[TEATER TERBARU] TERBALASKAH DENDAM LAKSAMANA ATAS PERTUMPAHAN DARAH ISTERI DAN ANAKNYA?

by - Ahad, November 04, 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Cheq Sempoi di sini,




TEATER BANGSAWAN DENDAM LAKSAMANA YANG PENUH EMOSI!!!

Teater Terbaru | Terbalaskah Dendam Laksamana Atas Pertumbahan Darah Isteri Dan Anaknya?. Kerana seulas nangka, nyawa insan yang tidak berdosa terkorban. Kerana kerakusan nafsu, dendam dan amarah akhirnya membawa kepada perbalahan antara Sultan Mahmud Syah II dengan Laksamana Bentan. Pastinya kempunan Dang Anum untuk merasai nangka kepunyaan Sultan akhirnya, menyaksikan nyawanya menjadi taruhan. Lalu menjadi antara kisah paling menarik untuk seisi keluarga datang menonton teater muzikal terbaru yang dianjurkan oleh Pat Ibrahim Project Entertainment dan Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN), dengan kerjasama Pusat Pelancongan Malaysia dan lain-lain agensi bertujuan untuk mengangkat dan memartabatkan kembali seni bangsawan di samping menyebar luas jenama Semarak Bangsawan melangkau ke negeri-negeri di Malaysia. 

Datin Paduka Zaitoon Dato' Othman (Ahli Majlis Tertinggi Yayasan Sime Darby)

Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya 2018 (JPBWB) merupakan program baharu. Objektif pelaksanaan JPBWB adalah untuk memartabatkan dan memperkasakan bangsawan, membawa bangsawan ke peringkat negeri dan memperkenalkan bangsawan kepada generasi baru. Ini adalah inisiatif oleh PIPE yang amat positif terutama dalam penyemarakan dan menyebarluaskan seni budaya. Pastinya ada sesuatu yang menarik perhatian disaat mula menonton kembali kisah yang berlaku di antara Sultan Mahmud II dan Laksamana Bentan. Mungkin kebanyakan daripada kita sudah mengetahui kisah tersebut namun kupasan tentang perkara berkenaan pasti akan menemukan sesuatu yang baharu. Dendam seorang Laksamana begitu menarik perhatian untuk menyorot kembali kisah yang pernah berlaku kira-kira 318 tahun yang lalu.



Persembahan yang menarik | rasa gembira, menghiburkan, marah dan pengakhiran yang menyedihkan. Memang sangat terhibur dengan pementasan Bangsawan Dendam Laksamana,  ini. Seramai 52 orang daripada teknik, produksi sehingga para pelakon turut serta dalam menjayakan Jerawara ini. Dari segi pelakon memang sangat hebat! Semua pelakon sangat menjiwai watak sehingga meninggalkan kesan dihati setiap penonton di atas lakonan mereka, Bukan kerja yang mudah untuk mereka lakukan!  muzikal band, pencahayaan dan audio juga terbaik. 


Bangsawan Dendam Laksamana, sebuah cerita dari mata penulis, didasarkan pada sebuah kisah dari halaman di Tuhfat Al Nafis. Kisah ini menceritakan bagaimana Sultan Mahmud Syah II dibunuh oleh laksamananya, Laksamana Bentan, untuk membalas pembunuhan isterinya Wan Anum (yang mengandung) kerana memakan seulas buah nangka milik Sultan. Kisah yang mengerikan hati ini sangat popular di kalangan orang Melayu lama. Kisah ini telah melalui pelbagai komposisi oleh para pendongeng dan salah satu karya itu diterbitkan pada tahun 1978, yang merupakan karya Shaharom Husain (Masyhor Malaya) yang diterbitkan oleh Nusantara. 



Pementasan produksi ini mengambil inspirasi daripada skrip Shaharom. Teater di bawah tajuk yang sama telah dipentaskan tahun lalu dan telah menerima 4 nominasi di 15th Boh Cameronian Awards iaitu Calon Pelakon Lelaki Terbaik, Calon Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Calon Rekaan Kostum Terbaik dan Calon Rekaan Lampu Terbaik.



PELAKON-PELAKON YANG TERLIBAT DENGAN TEATER BANGSAWAN DENDAM LAKSAMANA

Teater Bangsawan Dendam Laksamana akan menampilkan wajah-wajah lama dan baharu. Gandingan segar yang akan diperlihatkan kali ini menampilkan Hairi Safwan, Aidilla, Dato’ Jalaluddin Hassan, Megat Syarizal, Anwar Rusdini, Fitri, Que Ross, Azhar, Asmidar dan ramai lagi. Malah tulang belakang pekan ini turut membariskan nama-nama yang sudah dikenali ramai melalui hasil kerja mereka. Antaranya Eja Ibrahim (Pengurus Projek), Pat Gui dan Hamidon (Pengurus Pentas), Akma Suriati (Kostum), Yusman (Pengurus Lampu) Duan (Pengarah Muzik) dan Siti Jasmina selaku penulis skrip.



Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya bermula di Kuala Lumpur pada 29 Oktober hingga 11 November 2018

Harga tiket untuk teater ini boleh didapati di talian hotline 0193036008 pada harga RM30, RM50, RM80 dan RM100 Jualan secara dalam talian di pipent.peatix.com.

Cheq Sempoi & Rakan Bloggers
ANDA SEMUA HARUS MENONTON DAN BUAT PENILAIAN SENDIRI
CHEQ SEMPOI BAGI 9/10 BINTANG!!!
✴✴✴✴✴✴✴✴✴

You May Also Like

1 PEMBERI ULASAN

  1. Tak pernah try lagi tengok teater.. boleh mencuba nanti untuk pengalaman baru kot :)

    BalasPadam