• Home
  • About
  • Contact
  • lifestyle
  • foods
  • filem
  • education
  • PARENTING
  • sitemap
  • PRIVACY

Cheq Sempoi



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pertama kali Cheq Sempoi berpeluang dapat menikmati saat shopping yang selesa dan gembiranya kerana Cheq Sempoi sedang berjimat cermat dan mencari tempat membeli-belah  barangan yang memang pada harga sangat-sangat mampu milik.

Aqilah & Afiqah kaki Shopping JJJ
Jalan Jalan Japan berada di tingkat 3 tapi cari eskelator untuk ke 1 lagi tingkat baru nampak...


Outlet Jalan Jalan Japan di Centrepoint, Seremban, Negeri Sembilan sangat luas.  Ini merupakan Outlet ke 3 selepas Jalan Jalan Japan (JJJ) di One City, USJ dan 1 Shamelin Mall, Cheras. Pelbagai barangan yang dijual di sini, daripada peralatan rumah sehinggalah ke luggage bag terus daripada Jepun. Bagi kami, highlight di sini adalah barangan bayi yang memang banyak serta pelbagai. Walaupun Cheq Sempoi tak ada anak kecil tapi barang bayi adalah yang paling best. Pasti tersangkut satu dua barang untuk diberi pada anak buah.

Princess Muka Ceria Bebas Bershoping Di JJJ

Cheq Sempoi pun Exited
Teruja sangat Cheq Sempoi menghadiri pre shopping experience di JJJ yang bakal dibuka di Seremban Centerpoint Mall, Seremban tidak lama lagi. Iaitu pada 2 Jun 2018 akan datang. Ini merupakan kali ke dua Cheq Sempoi datang cawangan JJJ ni sebab pertama kali dulu seorang rakan baik yang memperkenalkan JJJ Shamelin. saja santai-santai window shopping dengan rakan baik. JJJ di Centerpoint, Seremban terletak di Tingkat 3. Jangan risau ada penunjuk arah JJJ di sini. Ikut ajer arahnya. Pasti anda akan jumpa. 


BAHAGIAN-BAHAGIAN YANG MEMBUATKAN ANDA SEMUA TERTARIK!!!














Jalan Jalan Japan menempatkan barangan preloved pada harga yang sangat sangat murah. Cheq Sempoi ulang sangat sangat murah ok. Pendek kata MURAH!!!?. Barangan "brand" dari Jepun berkualiti tinggi kini berada di tanahair Malaysia yang tercinta.

Mr. Daichi Shuzui bersama pengacara majlis
 menperkenalkan Jalan Jalan Japan outlet yang ketiga ini, berumur lebih kurang 41 tahun dan seorang pengarah BOK Marketing, pernah bekerja untuk BOOKOFF di Jepun, New York dan Los Angeles selama 15 tahun. Di Jepun, trend kitar semula adalah fenomena yang popular sekitar awal 90an. Pelopor trend ini telah dicipta oleh Bookoff Corporation dan telah berkembang pesat lebih dari 800 outlets di Jepun dan luar negara sebelum tiba di Malaysia.



Mr. Daichi Shuzui (Berdiri sebelah kiri)

Staff Jalan Jalan Japan memang ramai dan bersikap friendly dengan pelanggan jika perlukan bantuaan boleh tanya mereka. Mereka boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
Ha... sebaik saja Cheq Sempoi dan anak-anak mula diberi bakul shopping untuk masuk ke dalam. 2 princes Cheq Sempoi, Afiqah dan Aqilah seorang satu bakul shopping? Diowg tak bagi Cheq Sempoi kongsi bakul?? Bertuah lah dengan princes berdua tu. Ok tak pe?? Cheq Sempoi biarkan saja, lagi pun biasa lah anak perempuan yang tengah membesar. So kita lepaskan saja keinginan princes tu merasa keseronokkan bershopping. Lagipun harga murah apa yang nak risau. Insyallah mampu bayar apa yang princes dua tu nak.


Accessory Kanak-Kanak Perempuan
Princes dua tu teruja tengok aksesori yang dipamerkan macam gelang tangan, rantai, handbag, alat tulis dan lain-lain lagi. Cheq Sempoi pula mencari baju dan seluar jean untuk princes. Bila nak suruh mencuba seluar jean, puas lah mencari dua princes tu. So Cheq Sempoi main agak-agak je la. Walaupun seluar jean tu prelove tapi masih cantik, tidak pudar dan kainnya dari yang berkualiti.



Pinggan Mangkuk
Bahagian Pakaian
Cheq Sempoi pun nak juga ikut kemahuan sendiri.. So pergi lah bahagian pinggan mangkuk... Alamak!!!! banyaknya pinggan mangkuk dengan harga yang berpatutan dijual di sini. Kalau rasa nak hidangan tu ala-ala Jepun bolehlah memiilih pinggan mangkuk yang ada corak budaya jepun. 

Lepas bahagian pinggan mangkuk Cheq Sempoi ke bahagian kasut wanita. Dekat sini baru terjumpa semula dua princes tengah mencuba berpasang-pasang kasut kanak-kanak perempuan tak jauh dari kasut wanita. Lepas satu pasang, ke satu pasang princes mencuba. Dengan seronok dua princes tu mencuba. Semua dia nak, sebab cantik-cantik dan bergaya.


Princes Mencuba Kasut


Diadakan juga cabutan bertuah. Tapi kurang bertuah pada hari tu??

Cheq Sempoi sekeluarga mengucapkan Jutaan Terima Kasih pada JJJ kerana menceriakan anak-anak shoping disini dengan perasaan yang berbunga-bunga.

Jalan Jalan Japan akan dibuka secara rasmi di Centerpoint, Seremban, Negeri Sembilan 
pada 2 Jun 2018
JOM!!! KITA BERAMAI-RAMAI DAPATKAN BARANGAN BRAND DENGAN HARGA SANGAT-SANGAT MURAH SERTA BERBALOI-BALOI.

Aktiviti yang bakal diadakan adalah cabutan bertuah di mana pengunjung berpeluang memenangi wang tunai RM1000 serta beberapa hadiah yang lain.




Alhamdulillah barangan yang menjadi milik kami sekeluarga masih nampak baru serta berkualiti. Antara barang yang kami dapat grad adalah :

1. Pelampung - RM10
2. Bola - RM10
3. Seluar Jean Kanak-kanak Perempuan 4 helai - RM6 sehelai 
4. Tshirt Kanak-kanak Perempuan 5 helai - RM6 sehelai
5. Alat Tulis - RM6
6. Gelang 2 pcs - RM6
7. Google alat guna untuk berenang 2 pcs - RM10 satu
8. Sticker cartoon 2 pcs - RM1 satu

Total 8 item : RM109

Untuk keterangan lanjut boleh layari:

FB :
https://www.facebook.com/JalanJalanJapan.Malaysia

IG :
https://www.instagram.com/jalanjalanjapanmy/
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Older Posts

Senarai Blog Saya

  • Rina Zul
    Ketahui Siapa Bakal Pemandu Anda

Senarai Blog Saya

  • rinazul.com

MRS ROHANI (CHEQ SEMPOI)

kak Ani

Nama Rohani Md Tahir. Just panggil Cheq Sempoi. Asal Penang mari.. Menetap di KL. Mempunyai 3 cahaya mata. Blog dan Cheq tak dapat dipisahkan kini. Ikuti seterusnya di perkongsian blog Cheq. Untuk sebarang kerjasama boleh hubungi di : nurmusafiqani12@gmail.com


Search Here

Total Pageviews

ads

followers

Popular Posts

  • Sue Melati Beauty | Make up Artis Malaysia | Dengan Kecantikan Natural Kelembutan Semulajadi
    Kredit gambar : FB Sue Melati Beauty Assalamualaikum dan salam sejahtera... Baru-baru ini Cheq Sempoi berpeluang menghadiri dan bel...
  • BUTIK HAQQI | Berniaga Sambil Beribadah | Menyediakan Kelengkapan Haji Dan Umrah
    Asalamualaikum dan salam sejahtera semua... Robbanaa laa tuzighquluubanaa ba'da idz hadaitanaa wahablanaa min ladunka rohmah, inna...
  • BUFFET RAMADHAN PILIHAN SEISI KELUARGA (SANTAI & OPEN AIR)
    ISNIN, 12 JUN 2017 Assalamualaikum dan salam sayang pada semua follower Cheq Sempoi. Dalam tidak sedar puasa kita dah masuk hari yang...
  • Safi | Jenama Unggul | Produk Penjagaan Diri | Pilihan Seisi Keluarga Sejak Dulu Hingga Kini
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada satu majlis perasmian produk SAFI Shower. Cheq Sempoi telah berpeluang merasai wang...
  • [Sebab-Sebab Utama] Wajib Ada Insurans/ Takaful Sebagai Langkah Bijak Dalam Pengurusan Kewangan Dan Perlindungan Serta Satu-Satunya Harta Peninggalan Untuk Anak-Anak Kita
    15 sebab utama wajib mempunyai Insurans/ Takaful sebagai perlindungan. Orang yang bijak dalam pengurusan kewangan mesti mengambil s...
  • Bentodon | Makanan Halal Jepun | Secara Online Di Alam Maya Pilihan Masa Kini
    Pelbagai Menu Istimewa Bentodon Pilihan Cheq Sempoi Dan Rakan-Rakan Assalamualaikum dan salam sejahtera... Hai!! Cheq Sempo...
  • [VIRAL] Pok Ya Cong Codei Dilantik Sebagai Duta Umrah Congcodei Oleh Syarikat Richworld Travel & Tours
    Doakan Cheq Sempoi & Keluarga Dapat Jadi Tetamu Allah S.W.T Secepat Mungkin!! Aamin... Assalamualaikum dan salam sejahtera... B...
  • Bersama Media Menerokai MAEPS Agrotourism Park Serdang | Road To Agro Tourism Siri 3
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... Bersama Media Menerokai MAEPS - 01.02.2018 (Hari Kedua).  Aktiviti untuk program RTA3 bermula...
  • [Duta-Duta Jakel Buat Kecoh] 1000 Pasang Baju Melayu Percuma Buat Pelanggan Terawal & Lelongan Sehingga 85% Diskaun
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... Seminggu sudah kita berpuasa, orang yang paling sibuk..  sudah tentulah kaum ibu-ibu  dari...
  • DREAMWORLD INDOOR PLAYLAND STARLING YANG MENGGEMBIRAKAN KANAK-KANAK
    2 Jun 2017, Jumaat Bergembira di Dreamworld Indoor Playland , The Starling Mall adalah satu pengalaman manis bagi anak-anak cheq sem...

Blog Archieve

  • Januari (1)
  • September (1)
  • Ogos (2)
  • Mei (5)
  • Disember (4)
  • November (2)
  • Oktober (2)
  • September (1)
  • Ogos (4)
  • Julai (2)
  • Jun (5)
  • Mei (28)
  • April (7)
  • Mac (6)
  • Februari (8)
  • Januari (12)
  • Disember (11)
  • November (4)
  • Oktober (4)
  • September (6)
  • Ogos (7)
  • Julai (3)
  • Jun (9)
  • Mei (2)

blog list

Basic by ThemeXpose | Belongs To CHEQ SEMPOI