MENJAMU SELERA MENU TERBARU DI THE CHICKEN RICE SHOP OLEH DATO' CHEF ISMAIL

by - Khamis, Jun 22, 2017

Khamis, 22 Jun 2017


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pejam celik, pejam celik... Haaa... lagi 2 hari kita semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan berpuasa. Bagi anak-anak Cheq Sempoi, mereka sangat gembira.. malah dah tak sabar nak beraya dengan baju raya yang Cheq Sempoi tempah. Tapi bagi Cheq Sempoi bila bulan Ramadhan akan pergi begitulah juga sedih mengenangkan semua arwah-arwah tersayang akan pergi juga meninggalkan kita. Dan rasa macam belum cukup memohon keampunan untuk diri sendiri dan insan-insan tersayang yang meninggalkan kita buat selama-lamanya dalam bulan yang mulia ini. Oh... maaf tetiba Cheq Sempoi tersentuh hati pulak buka kisah-kisah sedih. 

Follower-follower sayang, Cheq Sempoi dijemput lagi untuk Review Food, Alhamdulillah rezeki bulan puasa. Tu la Cheq Sempoi dah cakap dekat Quill City Mall KL ni macam-macam ada, cuma yang tak de mak ayah kita je sebab mereka di kampung. Ok, kali ni jom kita tengok menu yang sedap-sedap oleh The Chicken Rice Shop yang dah tentu ramai tahu kesedapan Nasi Ayam yang sangat lembut, lemak dan wangi lazat dimakan begitu saja. Anak-anak Cheq Sempoi kalau makan ni, bertambah-tambah nasi.

Ayam Rempah Aroma

Sempena bulan Ramadhan kali ini Dato' Chef Ismail telah membuat resepi terbaru Ayam Rempah Aroma di The Chicken Rice Shop. Yang istimewanya resepi ayam ni khas diolah dan dirumus oleh  beliau sendiri. Jadi datanglah beramai-ramai merasai kelazatan Ayam Rempah Aroma ini sendiri. Terdapat beberapa set Meal dari Set Meal A hingga Set Meal D yang ada mengikut baget dan bilangan orang yang makan.


MENU PILIHAN CHEQ SEMPOI SET MEAL C



NASI AYAM SEDAP!!!
AYAM REMPAH AROMA 

CHICKEN ROASTED

GOLDEN FORTUNE WINGS
SPICY SAVOURY LADIES' FINGERS


NYONYA PAI TEE
PENANG ROJAK
SOYA 3 SENSASI
(Campuran Soya + Cincau + Madu & sedikit perasa pandan)
Ha.... macam mana? nampak sedapkan. Sebab tu la Cheq Sempoi suka dengan Restoran The Chicken Rice Shop ni sebab menu dia akan update sentiasa. Itulah Cheq Sempoi sekeluarga tak pernah jemu menjamu selera di sini. 









Cheq Sempoi sangat berterima kasih kepada Ms Sylvia Annette Raj, Senior Marketing Communications Executive, Quill City Mall KL kerana menjemput Cheq Sempoi untuk menikmati hidangan istimewa dari Restoran The Chicken Rice Shop yang sedap tak terkata. 


Untuk maklumat lanjut hubungi :


You May Also Like

0 PEMBERI ULASAN