MMSOS 'Panic Button' Aplikasi Pertama Bertugas 24 Jam Ketika Mengalami Kes Kecemasan

by - Sabtu, Disember 15, 2018

Assalamualaikum & salam sayang semua ๐Ÿ˜™
Cheq Sempoi di sini...


MMSOS SATU APLIKASI PERTAMA YANG BERTUGAS 24 JAM MELINDUNGI ANDA DALAM WAKTU KECEMASAN

Aplikasi ini adalah tepat pada masanya diperkenalkan oleh MM Synergy Sdn Bhd, sekali gus dapat membantu kerajaan dan polis memastikan kadar jenayah di seluruh negara terus menurun dan rakyat sentiasa berasa selamat. Ia juga membantu dalam mengurangkan kos bebanan pengguna.




Aplikasi ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, kerjasama bantuan ambulan, polis, bomba, hospital atau klinik, laporan jenayah, motor assist dan kaunseling yang mudah diakses, beroperasi 24 jam, tujuh hari seminggu dan 365 hari sepanjang tahun. Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja ketika mengalami kes kecemasan. 



Apabila berlaku kecemasan, mereka hanya perlu menekan 'panic button' (butang kecemasan) dan team SOS Response akan membantu pengguna mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang dihadapi serta mendapatkan bantuan yang terdekat dengan anda. Anda sebagai pengguna boleh monitor status anda melalui aplikasi ini.

Aplikasi bantuan kecemasan “Creating Awareness”. Merupakan kempen menanam dan menyemai kesedaran rakyat akan kepentingan aplikasi MMSOS ini, dengan hanya menekan “Panic Button” para pengguna yang berdepan dengan kecemasan seperti kecemasan kes ragut, rompakan, serangan, jenayah harta benda, kecurian kenderaan, kebakaran, pembuli jalan raya, cubaan rompakan, perbuatan yang mencurigakan, membantu dalam memaklumkan ahli keluarga bila berlaku kecemasan, tunda kenderaan, tuntutan insuran, ‘jump start’ kereta, membantu ganti tayar pancit atau rosak dan mengatur ambulan, polis, bomba, hospital atau klinik, laporan jenayah, motor assist dan kaunseling yang mudah diakses semuanya dalam satu butang, dengan menekan butang di skrin telefon.





KELEBIHAN MELANGGAN APLIKASI MMSOS KEPADA ANDA

Setiap hari wanita berisiko terdedah kepada jenayah antaranya kes ragut, serangan, pembuli jalan raya dan rompakan. Bayangkan anda berdepan situasi berbahaya dan dalam kecemasan terutama ketika seorang diri. Dalam keadaan mendebarkan itu kebanyakan daripada kita hanya mampu berdoa supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini.




Kelebihan Melanggan Aplikasi MMSOS :
  • Kelebihan melanggan aplikasi ini, percuma 'Personal Accident Insurance’ (value worth 50,000).
  • Percuma pemeriksaan kesihatan (worth RM365).
  • Diskaun 70% untuk ‘Car Tinted’.
  • Diskaun 40% untuk pakej percutian ke Marina Island (all in package for 2 person, 3D2N + Dining).
  • ‘Special rate’ untuk memperbaharui insuran kereta.
  • ‘Special rate’ untuk penyelenggaraan kereta.
  • ‘Ambulance fees’.
  • Percuma ‘towing’.

Aplikasi itu boleh dimuat turun secara percuma di Play Store dan Apps Store  dengan hanya klik http://bit.ly/2mC6Y03, kemudian membuat pendaftaran dengan memasukkan butiran diri. Bagaimanapun, buat masa ini, perkhidmatan yang sangat bermanfaat ini hanya ditawarkan di Lembah Klang dan akan dikembangkan ke kawasan lain secara berperingkat.

Rakan Cop MMSOS

You May Also Like

0 PEMBERI ULASAN