Safi Fair Beauty | Minuman Beri Kolagen | Menyerlahkan Kejelitaan Dari Luaran Dan Dalaman Wanita

by - Isnin, Mei 06, 2019

Assalamualaikum dan salam sayang semua,
Cheq Sempoi sini...๐Ÿ˜




SAFI FAIR BEAUTY MINUMAN BERI KOLAGEN MENYERLAHKAN KEJELITAAN DARI LUARAN DAN DALAMAN WANITA



Mari semua wahai wanita teragung, Cheq Sempoi nak bagi tahu jenama SAFI telah mengeluarkan produk terbaru. Jenama penjagaan kulit Halal No.1 Malaysia melancarkan SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen dirumus khusus dengan nutrisi kecantikan yang diperlukan untuk badan. Minuman kecantikan berasaskan kombinasi bahan terpilih seperti Kolagen Marin terhidrolisis, Peptida Sutera, Vitamin C dan Beri Acai ini diperakui Halal oleh JAKIM diformulasi khusus kerana manfaat anti-penuaan dan anti-oksidanya yang tinggi.

Woww!!!๐Ÿ˜‰Inovasi kecantikan terbaharu daripada SAFI ini adalah hasil komitmen berterusan di dalam penyelidikan dan pembangunan produk penjagaaan kulit muka oleh SERI - SAFI Excellence in Research and Innovation Centre makmal produk Halal terbesar di dunia, yang berpusat di Subang Jaya.



“Sebagai peneraju jenama produk kecantikan halal, kami berbangga dengan pasukan penyelidik dan pakar saintis yang berdedikasi dalam menghasilkan inovasi kecantikan halal yang berkualiti tinggi dalam memenuhi impian para wanita memiliki raut wajah menawan dan kulit muka yang sihat melalui rutin penjagaan kulit muka menyeluruh bermula dari dalaman” ujar Encik Sriram Krishnamurthy, (Ketua Eksekutif Wipro Unza (M) Sdn.Bhd.)

Kolagen merupakan protein yang paling banyak di dalam tubuh badan dan membentuk kira-kira 70% sel kulit kita. Ia membantu pertumbuhan kulit, kuku dan rambut yang sihat. Dalam lapisan dermis kulit kita, kolagen adalah infrastruktur penting yang diperlukan untuk mengekalkan keanjalan kulit, melembut, melembap dan juga membantu pembaharuan sel-sel kulit.


Pada majlis tersebut, Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran SAFI turut berkongsi dengan lebih lanjut tentang manfaat “BFF kecantikan” terbaru dari SAFI yang dipasarkan sebagai rangkaian produk kecantikan tambahan kepada rutin penjagaan kulit muka SAFI anda untuk kesan yang lebih efektif. Para pengguna tidak perlu ragu-ragu untuk mengambil minuman Kolagen SAFI kerana ia adalah hasil dari keutuhan jenama SAFI sebagai pakar di dalam penjagaan kulit yang berpengalaman.

“Faktor persekitaran seperti pendedahan kepada sinaran UV, tekanan, masalah kurang tidur dan gaya hidup seseorang individu itu boleh menyebabkan kulit tidak bermaya serta kusam. Oleh itu, pengambilan minuman kolagen SAFI dapat merangsang kadar penghasilan kolagen,serta menjadikan kulit lebih mulus, cerah dan berseri”.
Tambah beliau lagi, “SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen menggunakan Kolagen Ikan terhidrolisis (HFC/Hydrolyzed Fish Collagen) dari sumber kolagen ikan berasal dari Ikan lautan. HFC mempunyai kandungan protein yang tinggi, larut air dan tidak berbau, lebih mudah dicerna dan diserap oleh badan. Kombinasi manfaat nutrisi kecantikan Beri Acai di dalam minuman kecantikan ini bukan sahaja membantu penghasilan kolagen, ia juga menjadikan tona kulit lebih cerah, sekata dan lebih halus”.


Minuman SAFI kolagen ini sesuai diambil oleh mereka yang berusia 25 tahun keatas. 1 bekas SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen (450g) mengandungi 90,000mg kolagen. Para pengguna disarankan mengambil 1 sudu (15g) serbuk SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen yang mengandungi 3,000mg kolagen pada sebelah malam 1 – 2 jam sebelum waktu tidur, ini kerana proses perawatan dan pembentukan sel kulit muka berlaku ketika tidur. Lebih berkesan lagi, anda boleh menggunakan sebarang produk penjagaan kulit muka SAFI umpamanya krim malam agar kulit mendapat perawatan dari luar dan dalam semasa tidur.




Nutrisi kecantikan bahan utama di dalam SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen:

๐ŸŒธ Marine Collagen (Kolagen Marin) 
  • Berat molekul rendah untuk penyerapan mudah.
  • Tiada rasa, tiada bau – oleh itu anda tidak perlu risau tentang bau atau rasa hanyir.
๐ŸŒธ Silk Peptide (Peptida Sutera)
  • Kaya dengan Asid Amino, protein penting untuk struktur kulit.
๐ŸŒธ Acai Berry & Vitamin C
  • Kaya dengan manfaat anti-oksida yang tinggi untuk kulit.




Anda boleh menikmati minuman SAFI kolagen ini bersama minuman sejuk dan panas atau sup kegemaran anda kerana kolagen di dalamnya mampu menahan suhu panas sehingga 300° Celcius. SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen diformulasikan oleh SERI - SAFI Excellence in Research and Innovation Centre dan dikilangkan oleh pengeluar terkemuka dengan Amalan Pengilangan Baik (GMP), disahkan dengan MesTI, berstatus BioNexus dan semestinya diperakui Halal oleh JAKIM. 

SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen dipasarkan dalam dua jenis pilihan bekalan – 1 Bekas x 450g (Pek 30 hari) RM 98.10 dan 1 kotak (7 paket) x 15g RM 29.60 yang boleh didapati di pasaraya, rangkaian farmasi dan toko jamu terpilih di Malaysia. Minuman SAFI kini juga boleh dibeli secara atas talian melalui portal e-dagang LAZADA untuk 3 bulan pertama.





SAFI JENAMA YANG SANGAT DIYAKINI OLEH WANITA KINI HALAL NO. 1 TANPA WAS-WAS


Sejak tahun 1985, SAFI memberi keyakinan kepada pengguna Islam dengan rangkaian produk penjagaan badan dan kecantikan kulit yang bukan sahaja “Selamat dan Suci” tetapi juga berasaskan sains yang menepati keperluan dan kehendak pengguna. Inovasi yang menjadi teras di dalam setiap produk keluaran SAFI di dalam setiap kategori yang ditawarkan dari segi pemilihan bahan aktif yang berkesan, kombinasi keseluruhan termasuk wangian , sentuhan , penampilan dan reka bentuk luaran. 

SAFI bangga sebagai jenama Malaysia yang mempunyai pusat penyelidikan dan pembangunan produk penjagaan kulit HALAL yang termaju dan terbesar di dunia iaitu SERI - SAFI Excellence in Research and Innovation Centre. Produk SAFI merangkumi rangkaian produk penjagaan kulit muka, mandian, deodoran, talkum, ubat gigi, syampu, produk penata gayaan rambut dan produk penjagaan kebersihan peribadi wanita yang kini dipasarkan di Asia Tengah, Indonesia, Brunpei dan Singapura.


Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI atau Produk ini boleh didapati secara online di Shopee dan Lazada atau di alamat :

No. 10, Jalan Subang 2, 
Taman Perindustrian Subang, 
47610 Subang Jaya
    
Atau sila layari :


You May Also Like

0 PEMBERI ULASAN