• Home
  • About
  • Contact
  • lifestyle
  • foods
  • filem
  • education
  • PARENTING
  • sitemap
  • PRIVACY

Cheq Sempoi




Asalamualaikum dan salam sejahtera pada semua, 
Apa khabar? terutama kepada adik-adik yang akan menghadapi peperiksaan akhir tahun tidak lama lagi. Cheq Sempoi mendoakan semoga adik-adik dipermudahkan menjawap soalan periksa dengan mudah dan lapang hati serta memperolehi keputusan yang cemerlang sebagai hadiah untuk diri sendiri yang kuat berusaha serta hadiah untuk kedua ibu bapa. Aamin...

Dengan hadiah keputusan yang cemerlang atau sebaliknya boleh la, Ibu dan Bapa membawa anak-anak menghiburkan hati mereka setelah kuat berusaha belajar tanpa jemu dengan satu pameran berbentuk pendidikan yang menyeronokkan sambil menerokai satu zaman purba kala di mana wujudnya Dinosaurs Alive di tengah-tengah Bandar Raya Kuala Lumpur.



Dinosaurs Alive Wujud Ditengah-Tengah Kota Raya Kuala Lumpur
Dinosaurs Alive yang dianjurkan oleh Creative Alliance dengan kerjasama Tourism Malaysia & Matic di bawah Kementerian Kebudayaan Dan Pelancongan Malaysia, telah mengadakan pameran berbentuk pendidikan yang menyeronokkan untuk kanak-kanak menjadi sebahagian dunia Jurassic Park. Membawa kanak-kanak mengenali dunia Dinosaur Animatronic yang julung kali diadakan di Lanai Matic beralamat 109, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Pemandangan T-Rex dengan bunyi gemuruh diletakkan di atas khemah, dengan bangunan KLCC berkembar Kuala Lumpur sebagai latar belakang membuat kan perasaan membuak-buak untuk masuk ke dalam pameran.
Pada 14 Oktober 2017, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dengan Pengarah Dinosaurs Alive Sdn Bhd telah membuat perasmian pembukaan pameran "Dinosaurs Alive In Kuala Lumpur" yang bertemakan Jurassic Park. Dibuka selama enam bulan setiap hari mulai jam 10 pagi hingga 10 malam. Kanak-kanak akan dapat merasai pengalaman luar biasa dan hebat, lain dari lain bila berada di pameran tersebut.

Adakah anda masih ingat filem Jurrasic Park pada tahun 1993 yang diarahkan oleh Steven Spielberg? Cheq Sempoi sangat teruja membayangkan jika Cheq Sempoi di zaman itu, mesti sentiasa dalam ketakutan kerana haiwan yang wujud masa tu terlalu besar dan ganas. Tapi filem itu adalah filem terbaik yang pernah Cheq Sempoi tengok dan ingat hingga kini.

Peluang Keemasan Buat Seluruh Warga Malaysia dan Cheq Sempoi Sekeluarga
Pada 15 Oktober 2017 yang lalu Cheq Sempoi mendapat peluang keemasan membawa anak-anak ke Pameran Dinosaurs Alive. Tu la "tuah ayam, nampak dikaki, tuah manusia, tak siapa yang tahu" Tanpa teragak-agak Cheq Sempoi sangat teruja mengalahkan anak-anak Cheq Sempoi ke sana.
 Harga tiket :

Dewasa : RM75
Dewasa (MyKad) : RM50

Kanak-Kanak (3-12 Tahun) : RM45
Kanak-Kanak MyKid (3-12 Tahun) : RM30
Kanak-Kanak Di Bawah 3 Tahun : FREE

Warga Emas (Melebihi 60 Tahun) : RM50
Warga Emas MyKad (Melebihi 60 Tahun) : RM40

Keperluan : RM25
Keperluan Khas : RM25

Berkumpulan (10 Atau Lebih) : 10% Diskaun
Berkumpulan Sekolah (20 Atau Lebih) : RM25

Menerokai Zaman Purba Kala Yang Sangat Menarik, Teruja Dan Menyeronokkan 
Setiap Pengunjung Yang Hadir 
Semasa kami memasuki Dewan Pameran, kami disambut oleh T-Rex dan Sauropod yang besar dengan bunyi yang sangat menderu. Dewan itu kelihatan seperti dunia Avatar. Dengan lampu neon, hutan seperti persekitaran dengan bunyi-bunyian burung berkicau. Di dalam dewan besar berhawa dingin, terdapat lebih daripada 40 jenis hidupan Dinosaurs, dengan kulit reptilia seperti hidup, mereka bernafas, mengaum dan bertiup.




Sekiranya anda bermula dari sebelah kanan, terdapat taman permainan belon untuk kanak-kanak bersenang-senang. Terdapat 3 taman permainan belon di sini. Terdapat beberapa permainan dengan hadiah. Tetapi setiap permainan berharga RM10. Pilih permainan Dinosaur bertuah anda pada RM10. Setiap Dinosaur akan mempunyai nombor di bawah kakinya. Nombor akan menunjukkan hadiah tersebut. Walaupun ada bayaran sebanyak RM10 untuk setiap permainan dan aktiviti. Ada aktiviti seperti seni pasir adalah percuma. Oleh itu, tidak hairan lah anda akan melihat orang ramai di sini. Terdapat hanya 3 reka bentuk untuk dipilih. Semua reka bentuk adalah Dinosaur yang berkaitan dengan pameran ini. Kraf kayu tulang Dinosaur juga percuma.

Permainan Taman Belon







Permainan Seni Pasir

Permainan Kraf Kayu Tulang Dinosaur
Selain itu, anda juga boleh menonton dokumentari video. Disediakan juga gerai jualan makanan dan minuman bagi yang ingin menikmati makanan selepas penat berjalan disediakan kerusi tempat duduk dan meja untuk santapan sambil berejat-rehat. Dengan menyaksikan lebih daripada 40 Dinosaur Animatronik berskala besar, zon penggalian telur dan fosil dinosaur untuk kanak-kanak, kawasan kraf pasir dinosaur, aktiviti memasang rangka tulang dan kawasan sejarah dinosaur, 'jumping castle', pelbagai permainan, zon makanan minuman dan mainan serta barangan replika dinosaur.
Fosil Dinosaur
Seronok bukan? macam-macam aktiviti dijalankan khas untuk anda rebutlah peluang mungkin sekali seumur hidup untuk mengambil gambar 'selfie' dengan kemuncak terbesar pameran ini, iaitu T-Rex atau Tyrannosaurus Rex, dinosaur yang terbesar sekali di antara 40 jenis spesis dinosaur. Selain Dua jenis spesis terbesar terdapat spesis bernama Sauropod yang mempunyai badan yang berbentuk tong besar, leher panjang, kepala kecil dan ekor panjang yang kuat. Ia berdiri di atas empat batang pokok seperti kaki. Ceratopsians (Horned, Frilled Dinosaur), Velociraptor (Pemakan Daging) dan Iguanodon (Pemakan Loji). Stegosauria pula adalah sekumpulan dinosaur berperisai yang mempunyai barisan plat yang berlari sepanjang punggung mereka. Manakala Hadrosaurids juga dikenali sebagai dinosaur 'duck-billed' berdasarkan bahagian mulut mereka yang luas. Banyak Hadrosaurids dapat berjalan di atas dua dan empat kaki, menggunakan empat kaki ketika merumput, tetapi menggunakan dua kaki untuk berlari. Dan banyak lagi jenis dinosaur yang ada.



Jom beramai-ramai kita datang dan menyaksikan sendiri keunikan Dinosaur Alive di Lanai Matic, Kuala Lumpur sebelum berakhir!!! dengan pelbagai hiburan keluarga yang penuh keseronokan telah disediakan untuk para pelawat yang berkunjung.
Rebut peluang sempena musim cuti sekolah akan datang dengan tiket offer yang disediakan oleh pihak penganjur yang sangat-sangat boleh dibeli dan didapati untuk seisi keluarga.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

laman web : www.dinosaursalive.asia

Alamat :
The Lanai, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)
Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Masa : 
10 pagi hingga 10 malam 
(dibuka setiap hari)

Tiket Hotline : 03-21706333

Share
Tweet
Pin
Share
7 PEMBERI ULASAN
Asalamualaikum dan salam sayang buat semua, Apa khabar semua? Jom rapat-rapat dengan Cheq Sempoi nak bisik sikit pasal jualan kasut Hypershoe, KIP MALL Bangi serendah RM1 saja. Sabar-sabar Cheq Sempoi jelaskan jommm...

Majlis Perasmian Cawangan Baru Hypershoe Di KIP Mall Bangi RM1 Untuk Kasut Terpilih!!!

Jualan pembukaan Cawangan baru Hypershoe di Cawangan KIP Mall Bangi. Masuk-masuk je, ke dalam Hypershoe, Ya Allah spceechless. Bukan kasut-kasut biasa sahaja yang ada, tapi beg sekolah untuk anak-anak, pelbagai jenis kasut lelaki, wanita dan kanak-kanak semua cantik, terkini, menarik dan tertariknya hati ini. Terujanya Cheq Sempoi sebab semuanya bukan saja indah dimata malah hati melonjak-lonjak untuk mencuba. Di pintu masuk lagi mata sudah dihidangkan dengan susunan kasut jenama MP Sport (kasut lelaki) dan MP Sport (kasut wanita), Jenama Vetini (kasut wanita), dan MP Kids (kasut kanak-kanak dan kasut sekolah). 



Pelbagai Kasut & Beg 
Hypershoe mempunyai 32 cawangan seluruh Malaysia. KIP Mall, Bangi adalah cawangan terbaru mereka. Hypershoe telah ditubuhkan sejak tahun 1996. Sempena pembukaan rasmi pada 8 Oktober 2017 baru-baru ini, Hypershoe telah menawarkan RM1 untuk sepasang kasut yang terpilih. Promosi ini hanya ditawarkan pada 7 dan 8 Oktober sahaja. Siapa cepat, dia dapat. Dengan jamuan ringan dan aktiviti yang diadakan amat mendapat sambutan yang sangat meriah.

Cubaan & Godaan Dalam Mengawal Nafsu
Cheq Sempoi istighfar panjang okey!! takut duit yang dibawa kehabisanlah nampaknya. Harga kasut bermula RM1 (kasut terpilih). Kalau iman tidak kuat memang rasanya nak borong kesemuanya. Tapi, cepat-cepat kembali berpijak dibumi yang nyata dan terus menuju ke area kasut wanita. Di satu sudut pulak tu tempat kasut kanak-kanak perempuan, menguji keimanan sungguh marketing strategy dia sangat buat anak-anak perempuan Cheq Sempoi... Wow...Wow...Wow... dan Wow.!!!
Anak-Anak Cheq Sempoi Yang Terkedu!!
Bertuah sangat Cheq Sempoi dan anak-anak dapat ke Hypershoe dengan harga yang murah berpatutan dan kualiti pun mantap. Koleksi yang selesa dipakai bertapak lembut sangat sesuai dengan kanak-kanak malah orang dewasa lelaki dan wanita. Koleksi yang pelbagai jenis boleh dipakai seharian ataupun ke majlis tertentu. Kasut wanita boleh dipilih sama ada wedges, sandal, kasut rata atau kasut sukan yang warna menarik cantik digayakan.


Tidak lupa juga pada kaum bapa, suami atau lelaki. Tidak kurang juga hebatnya design yang ada. Pelbagai jenis dan bentuk. Warna-warna yang memukau menjadi pilihan suami Cheq Sempoi.  Suamipun teruja memilih kasut sampai mintak tolong dia carikan yang sesuai dan paling cantik untuk Cheq Sempoi, dia tidak ambil peduli. Memang kami masing-masing dalam diawang-awangan untuk membuat pilihan sebab semuanya cantik dan berkenan. Suami dan anak lelaki di bahagian kasut lelaki. anak-anak perempuan dibahagian kasut kanak-kanak perempuan dan Cheq Sempoi di bahagian kasut wanita. Kami sibuk di bahagian masing-masing. Kasut untuk lelaki adalah jenis bertutup, casual ataupun sandal. Semuanya boleh tahan smart bila dipakai.




Gambar-gambar 
sekitar Majlis Pembukaan Cawangan ke 32 Hypershoe
Cheq Sempoi happy dapat kasut idaman
Ragam Testing kasut
Untuk anda yang gemar pakai high heels pun ada pelbagai koleksi menarik yang boleh anda pilih. Design yang adapun "up to date". Kena dengan style orang zaman sekarang pakai. Yang bestnya, bukan saja golongan muda, kasut untuk warga emas pun ada banyak pilihan. Selalunya warga emas lebih selesa dengan koleksi comfit kerana warga emas lebih selesa dan kaki tidak melecet. Sebab itu kasut yang selesa sangat penting. 
Kasut pilihan hati
Cheq Sempoi geram tengok koleksi kasut kanak-kanak lelaki dan perempuan, semua comel-comel sangat. Beg-beg sekolah pun banyak design bertemakan kartun popular seperti minions, superhero, princes dan banyak lagi. Haa, menarikkan? kanak-kanak mesti seronok nak pakai beg yang ada kartun kegemaran mereka dan mungkin bersemangat ke sekolah belajar bersama-sama teman sekolah.

Apa lagi...Jom kita beramai-ramai yang mana ada anak-anak yang akan bersekolah tahun hadapan atau sedang bersekolah ibu bapa sudah boleh membuat perancangan dimana untuk membeli kasut sekolah atau beg sekolah, Jawapannya ke Hypershoe yang mana harganya lebih murah serta berpatutan dan kualiti kasut yang mantap, serta selesa untuk anak-anak kita pakai. 
"Tepuk dada, tanya selesa!! Anak-anak suka".

Untuk maklumat lanjut bolehlah layari web di bawah:

Lot M-02, M-03, M-04, M-05, G-05/2,
KIP Mall Bangi, 
No. 1 Jalan Medan Bangi,
Off Persiaran Kemajuan,
Seksyen 6, Bandar Baru Bangi,
43650 Selangor

website : HYPERSHOE

FB : Hypershoe

IG : @hypershoe

Outlet locations : 
https://www.hypershoe.com.my/outlet-locations


Share
Tweet
Pin
Share
14 PEMBERI ULASAN
Innershine Marine Collagen Essence Strip
Cheq Sempoi
Asalamualaikum dan salam sejahtera buat semua kesayangan Cheq Sempoi.
Semua orang menginginkan kulit wajah yang cantik dan sentiasa nampak muda. Cheq Sempoi ingin memperkenalkan Innershine Marine Collagen Enssence daripada jenama terkenal iaitu, Brand's yang telah mengeluarkan produk terbaru dan mempunyai fungsi yang sangat menabjubkan, sedap dan mudah diambil.
Cheq Sempoi bersama Urusetia Brand's
Brand's Innershine Marine Collagen Essence Strip : 
Collagen, Niacinamide dan Vitamin E

Seperti kebanyakan suplemen collagen yang ditemui, Jenama produk Brand's kali ini adalah satu produk "membekalkan kulit dengan collagen, niacinamide (sejenis vitamin B3), dan vitamin E untuk mengekalkan kelebihan dan keanjalan kulit." Ia juga "suplemen kecantikan kalori yang rendah dan lazat dalam format jeli" dan mereka mencadangkan pengambilannya dua kali sehari, "sekali pada waktu pagi dengan penjagaan kulit harian dan sekali lagi pada waktu petang dengan penjagaan kulit pada waktu malam". 
Gambar kredit Google
Collagen Marine Essence Strip serius sangat sedap mengingatkan Cheq Sempoi tentang jelly anggur!! rasanya seperti jelly anggur, licin dan bau yang sangat menyelerakan. Disini Cheq Sempoi tidak ragu-ragu untuk mencuba kerana khasiatnya mengandungi Marine Fish Collagen 1,000mg, vitamin E 3IU dan vitamin B3 4mg yang sangat berkesan kepada kulit dari dalam. Suplemen collagen dan penjagaan kulit benar-benar berfungsi, collagen sekali ditelan, tidak kekal sebagai collagen tetapi dibahagikan kepada asid amino. Ini kerana collagen adalah sejenis protein, dan semua protein terdiri daripada asid amino. Protein adalah molekul yang besar dan tidak diserap oleh usus kecil, jadi semuanya (collagen dan protein lain) melalui proses pencernaan. Asid amino digunakan dalam pelbagai komponen badan kita, jadi sukar bagi kita untuk meneka di mana asid amino dari collagen akan berakhir. Mungkin dalam pelbagai komponen di seluruh badan atau di dalam air kencing kita sebagai produk sisa.

Sesi Taklimat
Sumber-Sumber Colagen

Badan mampu menghasilkan kolagen dari asid amino yang diperoleh melalui makanan.

• Semasa usia kita meningkat, tubuh kita tidak dapat menghasilkan collagen dengan berkesan. Pada umur 30 tahun, pengeluaran collagen akan berkurangan sebanyak ~ 2% setiap tahun. Menjelang 40, kita akan kehilangan ~ 20-25% daripada collagen kita.

• Tubuh kita perlu terlebih dahulu menyerap asid amino untuk menghasilkan collagen; Badan tidak dapat menghasilkan collagen yang cukup jika diet kurang mempunyai asid amino penting.

• Untuk membuat keadaan lebih teruk, enzim dalam badan kita, pencemaran, radikal bebas, & UV matahari juga memecah collagen.
Sijil Halal


Kepentingan Collagen
Collagen membantu memberikan struktur kepada kulit dan saling bekerjasama dengan protein yang dipanggil elastin untuk memberikan fleksibiliti yang diperlukan apabila kulit meregang serta kembali kepada kedudukan asal.

Kehilangan Collagen akan menyebabkan struktur kulit menjadi tidak tegang dan berkedut. Selain itu, Collagen turut memainkan peranan penting terhadap tulang.
Komponen tulang sendiri terdiri daripada gabungan Collagen dan satu bahan mineral yang dipanggil hidroksiapatit. Gabungan kedua-duanya memberikan struktur, fleksibiliti dan kekuatan pada tulang.
Fiber Collagen yang juga terdapat pada otot kita menyumbang kepada struktur dan kekuatan otot untuk bergerak di samping menjalankan fungsinya sepanjang hari.
Dinding salur darah tubuh kita juga terbina daripada Collagen yang membantu memberikan struktur, kekuatan dan fleksibiliti dalam menjalankan tugas menyalurkan darah ke seluruh tubuh.
Jadi fikir-fikirkan lah kebaikan yang perlu pada tubuh badan kita untuk terus sihat dan aktif sepanjang masa.


Shopping Online bersama Potboy

Untuk maklumat lanjut :

Brand's Suntory
Jalan Astaka U8/88,
Bukit Jelutong
Business And Technology Centre,
40150 Shah Alam,
Selangor

Phone: +60 1-300-22-8300

Webside : Brand's Suntory

FB : potboy groceries

IG : @potboygroceries
Share
Tweet
Pin
Share
7 PEMBERI ULASAN
Newer Posts
Older Posts

Senarai Blog Saya

  • Rina Zul
    Ketahui Siapa Bakal Pemandu Anda

Senarai Blog Saya

  • rinazul.com

MRS ROHANI (CHEQ SEMPOI)

kak Ani

Nama Rohani Md Tahir. Just panggil Cheq Sempoi. Asal Penang mari.. Menetap di KL. Mempunyai 3 cahaya mata. Blog dan Cheq tak dapat dipisahkan kini. Ikuti seterusnya di perkongsian blog Cheq. Untuk sebarang kerjasama boleh hubungi di : nurmusafiqani12@gmail.com


Search Here

Total Pageviews

ads

followers

Popular Posts

  • PROMOSI NIKMATI CITARASA KEENAKAN RAYA MEXICANA PANCAKE DI SELURUH CAWANGAN PANCAKE HOUSE
    SET RAYA MEXICANA PANCAKE & MINTY LIMAU RAYA   Jumaat, 23 Jun 2017 Assalamualaikum dan salam sayang semua, Buat pertama k...
  • RESTORAN NY STEAK SHACK ~ STEAK, BURGERS & SHAKES, SUNWAY VELOCITY MALL KL
    Rabu, 12 Julai 2017 Salam sayang semua, Rasa macam dah lama Cheq Sempoi tidak bersiaran. Maklumlah sibuk beraya sampai tak ing...
  • BURGER 'NEGARAKU" SIMBOLIK SEMANGAT KEMERDEKAAN GENERASI XY, KELAINAN DAN KEUNIKAN MEMBERI 1000 MAKNA KEPADA PELANGGAN
    BurGer NeGaraKu Asalamualaikum dan Salam Satu Malaysia buat semua, Cheq Sempoi masih dalam semangat kemerdekaan yang baru saja berl...
  • INNERSHINE MARINE COLLAGEN WITH KYOHO GRAPE JELLY YANG MENABJUBKAN
    Innershine Marine Collagen Essence Strip Cheq Sempoi Asalamualaikum dan salam sejahtera buat semua kesayangan Cheq Sempoi. Semu...
  • MURFEST 2017 | KEMAHIRAN FESTIVAL RETREAT BESAR URBAN ASIA TERBAIK
    Asalamualaikum dan salam sejahtera semua, Baru-baru ini Cheq Sempoi dijemput ke Majlis Jelajah dan Pengalaman Sambutan Kesejahteraan, M...
  • Filem 'MALAY REGIMENT' Tersimpan Semangat PATRIOTIK KEMERDEKAAN Yang Kekal Abadi
    Salam Kemerdekaan buat semua...Follower Cheq Sempoi, Maaflah buat semua sebab agak terlewat Cheq Sempoi keluar bersiaran tentang File...
  • DATUMCORP LANCAR KEMPEN #DATUMHOMESFORALL" PEMAJU PERTAMA MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SOCIAL KORPORAT
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... ๐Ÿ“ท Media Selangor Baru-baru ini | 6 Oktober 2018 Cheq Sempoi berpeluang menghadiri satu ma...
  • LANGKAHKU, LANGKAHMU, HYPERSHOE PILIHAN KAMI
    Asalamualaikum dan salam sayang buat semua, Apa khabar semua? Jom rapat-rapat dengan Cheq Sempoi nak bisik sikit pasal jualan k...
  • [ AWAS!!! ] DINOSAURS ALIVE ADA DITENGAH-TENGAH BANDAR RAYA KUALA LUMPUR
    Asalamualaikum dan salam sejahtera pada semua,  Apa khabar? terutama kepada adik-adik yang akan menghadapi peperiksaan akhir tahun ti...
  • LAUNCH OF MISS SHOPHIA @ BBKLCC FIESTA & PELANCONGAN MALAYSIA "DEKAT JE CARNIVAL"
    Ass alamualaikum dan salam sejahtera semua yang Cheq Sempoi rindui.. KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2017 - Perasmian Fiesta & Pelancongan ...

Blog Archieve

  • Januari (1)
  • September (1)
  • Ogos (2)
  • Mei (5)
  • Disember (4)
  • November (2)
  • Oktober (2)
  • September (1)
  • Ogos (4)
  • Julai (2)
  • Jun (5)
  • Mei (28)
  • April (7)
  • Mac (6)
  • Februari (8)
  • Januari (12)
  • Disember (11)
  • November (4)
  • Oktober (4)
  • September (6)
  • Ogos (7)
  • Julai (3)
  • Jun (9)
  • Mei (2)

blog list

Basic by ThemeXpose | Belongs To CHEQ SEMPOI