
  • Alcatroz
  • honor
  • Mono Digital
  • Philips
  • Russell Taylors
  • Tefal
  • Vivo
  • Xiaomi 

Terdapat banyak lagi produk... lebih daripada 1,000 produk termasuklah : 

  • Telefon pintar
  • Gajet
  • Kelengkapan rumah
  • Komputer
  • Pelbagai aksesori 


Dengan potongan harga sehingga 90%. Menerusi usahasama teguh dengan jenama ini, pengguna boleh menikmati harga terendah ke atas semua produk yang dilabel ‘Lowest Price Guaranteed’ (Jaminan Harga Terendah) dan sekiranya mereka terjumpa produk yang sama dijual di platform lain pada harga lebih rendah, Shopee komited untuk menebus semula 120% daripada perbezaan harga tersebut dalam bentuk syiling Shopee. Ha... baguskan pihak shopee. Memang tak hairanlah shopee satu rangkaian yang mudah dan mesra pelanggan terus menjadikan satu platform utama masa kini.


“Shopee telah bertumbuh pesat sepanjang tahun 2018 dan kami telah menjalinkan usahasama dengan pelbagai jenama terkemuka untuk mengembangkan lagi kategori produk berkaitan elektronik seperti Mobil & Gajet, Komputer & Komputer Riba dan Kelengkapan Rumah untuk menawarkan produk berkualiti kepada lebih 10 juta pengguna. Contohnya, jualan murah eksklusif honor 9 Lite yang berjaya menjual 1,000 unit dalam tempoh lima minit, membuktikan kecenderungan rakyat Malaysia yang memilih produk elektronik bertaraf premium. Dengan Ekspo Elektronik ini, Shopee mengambil selangkah lagi untuk menjadi pusat sehenti platform membeli-belah dalam talian yang memenuhi keperluan dan kehendak rakyat Malaysia,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 

Pada 23 Julai, Shopee menawarkan Jualan Kilat Shocking Sale sepanjang tempoh 24-jam yang membariskan potongan harga ke atas pelbagai produk elektronik berjenama. Pada hari ini, pengguna boleh merebut jualan murah produk elektronik untuk keperluan profesional dan peribadi. Mereka boleh mendapatkan aksesori komputer seperti papan kekunci dan tetikus wayarles daripada jenama Logitech. 

Sementara itu, penggemar music boleh mendapatkan alat bantuan audio (headphones) daripada jenama Marshall dengan harga istimewa. Pelbagai lagi produk berkualiti dijual pada harga menarik termasuk cakera keras storan (external drive) daripada jenama Seagate dan rangkaian jam pintar untuk mereka yang aktif. 


Selain daripada jualan kilat Shocking Sale, pengguna boleh mendapatkan ratusan produk di LPG Tech Zone sepanjang 4 hari Ekspo Elektronik ini berlangsung. Setiap hari, Shopee akan menampilkan dua jenama elektronik terkemuka dengan barisan produk pada harga menarik. Dalam masa yang sama, pengguna boleh membeli-belah dari rangkaian jualan murah mengikut tema kempen bagi memenuhi keperluan elektronik mereka. Di “LPG Tech Zone”, lebih 500 produk termasuk ; 

  • Telefon pintar bertaraf premium
  • Kamera
  • Komputer riba daripada Xiaomi, Huawei, honor, ASUS 
Pelbagai lagi jenama besar turut menyertai kempen jaminan harga terendah. Pengguna yang mencari kelengkapan rumah yang moden boleh meninjau kempen jualan murah “Everything for Your Home” sepanjang ekspo ini untuk menikmati promosi hebat ke atas produk daripada jenama Philips, Senheng, Tefal, Midea dan banyak lagi. Untuk penjimatan berganda, tebus baucar bernilai sehingga RM100,000 sepanjang kempen untuk pembelian mereka. 


Akhir sekali, bagi memberi ganjaran kepada peminat Facebook kami, Shopee akan melancarkan pertandingan “Tag a Bro, Win Like a Pro” dari 23 hingga 26 Julai. Peminat media sosial hanya perlu mencari satu produk elektronik dengan label LPG di Shopee, ambil gambar produk tersebut dalam troli membeli-belah, kemudian tag seorang kawan lelaki dan tinggalkan komen mengapa mereka ingin memenangi produk tersebut. Pemenang bertuah akan menerima produk elektronik kegemaran mereka bernilai hingga RM1,000 setiap satu untuk dikongsi bersama rakan baik mereka. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari 
https://shopee.com.my/m/electronics-expo 
bermula 16 Julai 2018. 

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA di App Store atau Google Play.
Share
Tweet
Pin
Share
1 PEMBERI ULASAN
Newer Posts
Older Posts

Senarai Blog Saya

  • Rina Zul
    Ketahui Siapa Bakal Pemandu Anda

Senarai Blog Saya

  • rinazul.com

MRS ROHANI (CHEQ SEMPOI)

kak Ani

Nama Rohani Md Tahir. Just panggil Cheq Sempoi. Asal Penang mari.. Menetap di KL. Mempunyai 3 cahaya mata. Blog dan Cheq tak dapat dipisahkan kini. Ikuti seterusnya di perkongsian blog Cheq. Untuk sebarang kerjasama boleh hubungi di : nurmusafiqani12@gmail.com


Search Here

Total Pageviews

ads

followers

Popular Posts

  • Tanpa Redha Suami, Balasan Isteri Ke Neraka. Suami Bongkar Kecurangan Isteri
    Aku seorang suami kepada seorang isteri janda anak satu. Ketika aku menulis air mata ini bercucuran mengenangkan apa yang  telah terjadi.  ...
  • PWTC | SENARAI RUMAH ANAK-ANAK YATIM 2018
    Kredit gambar Google [ PWTC ] SENARAI RUMAH ANAK-ANAK YATIM 2018 PERINGKAT PERTAMA ( 10 MEI 2018 ) PERTUBUHAN NUR KAS...
  • LIMPAHAN CHOCOLATE | DI MUSEUM CHOCOLATE KOTA DAMANSARA | DESTINASI MENARIK TAHUN 2018
    Assalamualaikum dan salam sayang semua... bersama Tim Propa Rangers kali ini sangat menggembirakan Cheq Sempoi dan anak-anak....
  • RESORT WORLD KIJAL TERENGGANU | MENJANJIKAN KETENANGAN KEDAMAIAN DAN KEPUASAN PARA PENGUNJUNG | TEMPAT PENYU BERTELUR
    Assalamualaikum dan salam sayang buat semua... Cheq sempoi sini!!! sudah lama Cheq Sempoi tak bersiaran. Sejak kebelakangan ni kesi...
  • JUARA | POWER ANTABAX GRAFFITI DAN PERMAINAN WARISAN 'BANGKU SEKOLAH'
    JUARA Asalamualaikum dan salam sayang pada semua... Baru-baru ini Cheq Sempoi serta anak-anak mendapat jemputan dari Antabax Power Ma...
  • D AURA CAFE, RESTORAN 5 BINTANG BERKONSEPKAN "ROMANTIC" PILIHAN SETIAP PASANGAN
    Gambar Ihsan FB D Aura Cafe Cheq Sempoi Dihadapan D Aura Cafe  Assalamualaikum dan salam sayang buat semua, Bertarikh 5 O...
  • Safi | Jenama Unggul | Produk Penjagaan Diri | Pilihan Seisi Keluarga Sejak Dulu Hingga Kini
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada satu majlis perasmian produk SAFI Shower. Cheq Sempoi telah berpeluang merasai wang...
  • LANGKAHKU, LANGKAHMU, HYPERSHOE PILIHAN KAMI
    Asalamualaikum dan salam sayang buat semua, Apa khabar semua? Jom rapat-rapat dengan Cheq Sempoi nak bisik sikit pasal jualan k...
  • DATUMCORP LANCAR KEMPEN #DATUMHOMESFORALL" PEMAJU PERTAMA MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SOCIAL KORPORAT
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... ๐Ÿ“ท Media Selangor Baru-baru ini | 6 Oktober 2018 Cheq Sempoi berpeluang menghadiri satu ma...
  • [Tasneem Naturel Balm] Mujarab, Berkesan & Ajaib Bila Disapu
    Nice Packaging Asalamualaikum dan salam sayang pada semua... Lama sudah Cheq Sempoi mencari, akhirnya Cheq Sempoi bertemu dengan ...

Blog Archieve

  • Januari (1)
  • September (1)
  • Ogos (2)
  • Mei (5)
  • Disember (4)
  • November (2)
  • Oktober (2)
  • September (1)
  • Ogos (4)
  • Julai (2)
  • Jun (5)
  • Mei (28)
  • April (7)
  • Mac (6)
  • Februari (8)
  • Januari (12)
  • Disember (11)
  • November (4)
  • Oktober (4)
  • September (6)
  • Ogos (7)
  • Julai (3)
  • Jun (9)
  • Mei (2)

blog list

Basic by ThemeXpose | Belongs To CHEQ SEMPOI