Terbaru ~ Kecantikan Seorang Wanita Bermula Dengan Safi Dermasafe Jenama Halal No. 1 Malaysia
Assalamualaikum pembuka bicara,
kali ini kita berpantun pula,
khas untuk semua wanita di luar sana,
istimewa kepada semua wanita.
Chewahhh!!
Cheq Sempoi here!!!
Wanita cantik memang selalu menjadi idaman. Kerana kecantikannya, hati lelaki menjadi luluh dan terpikat. Sebab itulah wanita dengan dunia kecantikan tidak dapat dipisahkan.
TERBARU ~ KECANTIKAN SEORANG WANITA BERMULA DENGAN SAFI DERMASAFE JENAMA HALAL NO 1 MALAYSIA
Syantik tak kulit Cheq Sempoi? |
Adoi...Cheq Sempoi nak bagi tau satu rahsia ni. Mai dekat-dekat sikit. Ramai yang tanya pasal Kulit Cheq Sempoi yang nampak licin tak dak jerawat dari dulu sampai sekarang. Ha.. ni la yang Cheq Sempoi marah ni, gara-gara adik Cheq Sempoi nama dia Rahimah. Dia suruh cuba produk Safi masa zaman sekolah tingkatan 2 kira-kira tahun 1990. Woww!! 28 tahun yang lepas. Paling best walaupun masih sekolah tapi mampu beli produk Safi. Opsss... Cukup setakat ni saja rahsia Cheq Sempoi bongkarkan.
Gadis generasi masa kini percaya kulit yang sihat adalah umpama kanvas yang membiaskan keyakinan diri mereka. Namun kembara kecantikan mereka dalam menzahirkan impian memiliki raut wajah mempesona, berseri dan bermaya berakhir dengan lambakan lautan pelbagai jenis formulasi produk penjagaan wajah yang tidak memenuhi keperluan khusus kulit muka mereka.
Ok Girls! Hidup ini terlalu indah untuk kamu bermurung! percayalah setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya!. Bawa Bertenang! kerana SAFI DERMASAFE adalah jawapannya!.
Dari mana datangnya lintah,
dari sawah turun ke kali,
dari mana datangnya cinta,
dari safi turun ke hati....
Mulakan transformasi kecantikan dan keyakinan diri dengan kulit yang sihat bersama SAFI DERMASAFE kesinambungan kembara kecantikan terbaharu daripada SAFI Jenama Halal No.1 Malaysia. Rangkaian Inovasi kecantikan terbaharu daripada SAFI ini adalah hasil komitmen berterusan di dalam penyelidikan dan pembangunan produk oleh SERI (SAFI Excellence in Research and Innovation) makmal produk HALAL terbesar di dunia.
KEPUTUSAN KAJIAN DAN PENYELIDIKAN YANG SENTIASA DIPANTAU SERTA DIJAGA KUALITINYA
SAFI DERMASAFE adalah rangkaian produk penjagaan wajah “mesra kulit”yang diuji secara dermatologi, tanpa alergen dan diperakui halal, mempunyai kadar pH yang seimbang, dengan rangkaian produk pembersih wajah tanpa paraben. Serta produk penyegar dan pelembap dengan kombinasi formulasi bahan-bahan bebas daripada pewangi, pewarna, alkohol, minyak mineral dan ujian keatas haiwan.
Buah manis namun berduri,
jatuh bunganya ke tepi kali.
Wajah putih amat berseri,
Kalau senyum manis sekali.
SAFI DERMASAFE sesuai digunakan untuk semua jenis kulit dan juga mereka yang mempunyai kulit sensitif. Rangkaian SAFI DERMASAFE turut merumuskan khasiat kecantikan sumber semulajadi ekstrak Bunga Chamomile dan Likouris. Kedua-dua bahan ini mengandungi manfaat terupatik dan anti-radang yang dapat mengurangkan dan mengatasi masalah kulit sensitif seperti jerawat, ruam dan menyamankan kulit dari kerengsaan selain membuatkan kulit lebih segar dan bermaya.
Pembersih Muka Mousse Gentle Care
Pembersih lembut dan ringan yang menghasilkan buih lembut dengan hanya satu pam. Diperkaya dengan esktrak Likuoris dan Chamomile, ia membersihkan kulit secara mendalam sambil mengurangkan kemerahan dan kerengsaan untuk keselesaan pada wajah. Formula yang tidak kering dan anti-pencemar ini membantu melindungi kulit dari pencemaran alam sekitar (Anti-PM2.5) sambil mengekalkan kelembapan pada kulit agar kulit kekal segar dan bermaya.
Pembersih Muka Gel Mild & Gentle
Diperkaya dengan esktrak Likuoris dan Chamomile membersihkan kulit secara mendalam sambil mengurangkan kemerahan dan kerengsaan pada wajah untuk keselesan kulit. Ia juga membantu mengekalkan keseimbangan pada kelembapan kulit agar kulit lebih sihat dan berseri.
HARGA: RM19.90 (100 g)
Semburan Penyegar & Pelembap Muka, Booster Hydrate & Refresh
Diperkaya dengan ekstrak Likouris dan Chamomile mempunyai kebaikan 2 dalam 1 yang mengekalkan kelembapan pada wajah sambil memperkuat struktur, melindungi kulit daripada pencemaran dan membolehkan solekan kekal lama.
HARGA: RM 39.90 (100 ml)
Pelembap Siang Soothe & Hydrate
Diperkaya dengan ramuan semulajadi ekstrak Likuoris dan chamomile yang menyegarkan. Tidak berminyak dan pantas menyerap ke dalam kulit menjadikan kulit kekal lembap selama 24 jam.
HARGA: RM35.90 (50 g)
Pelembap Malam Rehydrate & Recover
Diperkaya dengan ramuan semulajadi ekstrak Likuoris dan chamomile yang mudah meresap kedalam kulit dan membantu merawat kulit muka tanpa meninggalkan kesan minyak terutamanya ketika anda sedang tidur.
HARGA: RM48.90 (50 g)
Rangkaian produk SAFI DERMASAFE kini berada dipasaran pada harga RM19.90 hingga RM48.90 dan boleh didapati secara ekslusif di WATSONS – rangkaian farmasi dan toko produk penjagaan diri terbesar di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut & promosi...
sila layari laman sesawang rasmi SAFI www.safi.com.my
Facebook rasmi SAFI
Instagram rasmi SAFI www.instagram.com/SAFIMalaysia
Budaya mengumpat perlu dijauhi,
Membuang masa tiada gunanya ,
Saidatina Khadijah kita contohi ,
Berusaha menjadi seanggun peribadinya.
6 PEMBERI ULASAN
Produk safi semuanya best2 dan gunakan tanpa was2...
BalasPadamBetul linda. Ani guna dari zaman sekolah lagi memang terbaik. Dengan harga mampu milik sampai sekaranglah ani setia dengan safi.
Padamuntungla dapat produk baru utk kekal cantik..haaa dah tau rahsia Ani dah..hehe
BalasPadamAlhamdulillah akak... rezeki dapat produk safi memang dah lama setia dengan safi sejak dibangku sekolah. Habis rahsia syantik ani terbongkar. Pandai akak korek ye???
PadamTerbaik - ulasan yang lengkap
BalasPadamTerima kasih kak ana...jutaan terima kasih berkongsi rezeki dan info dengan ani. Ani amat hargai.
Padam