• Home
  • About
  • Contact
  • lifestyle
  • foods
  • filem
  • education
  • PARENTING
  • sitemap
  • PRIVACY

Cheq Sempoi




Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada satu majlis perasmian produk SAFI Shower. Cheq Sempoi telah berpeluang merasai wangian SAFI Shower yang bertemakan Pulau Hawaii terasa seperti menikmati bisikan halus bayu laut. SAFI yang membawa maksud “Bersih dan Suci”, yang mengekalkan ciri-ciri dengan nilai-nilai agama Islamnya.



Disahkan HALAL oleh JAKIM (kini HDC – Halal Development Corporation), rangkaian produk di bawah jenama SAFI terdiri daripada siri penjagaan kulit, ubat gigi, talkum, syampu, lulur mandi, losyen tangan & badan, kosmetik, minyak wangian, rangkaian dandanan rambut untuk lelaki,  pembersih peribadi wanita serta rangkaian penjagaan bayi. Dan terbaharu rangkaian penjagaan diri SAFI Shower, yang mana kesemua rangkaian-rangkaian tersebut adalah diperbuat daripada bahan terpilih, semulajadi, berkualiti dan halal, seiring dengan kehendak syarak. 

“Rasai kesegaran semulajadi SAFI Shower dari dalam bilik mandi”

Mr.Sriram Krishnamurthy, Ketua Pegawai Eksekutif WiPro Unza (Malaysia) Sdn. Bhd. ketika memberikan ucapan pelancaran Safi Shower di Capri by Fraser,KL. 
Selain kekalutan dan tekanan bekerja, jangan biarkan kulit anda terdedah dengan kotoran dan habuk akibat pencemaran! Keadaan cuaca yang tidak menentu, udara yang kering akibat penghawa dingin, kualiti tidur yang merosot serta tabiat pemakanan yang tidak sihat sering menjadi foktor kulit rosak bagi kebanyakan individu di Malaysia.


"Bagaimana kita memanjakan diri adalah cerminan terhadap cara kita memberi layanan terhadap orang sekeliling- keluarga, ibu bapa, mahupun rakan sekerja".

Pn. Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran (Safi) WiPro Unza (Malaysia) Sdn. Bhd. memberikan ucapan untuk pelancaran produk terbaru mereka, Safi Shower.
Semakin tinggi kasih sayang kita terhadap diri, semakin tinggilah juga kasih yang disebarkan sepanjang hari. Segalanya bermula dari dalam diri. SAFI - rangkaian produk Halal yang sekian lama bertapak di pasaran selama 30 tahun merupakan jenama kecantikan dan penjagaan diri terkemuka di Malaysia kini memperkenalkan SAFI SHOWER. Seiring dengan namanya, rangkaian ini amat sesuai untuk seisi keluarga! Setiap bilasan pada kulit amat berkesan dalam menyingkirkan kuman serta memberikan perlindungan harian kepada seluruh keluarga.


Umpama menikmati ketenangan biasan jingga saat terbenamnya matahari di ufuk barat, rangkaian SAFI SHOWER merupakan inspirasi dari keharuman aroma minuman mocktail yang segar dan menenangkan akibat cuaca panas yang mencengkam kulit, digabung dengan manfaat alam semulajadi yang dilengkapi dengan perlindungan antibakteria.

Masa mandi seringkali dianggap sebagai rutin biasa dan bukannya saat untuk membelai dan memanjakan diri dari tekanan seharian. Dengan rangkaian SAFI SHOWER, saat mandi anda kini lebih bermakna! Selangkah ke dalam bilik mandi bagaikan mencecah kaki ke pasir pantai sambil ditemani hembusan angin yang mententeramkan. Setiap buih yang terhasil membawa bersama haruman yang menenang serta menyegarkan, sambil membelai kulit agar lembut, licin dan lembap. 



SAFI SHOWER hadir dengan keunikan tersendiri. Adunan segar kelazatan mocktail yang hadir dalam botol dengan rona tropika- kuning, jingga, merah jambu dan hijau sangat menarik perhatian dan menceriakan suasana. Selain itu, bentuk pam yang ekonomik memberikan anda kawalan menyeluruh ketika menggunakan gel mandian, justeru mengurangkan pembaziran. Sejumlah kecil gel mandian sudah cukup untuk memberikan anda kesegaran dan perlindungan yang diingini untuk seisi keluarga. SAFI SHOWER juga boleh didapati dalam pek isian semula bersaiz 850g.
Cheq Sempoi Yang Teruja!!!


RANGKAIAN TERBARU 4 VARIASI YANG DIFORMULASI UNIK UNTUK SEISI KELUARGA

Rangkaian terbaharu ini hadir dalam 4 variasi yang diformulasi secara unik bagi melengkapi keperluan keluarga anda. Setiap olesan pada kulit dilengkapi dengan ciri-ciri antibakteria yang membuatkan kulit anda lebih bersih. 2 bentuk formulasi, iaitu gel dan krim mandian telah dihasilkan bagi melengkapi citarasa ramai. 
Gambar 1 Dari kiri, Mr. Sriram Krishnamurthy, Ketua Pegawai Eksekutif Unza (Malaysia) Sdn. Bhd., Ms. Pan Choi Yen, Pengurus Besar - Pemasaran Wipro Unza (Malaysia) Sdn. Bhd., Ms Jessie Wong, Pengurus Besar - Jualan Wipro Unza (Malaysia) Sdn Bhd dan Pn. Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran (Safi) Wipro Unza (Malaysia) Sdn. Bhd.
Bagi anda yang sukakan tekstur gel, variasi Serai Lime Splash dan Passion Honey Frost merupakan gel mandian bebas sabun, tanpa alkohol, bebas paraben dan mempunyai bacaan pH yang seimbang. Bagi mereka yang gemarkan tekstur krim, Kokonut Shake dan Berry Smoothie pula diperkaya dengan kelembapan tanpa alkohol dan bebas paraben. Setiap sentuhan pada kulit mengandungi tekstur yang sangat lembut seperti menikmati bisikan halus bayu laut semasa bercuti di pulau Hawaii! Ramuan terbaik SAFI SHOWER dipilih dengan teliti agar anda dapat menikmati masa mandi umpama menyedut segelas mocktail yang penuh kelazatan dengan aroma yang menyegarkan!.


1. Serai Lime Splash:

Untuk ‘layanan’ ala tropika yang sebenar, gabungan ramuan segar- serai dan limau purut bukan sahaja bertindak sebagai bahan anti-bakteria semulajadi, tetapi mampu menenang dan melembutkan tekstur kulit. Setiap percikan pada kulit bagaikan tamparan manja sang ombak yang menyegarkan malah mampu membangkitkan setiap deria anda!.


2. Passion Honey Frost:

Bagi yang mengimpikan belaian romantis ala bulan madu di pantai, kemanisan madu yang dipadankan dengan kesegaran passion fruit bukan sahaja menghangatkan suasana, malah memberikan kulit anda kelembapan berganda apabila dibilas bersama ketika mandi.


3. Kokonut Shake:

Berehat dan bermanja tidak lengkap tanpa merasai kesegaran minuman air kelapa. Diperkaya dengan ramuan detoksifikasi semula jadi, ekstrak kayu manis dan kelapa bukan sahaja dapat menyegarkan kulit, malah menjadikan permukaan kulit anda kelihatan lebih muda, lembut dan cerah berseri!.


4. Berry Smoothies:

Buat si pengambara yang ingin berasa seperti berada di tepi kolam renang, gabungan strawberi, limau dan barli memberikan manfaat pencerahan semulajadi. Kini, anda boleh keluar bersantai sambil menikmati sinaran matahari dengan lebih yakin! Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya besar dan pasaraya hyper. Setiap variasi berharga RM18.90 (1kg) atau 12.90 (850g pek eko isian semula). Selain itu, bagi mereka yang mempunyai jadual harian yang padat, anda boleh menjimatkan masa melalui penghantaran SAFI Shower terus ke pintu depan anda dari : https://shopee.com.my/! 

Untuk maklumat lanjut berkenaan jenama SAFI sila layari : 

Facebook SAFI : 
www.facebook.com/SAFI.MY
Instagram SAFI
@safimalaysia 
Laman Youtube SAFI www.youtube.com/safimalaysia
Laman sesawang SAFI  
http://safi.com.my/
Share
Tweet
Pin
Share
5 PEMBERI ULASAN
Older Posts

Senarai Blog Saya

  • Rina Zul
    Ketahui Siapa Bakal Pemandu Anda

Senarai Blog Saya

  • rinazul.com

MRS ROHANI (CHEQ SEMPOI)

kak Ani

Nama Rohani Md Tahir. Just panggil Cheq Sempoi. Asal Penang mari.. Menetap di KL. Mempunyai 3 cahaya mata. Blog dan Cheq tak dapat dipisahkan kini. Ikuti seterusnya di perkongsian blog Cheq. Untuk sebarang kerjasama boleh hubungi di : nurmusafiqani12@gmail.com


Search Here

Total Pageviews

ads

followers

Popular Posts

  • Sue Melati Beauty | Make up Artis Malaysia | Dengan Kecantikan Natural Kelembutan Semulajadi
    Kredit gambar : FB Sue Melati Beauty Assalamualaikum dan salam sejahtera... Baru-baru ini Cheq Sempoi berpeluang menghadiri dan bel...
  • VISIBER RECOGNITION 2017, GENO HOTEL, SHAH ALAM
    Jumaat, 16 Jun 2017 CELEBRATION VISIBER  ANNUAL RECOGNATION 2017 Assalamualaikum... dan salam sayang buat semua.  Hari ni C...
  • Terbaru ~ Kecantikan Seorang Wanita Bermula Dengan Safi Dermasafe Jenama Halal No. 1 Malaysia
    Assalamualaikum pembuka bicara,  kali ini kita berpantun pula, khas untuk semua wanita di luar sana,  istimewa kepada semua wa...
  • [Sebab-Sebab Utama] Wajib Ada Insurans/ Takaful Sebagai Langkah Bijak Dalam Pengurusan Kewangan Dan Perlindungan Serta Satu-Satunya Harta Peninggalan Untuk Anak-Anak Kita
    15 sebab utama wajib mempunyai Insurans/ Takaful sebagai perlindungan. Orang yang bijak dalam pengurusan kewangan mesti mengambil s...
  • DATUMCORP LANCAR KEMPEN #DATUMHOMESFORALL" PEMAJU PERTAMA MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SOCIAL KORPORAT
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... ๐Ÿ“ท Media Selangor Baru-baru ini | 6 Oktober 2018 Cheq Sempoi berpeluang menghadiri satu ma...
  • Ucapkan Dengan Bunga | Meluahkan Sebuah Kasih Sayang Teragung | Yang Membahagiakan
    Assalamualaikum dan salam sejahtera.. MANUSIA merupakan makhluk yang sempurna, dibekalkan dengan akal, nafsu, dan segala perasaan di ha...
  • MEMAHAMI SERTA MEMILIKI SKIM PERLINDUNGAN INSURANS DAN TAKAFUL
    Insurans adalah pemindahan risiko daripada seorang individu seperti anda, atau sebuah organisasi, seperti syarikat anda, kepada syarika...
  • DOMINO'S PIZZA | BELI 1 PERCUMA 1 | PROMOSI TAHUN 2018
    Promosi!!! Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Baru-baru ini Cheq Sempoi berpeluang ke salah satu cawangan rangkaian Domino...
  • BUFFET RAMADHAN PILIHAN SEISI KELUARGA (SANTAI & OPEN AIR)
    ISNIN, 12 JUN 2017 Assalamualaikum dan salam sayang pada semua follower Cheq Sempoi. Dalam tidak sedar puasa kita dah masuk hari yang...
  • [ AWAS!!! ] DINOSAURS ALIVE ADA DITENGAH-TENGAH BANDAR RAYA KUALA LUMPUR
    Asalamualaikum dan salam sejahtera pada semua,  Apa khabar? terutama kepada adik-adik yang akan menghadapi peperiksaan akhir tahun ti...

Blog Archieve

  • Januari (1)
  • September (1)
  • Ogos (2)
  • Mei (5)
  • Disember (4)
  • November (2)
  • Oktober (2)
  • September (1)
  • Ogos (4)
  • Julai (2)
  • Jun (5)
  • Mei (28)
  • April (7)
  • Mac (6)
  • Februari (8)
  • Januari (12)
  • Disember (11)
  • November (4)
  • Oktober (4)
  • September (6)
  • Ogos (7)
  • Julai (3)
  • Jun (9)
  • Mei (2)

blog list

Basic by ThemeXpose | Belongs To CHEQ SEMPOI