PELBAGAI CERITA ANEH MULA TERJADI KETIKA ITU. APAKAH YANG TERJADI SEBENARNYA

by - Khamis, Julai 27, 2017

Jumaat, 28 Julai 2017


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hai apa khabar semua? mai rapat-rapat... Cheq Sempoi ada cerita best ni. Cheq Sempoi sangat suka telefilem ni. Masih ingat kah anda pada sekitar tahun 2003, sebuah telefilem bercorak cemas dan seram, yang pernah mencetuskan fenomena serta menghantui penggemar cerita seram kira-kira 14 tahun yang lalu. Telefilem yang Cheq Sempoi maksudkan ialah BLOK 404 arahan Silver Chung yang ketika itu diedarkan dalam format video cakera padat (VCD) dan kini telah difilemkan. Pastinya versi filem ini antara karya yang ditunggu-tunggu sekali gus mengubat kerinduan anda yang sukakan genre sedemikian.
Majlis Pelancaran Filem BLOK 404
Majlis Pelancaran & Perasmian Filem BLOK 404 yang telah diadakan di Hotel Concorde, Kuala Lumpur pada 18 Julai 2017 yang lalu telah dirasmikan oleh Datuk Azmir Saifuddin Mutalib selaku Timbalan Ketua Pengarah Finas. Turut diadakan selingan nyayian oleh Dato' Nassier Wahab membawa lagu "Memori Cinta Luka".
Majlis Perasmian Filem BLOK 404
Datuk Azmir Saifuddin Mutalib
(Timbalan Ketua Pengarah Finas)
Masih mengekalkan deretan beberapa orang pelakon asal kesayangan Cheq Sempoi seperti Zamarul Hisham, Raja Azrey dan Datuk Boy Iman, filem yang diarahkan Isma itu turut membariskan beberapa wajah baru seperti Fasha Sandha, Nur Risteena Munim, Amar Asyraf, Nadia Brian Aedy Ashraf dan Adrea Abdullah. Tidak ketinggalan Kamal Adli, Ozlynn Waty, Syamsul Yusof, Riz Amin dan Taufik Hanafi. 
Antara Barisan Pelakon Yang Hadir
Impak daripada cerita yang sangat bagus suatu ketika dulu, Penerbit eksekutif filem BLOK 404, DBI Entertainment dan Puan Kamisah Hj Abd Manap atau Kam, berusaha menyatukan kembali bintang asal BLOK 404 dengan sokongan pelakon lain akhirnya menjadi kenyataan. Namun pihak penerbit juga berusaha mendapatkan pelakon asal Nabila Huda, namun dia ketika ini terikat dengan kerja lain. Menurut Kam lagi, versi filem juga tidak mempunyai kaitan dengan telefilem yang lama. Ia sebuah cerita baharu dan bukan kesinambungan kepada kisah lama.
Sekitar suasana dan makanan yang disediakan
untuk para pelakon dan tetamu
Barisan orang-orang kuat yang menjayakan Filem BLOK 404 adalah ;

Pengarah : Isma 
Idea asal : Adza Emie & Allahyarham Martias Ali
Skrip : Adza Emie & Isma
Penerbit : Datuk Boy Iman
Penerbit Eksekutif : Kam
Penerbit Bersekutu : Atin Ida Anas
Terbitan : DBI Entertainment Sdn Bhd

Sejak berita mengenai telefilem BLOK 404 akan difilemkan, ia menjadi topik perbualan peminat terutamanya kepada mereka yang pernah menonton karya itu ketika yang dikeluarkan dalam bentuk VCD 14 tahun yang lalu. Cheq Sempoi yakin filem BLOK 404 terbaru ini akan mendapat sambutan sebab, telah menjadi satu jenama dan diingati sehingga hari ini. Barisan pelakon juga berpengaruh dan terkini memberi tambah nilai yang besar untuk menarik penonton. Penerbit, Datuk Boy Iman dan pihaknya mensasarkan bakal mendapat kutipan cemerlang di pawagam-pawagam seluruh Malaysia sebanyak, RM8 juta.
Cheq Sempoi bersama Datuk Boy Iman 
(Penerbit)
Barisan Pelakon Yang Terlibat
Ahmad Idham selaku Penasihat
Jom, Cheq Sempoi hadiahkan sedikit Sinopsis Filem BLOK 404 yang akan ditayangkan tidak lama lagi di seluruh Pawagam berhampiran anda ;

Tiga orang sahabat dalam pengembaraan terindah bagi melepaskan tekanan. Mereka adalah Zul, Intan dan Hairi, yang masing-masing mahu lari daripada masalah yang melanda.  
Intan dan Hairi juga pasangan terkenal di media sosial yang berdepan dengan masalah hubungan cinta yang kian rapuh. 
Lalu mengembara mereka ke sebuah lokasi pelancongan di selatan tanah air. Diharap dapat memperbaiki hubungan mereka termasuk di laman sosial. 

Dibawa juga bantuan rakan baik yang juga dianggap sebagai seorang 'pengaman' hubungan terbabit. Namun perjalanan mereka terhenti saat kereta yang dipandu tiba-tiba berhenti dan rosak di tengah jalan. Kini mereka tidak mempunyai pilihan lain daripada turun berjalan untuk dapatkan bantuan. Nasib baik Zul sempat ternampak sebuah rumah di bawah bukit yang dinamakan Guesthouse 404 dan berasakan mungkin boleh dapatkan bantuan di situ.

Misha pula seorang pekerja yang baru memulakan tugasnya di Guesthouse 404, dan setiap gerak langkahnya dibantu oleh pengurus guesthouse terbabit, yang senang dipanggil Wan. Walaupun agak lambat menyelesaikan tugasnya namun dia sentiasa cuba untuk lakukan yang terbaik. termasuk berdepan dengan pelanggan yang sangat menyakitkan hati seperti Gina.

Gina adalah seorang pelajar yang datang ke Guesthouse untuk dapatkan ketenangan, namun agak kecewa apabila tiada lelaki yang boleh 'menjamu' matanya di rumah tamu terbabit. Yang ada hanyalah Duan, seorang pemuda misteri yang pendiam dan banyak memerhatikan keadaan saja. Duan ke situ kerana mendapat jemputan untuk memberi 'review' mengenai lokasi terbabit, namun dirinya yang sangat mudah merasakan sesuatu yang tidak kena, menyebabkan sentiasa tidak senang duduk.

Wan sudah beberapa tahun menjaga Guesthouse 404, bersama pekerja terbaiknya iaitu Husin yang dianggap sebagai senior. Wan sudah boleh merasai kehadiran Misha tidak disukai oleh Husin namun dia perlukan pekerja wanita untuk membantu urusan kerjanya di situ.

Majlis BBQ istimewa mula menanti semua yang ada di rumah tamu itu. Masing-masing bergembira saat itu. Misha bertambah takut apabila Duan memberitahu rumah tamu ini ada sisi gelapnya. 

Bagi pasangan sensasi media sosial, Hairi dan Intan, malam itu mereka mahu mulakan sesuatu yang baru. Bagaimanapun dijadikan cerita Intan ternampak mesej Hairi curang dengan gadis lain dan dia rasakan itulah peluang terakhirnya untuk tidak lagi bersamanya.

Pelbagai cerita aneh mula terjadi ketika itu. Apakah yang terjadi sebenarnya??? Apakah singnifikan filem ini..... HIDUP SAMPAI MATI.... 

Watak & Pelakon Utama;

Raja Azrey sebagai Wan
Zamarul Hisham sebagai Husin
Datuk Boy Iman sebagai Zul
Amar Asyraf sebagai Hairi
Nur Risteena sebagai Misha
Fasha Sandha sebagai Sue
Andrea Abdullah sebagai Gina
Nadia Brian sebagai Intan
Aedy Ashraf sebagai Duan

WOWWWW!!!! macam mana best tak sinopsis filem BLOK 404 terbaru ni. Mesti la best, tak sabar lah Cheq Sempoi sekeluarga nak pergi tengok. Kami memang kaki wayang.... tambahan cerita seram dah tentu pilihan anak-anak Cheq Sempoi sekeluarga. Tungguuuuuuu....


PELANCARAN DORRO & POORA

Ok lah, selepas Cheq Sempoi join Pelancaran Filem BLOK 404 pihak DB GROUP Subsidiaries Of Companies melancarankan Produk kesihatan DORRO & POORA iaitu pencuci lelaki dan wanita terbaru di pasaran. Menampilkan Amar Asyraf dan Izreen Azminda Aznam sebagai Duta Produk.

Amar Asyraf & Izreen Azminda Aznam
(Duta Produk)
DORRO : Pencuci Lelaki

Diformulasikan secara tradisional untuk menjaga kesihatan alat sulit lelaki, memberi kesan antiseptic, menghilangkan bau, disamping membantu menguatkan otot dan perjalanan darah.

Bahan semulajadi yang terdiri daripada Aqua, Cocoa Sulfate, Cocoamidopropyl Betaine, Cocoamide DEA, Styrene Copolymer, Glycerin, Aloe Barbadensis Lead Juice (Alor Vera), Propelyenw Glycol, Unsopanifiable, Olive Oil, Syzgium Aromaticum (Clove Oil), Ziziphus Mauritiana, Butylene Glycol, Labisia Pumila, Polyquaternium 73, Paramia Polyneura, Tetra Sodium EDTA, Menthol Crystal, Fragrance dan Phenoxyethanol.

POORA : Pencuci Wanita

Diformulasikan secara tradisional untuk membantu mengurangkan keputihan, antiseptik, bau, pembiakan fungus di samping membantu menguatkan otot dan perjalanan darah.

Bahan semulajadi yang terdiri daripada Aqua, Cocoa Sulfate, Cocoamidopropyl Betaine, Cocoamide DEA, Styrene Copolymer, Glycerin, Aloe Barbadensis Lead Juice (Alor Vera), Propelyenw Glycol, Unsopanifiable, Olive Oil, Piper Betel Extract (Sirih), Quercus Infectoria (Manjakani), Ziziphus Mauritiana, Butylene Glycol, Labisia Pumila, Polyquaternium 73, Paramia Polyneura, Tetra Sodium EDTA, Menthol Crystal, Fragrance dan Phenoxyethanol.

Selesai pelancaran Produk terbaru DORRO & PORRA. Pada malamnya DBI Group meraikan Majlis Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri.


Majlis Rumah Terbuka DBI Group
Gambar sekitar Majlis Rumah Terbuka
Malam tu sangat happyning dengan nyayian lagu raya dan beramah mesra dengan artis-artis jemputan. Cheq Sempoi pun tidak ketinggalan berselfie dengan artis-artis yang ada. Seronok sangat bila sekali sekala kita bersama-sama dalam dunia penuh glamour. Sekian untuk kali ini. Terima kasih membaca blog Cheq Sempoi... harap jumpa lagi.

Facebook : DBI Entertainment SDN BHD

IG : @dbientertainmentsdnbhd/

You May Also Like

0 PEMBERI ULASAN