Restoran Terbaik Malaysia | Mandarin Palace | Menghidangkan Dim Sum Terbaik Dan Sedap

by - Rabu, Ogos 01, 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua? Hai apa habaq semua? 

Cheq Sempoi sini... adoiii!!! Baru-baru ni dengan tak disangka Cheq Sempoi dapat jemputan dari seorang rakan ajak makan Dim Sum. Ha?? Dim Sum๐Ÿ˜ต. Cheq Sempoi selalu dengar tapi jarang sekali nak makan. Tapi tak pe kita mesti mencuba dan kenal pelbagai jenis Dim Sum. 



Suasana Ibarat Istana China
Bertempat di Restoran Mandarin Palace Hotel Federal Kuala Lumpur. Sebaik sahaja Cheq Sempoi melangkah masuk terasa masuk didalam suasana maya yang sangat etnik yang indah dari hiasan ukiran kayu Cina yang menarik dengan kesenian yang tersendiri terdapat di dinding-dinding restoran burung phoenix, burung, haiwan, bunga teratai, Dewi, anak-anak dan Watak-watak Cina yang lain, semua yang menggambarkan dongeng klasik dan legenda yang kaya, di atas batu, panel, siling dan dinding serta perabot antik asli China. Ia adalah satu-satunya Restoran Cina di Kuala Lumpur dengan suasana yang kaya, perabotan dan kepentingan bersejarah. 


Bersahaja seolah-olah masuk ingin bertemu dengan Puteri Hang Li Po





Meja Utama Pengantin Dalam Majlis Perkahwinan Bangsa Tiong Hua
"Pelanggan boleh memilih makanan laut dari paparan menu yang ada dan beritahu kami menu apa yang menjadi kegemaran dan ingin dimasak. Kebanyakan barangan berharga mengikut bermusim" kata Chef Yip Poon, ketua Chef berbangsa Cina berusia 44 tahun yang merupakan pakar masakan hidangan makanan istimewa di sini. 

Istimewa Dim Sum di Restoran Mandarin Palace | Dim Sum ni adalah makanan atau hidangan kaum Cina yang dihidangkan sewaktu sarapan pagi atau minum petang. Mengikut tradisi Dim Sum ini dihidangkan bersama Teh Cina. Teh Cina ni Cheq Sempoi kurang suka sebab dia tawarkan? Tapi kat sini boleh diambil panas atau sejuk. Cheq Sempoi ambik sejuk lah. Haahhh!! Segar je tekak. Sebab itu orang Cina yang mengembara atau pekerja peladang yang keletihan akan menikmati hidangan ini bersama Teh Cina yang penuh khasiat tersendiri. 


Pelbagai Jenis Dim Sum Yang Sihat Dan Sedap
Menu Pilihan Cheq Sempoi yamm..yamm!!
Menu Lunch
Desert-Desert

Bagi hidangan Dim Sum di Restoran Mandarin Palace ini, terdapat bermacam-macam jenis Dim Sum yang boleh dipilih sendiri secara buffet. Menu-menu sampingan lain juga banyak pilihan serta desert-desert yang disediakan memang semuanya sedap dan dijamin HALAL. Yang pastinya akan memenuhi selera anda yang datang berkunjung. Jadi bagi anda yang gemarkan Dim Sum atau ingin mencuba rasa Dim Sum terbaik, elok lah datang ke Restoran Mandarin Palace di Federal Hotel, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Rakan-rakan Cheq Sempoi Yang Happy Kekeyangan Puas Menikmati Menu-menu Yang Ada

Senarai Harga Berbaloi | Yang paling best harga sangatlah berbaloi hanya RM48 nett untuk dewasa, RM36 nett bagi warga emas dan RM18 nett untuk kanak-kanak. Bufet Brunch ini hanya untuk hari minggu sahaja iaitu Sabtu dan Ahad bermula jam 10.30 pagi hingga 2.30 petang.

Chef-chef Pakar Dalam Masakan

Antara Kejayaan Dan Anugerah Pencapaian Hebat | Mandarin Palace telah dirasmikan pada 28 Ogos 1957 sempena sambutan kemerdekaan Malaysia. Ia adalah satu-satunya Restoran Cina di Kuala Lumpur dengan suasana yang kaya, mempunyai kepentingan sejarah tersendiri. Mandarin Palace meraih beberapa kejayaan hebat yang tersendiri, antaranya :
  • Disenaraikan sebagai salah satu Restoran Paling Cantik Malaysia di Majalah Flavors Mei-Jun 2007, Edisi Malaysia. 
  • Penerima Anugerah Tatler Malaysia untuk Restoran Terbaik Malaysia pada tahun 2005, 2004, 2003, 2002 & 1997. 
  • Penerima C.E.M. Anugerah Asia untuk Anugerah Restoran Terbaik Malaysia pada tahun 1977.  
  • Mandarin Palace juga adalah lokasi untuk penggambaran filem blockbuster The Seventh Dawn yang diarahkan oleh Lewis Gilbert yang dibintangi oleh William Holden, Capucine, Susannah York, Michael Goodtiffe dan Tetsura Tamba, yang dipertontonkan pada tahun 1964. 
  • Mandarin Palace menawarkan menu menarik dari Kantonis ke masakan Hunan dan Szechuan. 
Mandarin Palace adalah kemegahan istana empayar dan layanan mesra Malaysia. Terletak di tingkat 2, Hotel Federal Kuala Lumpur, Mandarin Palace juga merupakan tempat yang popular untuk mengadakan majlis perkahwinan, atau majlis peribadi, pelancaran produk atau acara korporat, dan sebagainya .




Untuk tempahan/ pertanyaan meja hubungi  :
Tel No : 03-21489166 ext 2202

You May Also Like

0 PEMBERI ULASAN