• Home
  • About
  • Contact
  • lifestyle
  • foods
  • filem
  • education
  • PARENTING
  • sitemap
  • PRIVACY

Cheq Sempoi



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Baru-baru ini - 31.01.2018, Cheq Sempoi berpeluang mengikuti siri jelajah Road To Agro Tourism Siri 3 (RTA3). Peluang keemasan bagi Cheq Sempoi yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Road To Agro Tourism adalah satu produk Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dengan slogan "Make Tourism Champion" bertujuan untuk mempromosikan pelancongan Domestik yang menarik di Kuala Lumpur dan Putrajaya sempena Hari Wilayah Persekutuan 2018. Terdapat 10 buah siri Road To Agro Tourism dilancarkan untuk seluruh negara mengikut zon iaitu :
  • Siri 1 - Zon Selatan 
  • Siri 2 - Zon Tengah (Kuala Kangsar & Cameron Highlands)
  • Siri 3 - Zon Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur & Putrajaya)
  • Siri 4 - Zon Utara (Kedah, Perlis & Langkawi)
  • Siri 5 - Zon Edisi Perak
  • Siri 6 - Zon Sabah
  • Siri 7 - Zon Sarawak
  • Siri 8 - Zon Kelantan
  • Siri 9 - Selangor
  • Siri 10 - Wilayah Persekutuan & Pahang

Dianjurkan bersama oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Perbadanan Kampung Bharu (PKB) dan Perbadanan Putrajaya (PPJ). Dengan sokongan Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA), Kementerian Pelancongan & Kebudayaan (MOTAC) dan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP). Bagi menjayakan program ini, RTA3 turut bekerjasama dengan MARDI-MAEPS, Hotel Tamu Kampung Bharu, Bas Hop On Hop Off, Pulse Group, Nafas Cube, Cyberview Resort, Universiti Putra Malaysia (UPM), DSSM (Silat) dan Jabatan Warisan Negara (JWN).
Dari kiri : YBrs. Tuan Haji Zulkurnain Hassan (Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu), YB. Datuk Affendi Zahari (Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu), YB. Datuk Mohd Khay Ibrahim (Pengarah Urusan Kumpulan Zikay) dan Encik Aminuddin Mohamad (Exco Majlis Pelancongan Malaysia)
Sebanyak 30 destinasi agro pelancongan akan dilawati dan dipromosikan dalam RTA3. Turut bersama dalam rombongan ini ialah 50 wakil media, blogger, influencer dan  selebriti Maria Tungku Sabri sebagai hos program. Perjalanan jelajah RTA3 yang istimewa ini, turut diiringi 2 buat Caravan dan kumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi. Agro membawa maksud hasil ladang dan tanaman, ternakan, perikanan, destinasi, hospitaliti, perkhidmatan dan industri asas tani (makanan berproses & bukan makanan) dari ladang hingga ke meja makan.
Objektif MTC
  • Mempromosikan destinasi-destinasi Agro Pelancongan domestik yang menarik
  • Mempromosikan penginapan yang baru, unik, selesa dan menarik
  • Mempromosikan makanan etnik, daerah yang menarik
  • Mempromosikan kebudayaan etnik dan daerah yang menarik
  • Mempromosikan kesenian dan hasilan kraftangan tempatan yang menarik
  • Mempromosikan tempat dan acara-acara bersifat "Agrotainmen" menarik 
  • Mengetengahkan produk dan persembahan baru berkaitan Agro yang menarik
  • Menjalinkan kerjasama strategik dengan pihak berkepentingan
  • Melebarkan jaringan dalam industri Agro Pelancongan 
Kredit foto by Neeza

"Kini Zikay Group telah berkembang pesat sebagai pemaju hartanah yang komited dan menyumbang kepada proses transformasi ekonomi demi mencapai status negara berpendapatan tinggi. Zikay kini telah memperluaskan sayap perniagaannya dengan menceburi di dalam bidang hospitaliti. Terbinanya Hotel Tamu & Suites yang merupakan sebuah hotel bertaraf 4 bintang yang menawarkan perkhidmatan yang mesra dengan menyediakan penginapan dan kemudahan kelas bertaraf antarabangsa. Produk hospitaliti yang bercirikan moden kotemporari tetapi tetap menyelitkan motif-motif hiasan dalaman yang bercirikan tradisional. Tidak lupa juga sajian hidangan tradisi melayu yang disajikan di 5 outlet F&B di hotel ini".

~Datuk Mohd Khay Ibrahim~ 

(Pengarah Urusan Kumpulan Zikay)


Kredit foto by Neeza
"Objektif program ini adalah mempromosikan destinasi-destinasi agro pelancongan domestik, memperkenalkan penginapan yang baru, unik, selesa dan menarik. Mempromosikan makanan etnik mengikut daerah masing-masing, kesenian dan hasil kraftangan tempatan, acara-acara yang bersifat ‘Agrotainment’, mengetengahkan produk dan persembahan baru berkaitan agro serta melebarkan jaringan dalam industri agro pelancongan".
~Encik Aminuddin Mohamad~
(Exco Majlis Pelancongan Malaysia)
Kredit foto by Neeza

"Saya berasa amat bangga kerana memilih Kampong Bharu sebagai salah satu destinasi pelancongan agro di Malaysia. Ribuan terima kasih daripada beliau kepada Majlis Pelancongan Malaysia dibawah pimpinan Encik Aminuddin (Exco Majlis Pelancongan Malaysia) di atas usaha dan inisiatifnya. Ini kerana ia memberi satu pengiktirafan yang besar kepada Kampong Bharu dan ia bakal membantu menambah jumlah pelancong dalam dan luar negara ke kawasan itu".

Dengan ucapan ; "Semoga Kampong Bharu terus cemerlang, gemilang dan maju seiring dengan pembangunan bandar utama Kuala Lumpur". Maka, YB Dato’ Affendi Zahari telah merasmikan program Road To Agro Tourism Siri 3 bagi Kuala Lumpur – Putrajaya 2018.
~YB Dato’ Affendi Zahari~
Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB)


Seai temuramah bersama wartawan

Perasmian Road To Agro Tourism Siri 3 (RTA3) Kuala Lumpur Putrajaya


Kampung Bharu yang terkenal dengan Bazaar Ramadhan yang terbesar dan popular dengan bubur lambuk Masjid Jamek. Ini menjadikan Kampung Bharu sesuai di gelar dengan 'syurga makanan' di Kuala Lumpur. Di Kampung Bharu terdapat banyak gerai-gerai dan kedai makanan yang tumbuh macam cendawan selepas hujan. Menjual makanan dari tradisi melayu, Indonesia (Nasi Padang/ Masakan Minang) dan Thailand. Selain itu terdapat banyak kedai makanan Western yang menarik dan lazat.

Majlis perasmian untuk program ini dilancarkan oleh Y.Bhg Dato' Affendi Zahari (Pengerusi Perbadanan Kampong Bharu)  di Tamu Hotel & Suites. Turut bersama dalam Majlis Perasmian Program RTA3 adalah Y.Bhg Dato Khay Ibrahim (Pengerusi Eksekutif Tamu Hotel & Suites), Y.Bhg En. Uzaidi Udanis (Presiden Majlis Pelancongan Malaysia), Y.Bhg En. Aminudin Mohamad (Pengarah Program, RTA/Kampong Bharu Night Walk), Y.Bhg En. Khalid Syed Ali (Pengarah Bahagian Warisan Tidak Ketara, Jabatan Warisan Negara), Y.Bhg Cikgu Aziz Abd Majid (Presiden Persatuan Dunai Seni Silat Melayu Malaysia), Tn Syed Azhar Syed Nadzir (Group CEO Hop On Hop Off), media dan juga blogger.






Suasana Cafe Makan Malam Di Hotel Tamu & Suites Dan Aktiviti Malam 10,000 Langkah Berbusana Di Kampong Bharu

Selepas perasmian program Road To Agro Tourism Siri 3, kami telah dijemput untuk makan malam di Suasana Cafe yang terletak di aras 27 Hotel Tamu & Suites. Kami telah disajikan hidangan bufet bertemakan masakan Melayu yang sangat sedap, sambil menikmati pemandangan bandaraya Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur.


Kredit foto by Wow Malaysia




Sebelum perarakan bermula, para tetamu disajikan dengan pertunjukan seni silat Melayu di ruang lobi Tamu Hotel & Suites. Turut menunjukkan kehalusan seni silat Melayu pada malam itu adalah bekas Pesilat Negara dan juga pelakon iaitu Ruzaidi Abdul Rahman.


Aktiviti malam itu juga agak seronok dengan berjalan 10,000 langkah berbusana di Kampong Bharu Cheq Sempoi juga berpeluang menyertai aktiviti tersebut, anjuran DSSM (Silat) Malaysia. Mengelilingi kampung baru sangat menyeronokkan kerana ianya dikelilingi oleh gerai dan kedai-kedai makan yang sangat best. Boleh dikatakan semua kedai dipenuhi oleh pelanggan. Memang tak salah lagi, Kampong Bharu sememangnya syurga makanan. Semasa aktiviti ini dijalankan gerbang Kampong Bharu yang terkini tersergam indah dengan lampu-lampu yang berwarna-warni terpegun Cheq Sempoi seketika dengan kesenian yang diperbuat indah. Langkah kami berakhir di Masjid Kampong Bharu dengan disambut pemberian bubur lambuk.



Kredit foto by mamable


Info Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu : 

Lot 61, Aras Bawah & Aras 2 Rumah ROHAS, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu 50300 Kuala Lumpur
Hubungi : 03-26926733

Lawat laman web : www.pkb.gov.my


Facebook : https://www.facebook.com/KampongBharu


Selesai aktiviti hari pertama Cheq Sempoi dengan rasa seronok dan sikit penat. Cheq sempoi balik ke Tamu Hotel & Suites tido diatas tilam empuk hotel yang sangat selesa. Kalau inginkan info pasal TAMU HOTEL & SUITES.  KLIK SINI..
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Older Posts

Senarai Blog Saya

  • Rina Zul
    Ketahui Siapa Bakal Pemandu Anda

Senarai Blog Saya

  • rinazul.com

MRS ROHANI (CHEQ SEMPOI)

kak Ani

Nama Rohani Md Tahir. Just panggil Cheq Sempoi. Asal Penang mari.. Menetap di KL. Mempunyai 3 cahaya mata. Blog dan Cheq tak dapat dipisahkan kini. Ikuti seterusnya di perkongsian blog Cheq. Untuk sebarang kerjasama boleh hubungi di : nurmusafiqani12@gmail.com


Search Here

Total Pageviews

ads

followers

Popular Posts

  • PROMOSI NIKMATI CITARASA KEENAKAN RAYA MEXICANA PANCAKE DI SELURUH CAWANGAN PANCAKE HOUSE
    SET RAYA MEXICANA PANCAKE & MINTY LIMAU RAYA   Jumaat, 23 Jun 2017 Assalamualaikum dan salam sayang semua, Buat pertama k...
  • RESTORAN NY STEAK SHACK ~ STEAK, BURGERS & SHAKES, SUNWAY VELOCITY MALL KL
    Rabu, 12 Julai 2017 Salam sayang semua, Rasa macam dah lama Cheq Sempoi tidak bersiaran. Maklumlah sibuk beraya sampai tak ing...
  • BURGER 'NEGARAKU" SIMBOLIK SEMANGAT KEMERDEKAAN GENERASI XY, KELAINAN DAN KEUNIKAN MEMBERI 1000 MAKNA KEPADA PELANGGAN
    BurGer NeGaraKu Asalamualaikum dan Salam Satu Malaysia buat semua, Cheq Sempoi masih dalam semangat kemerdekaan yang baru saja berl...
  • INNERSHINE MARINE COLLAGEN WITH KYOHO GRAPE JELLY YANG MENABJUBKAN
    Innershine Marine Collagen Essence Strip Cheq Sempoi Asalamualaikum dan salam sejahtera buat semua kesayangan Cheq Sempoi. Semu...
  • MURFEST 2017 | KEMAHIRAN FESTIVAL RETREAT BESAR URBAN ASIA TERBAIK
    Asalamualaikum dan salam sejahtera semua, Baru-baru ini Cheq Sempoi dijemput ke Majlis Jelajah dan Pengalaman Sambutan Kesejahteraan, M...
  • Filem 'MALAY REGIMENT' Tersimpan Semangat PATRIOTIK KEMERDEKAAN Yang Kekal Abadi
    Salam Kemerdekaan buat semua...Follower Cheq Sempoi, Maaflah buat semua sebab agak terlewat Cheq Sempoi keluar bersiaran tentang File...
  • DATUMCORP LANCAR KEMPEN #DATUMHOMESFORALL" PEMAJU PERTAMA MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SOCIAL KORPORAT
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... ๐Ÿ“ท Media Selangor Baru-baru ini | 6 Oktober 2018 Cheq Sempoi berpeluang menghadiri satu ma...
  • LANGKAHKU, LANGKAHMU, HYPERSHOE PILIHAN KAMI
    Asalamualaikum dan salam sayang buat semua, Apa khabar semua? Jom rapat-rapat dengan Cheq Sempoi nak bisik sikit pasal jualan k...
  • [ AWAS!!! ] DINOSAURS ALIVE ADA DITENGAH-TENGAH BANDAR RAYA KUALA LUMPUR
    Asalamualaikum dan salam sejahtera pada semua,  Apa khabar? terutama kepada adik-adik yang akan menghadapi peperiksaan akhir tahun ti...
  • LAUNCH OF MISS SHOPHIA @ BBKLCC FIESTA & PELANCONGAN MALAYSIA "DEKAT JE CARNIVAL"
    Ass alamualaikum dan salam sejahtera semua yang Cheq Sempoi rindui.. KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2017 - Perasmian Fiesta & Pelancongan ...

Blog Archieve

  • Januari (1)
  • September (1)
  • Ogos (2)
  • Mei (5)
  • Disember (4)
  • November (2)
  • Oktober (2)
  • September (1)
  • Ogos (4)
  • Julai (2)
  • Jun (5)
  • Mei (28)
  • April (7)
  • Mac (6)
  • Februari (8)
  • Januari (12)
  • Disember (11)
  • November (4)
  • Oktober (4)
  • September (6)
  • Ogos (7)
  • Julai (3)
  • Jun (9)
  • Mei (2)

blog list

Basic by ThemeXpose | Belongs To CHEQ SEMPOI