• Home
  • About
  • Contact
  • lifestyle
  • foods
  • filem
  • education
  • PARENTING
  • sitemap
  • PRIVACY

Cheq Sempoi



Salam Kemerdekaan buat semua...Follower Cheq Sempoi,

Maaflah buat semua sebab agak terlewat Cheq Sempoi keluar bersiaran tentang Filem terbaru sempena hari kemerdekaan 31 Ogos 2017 yang ke 60 baru-baru ini. Filem 'Malay Regiment' yang baru saja ditayangkan di seluruh pawagam sekarang sangat memberi semangat kemerdekaan yang mendalam buat Cheq Sempoi sekeluarga. Jom kita saksikan sedikit sedutan Filem 'Malay Regiment' yang pasti menarik minat semua ke pawagam.
Sedutan Filem 'MALAY REGIMENT'

Tun Abdulah Ahmad Badawi
Mutiara Kata Seorang Tokoh
“… Sesungguhnya, segala kejayaan yang

dicapai hari ini ditunjangi oleh usaha

dan pengorbanan pejuang-pejuang kita

yang terdahulu…
Tun Abdul Rahman telah berjuang
bagi mencapai kemerdekaan,
 Tun Abdul Razak berusaha gigih bagi
Membawa pembangunan,
 Tun Hussein Onn memerah keringat bagi
memupuk perpaduan rakyat dan..
 Tun Dr. Mahathir telah menentang

arus bagi mencipta pemodenan.

Mereka sebagai pemimpin kita bersama

rakyat sekalian telah membawa Malaysia

ke tahap ia berada hari ini…”

“Sesungguhnya, bagi melaksanakan Rancangan
Malaysia Kesembilan, kita perlu melipatgandakan..


~ Tun Abdulah Ahmad Badawi ~


SINOPSIS FILEM

'Kematian Kita Hari Ini Adalah Untuk Kehidupan Waris Kita Hari Esok' 
Filem arahan Dato’ Jurey Latiff Rosli mengenangkan perjuangan serta jasa anggota perajurit dalam mempertahankan tanahair dari ancaman komunis. 

Filem ini diangkat dari kisah sebenar pada 16 April 1976 dan 15 Julai 1946 semasa Ops Kota Gubir I & II yang mana pasukan keselamatan dari unit 17 RAMD telah menggempur beberapa kem pengganas komunis di sempadan Malaysia-Thai berhampiran Gubir di Kedah. Dalam operasi kedua menyaksikan Kapten Zainal bin Abd Rashid telah gugur selepas berjaya membunuh tiga orang pengganas komunis. Operasi tersebut telah berjaya membunuh 6 daripada 15 pengganas komunis selain berjaya merampas pelbagai               jenis senjata dan bom.

 Filem ini mengandungi mesej tersirat yang ingin disampaikan bahawa orang Melayu sanggup mati berjuang walaupun kemakmuran keamanan dan kemewahan juga akan dirasai oleh bangsa-bangsa lain. Inilah semangat Melayu sebenar-benarnya yang mahu ditonjolkan menjadi contoh dalam memastikan keharmonian dan keamanan terjamin  untuk semua rakyat hidup bersama-sama.

Filem ini juga memaparkan babak di mana satu keluarga Cina diselamatkan ketika dibelasah komunis. Komunis kemudiannya membunuh keluarga Cina tersebut meninggalkan anak perempuannya yatim piatu lalu diambil menjadi anak angkat 
kepada keluarga tentera.

Ia juga turut memperlihatkan sudut pandangan salah seorang komrad mempersoalkan tentang apakah yang diperjuangkan komunis sebenarnya. Komrad tersebut berpendapat perjuangan untuk bangsa Cina bukan dengan bertempur dan mati tetapi adalah dengan menguasai ilmu dan ekonomi. Komrad tersebut merasakan doktrin komunis adalah sia-sia lalu mengambil keputusan untuk lari sambil menyorokkan senjata-senjata komunis.

Selain itu, filem ini juga menonjolkan adegan-adegan pencarian waris-waris pejuang dalam mengetahui lebih lanjut tentang kisah perjuangan para parajurit ini. Kisah datuk-datuk mereka telah menginsafkan mereka semua sehingga membuatkan mereka berbangga menjadi sebahagian daripada waris pejuang yang mempertahankan tanahair 
dari ancaman komunis.

Wira-wira ini seharusnya terus diingati dan diangkat sebagai “HERO” yang bertanggungjawab menjadikan Negara Malaysia berada dalam keadaan aman damai 
dan harmoni pada hari ini.


GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MAJLIS PELANCARAN FILEM BERSAMA 
BEBERAPA PELAKON YANG MEMBINTANGI FILEM TERSEBUT
Bersama Hero yang membawa peranan 
sewaktu muda dan setelah bersara
Antara Artis yang hadir bagi memeriahkan 
Hari Perlancaran Filem

Gambar Sekitar Majlis Pelancaran
Suasana Sebelum Masuk Panggung
Macam mana, bila sudah tengok sedutan filem 'Malay Regiment' dan sinopsisnya?? bestkan dan semangat kemerdekaan kecintaan pada Negara mula membara, walaupun kita tidak melalui zaman tersebut. Oleh itu jom kita bawak anak-anak kita rasai zaman tersebut dengan menonton 'MALAY REGIMENT' di pawagam berhampiran.

SAKSIKAN

 'FILEM MALAY REGIMENT' 
SEBAGAI TANDA SOKONGAN KITA TERHADAP PERAJURIT 
YANG TELAH TERKORBAN DEMI AGAMA, NEGARA TERCINTA, NUSA DAN BANGSA DI ATAS NAMA KEMERDEKAAN. 

~ SELAMAT MENONTON ~



Share
Tweet
Pin
Share
13 PEMBERI ULASAN

Di Bintangi Oleh Para Barisan Pelakon Baru 

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...

Dimulakan dengan sesi bacaan doa selamat di Majlis Pelancaran Filem "HIJABSTA BALLET" yang diadakan di eCurve Mutiara Damansara baru-baru ini.







FILEM "HIJABSTA BALLET"

Kisah seorang penari ballet yang tersepit antara dunia hijab dan dunia ballet kerana mahu menyatukan dua dunia yang tidak boleh bersatu. 

Namanya bukan melayu, sebutannya pelat, bahasanya campur, pakaian aktiviti kesukaannya bertentangan dengan budaya Melayu tetapi hatinya ingin dekat kepada bangsa dan agamanya.

Adele (disebut Edel), remaja perempuan yang memegang teguh impian ibunya dan sangat berbakat hingga mendapat biasiswa ke sekolah ballet ternama di Rusia tetapi, kemudian tiba-tiba membuat keputusan untuk berhijab. Ibunya tidak boleh melarang, tapi hati ibunya remuk, patah, harapannya hancur bagai kaca yang berderai.

Adele cuba menyatukan dunia hijab dan ballet. Dia hilang kawan, hilang kawan karib, rumahnya menjadi sepi seperti kubur. Dunia ballet menolaknya jauh, agamawan mendesaknya, eksrimis mengancam mencederakannya.

Barisan Pelakon Utama

BARISAN PELAKON DAN CREW YANG TERLIBAT

Puteh Maimun Zahrah sebagai Adele
Betty Banafe sebagai Diana (Ibu)
Aman Graseka sebagai Shakiri
Aida Rahim sebagai Maimun (Nenek)
Danny Syaz sebagai Deni (Rakan lelaki Adele)
Aliff Azeman sebagai Zubir (Vigilante)
Rachel Tabithanya sebagai Farah (Guru Ballet)
Keena Mentor sebagai Hana
Kapt (B) Mohd Noor Bon sebagai Ustaz Hafsham

Syarikat Penerbitan :

Explosive Magic SDN BHD (EMAGIC)

Penerbit :

Syed Zulkifli bin Syed Masir (Syed Zul Tojo)

Pengarah :

Syed Zul Tojo

Pengarah Fotografi :

Mohd Filus Ghazali

Penulis :

Mohd Khalil Saleh
Haji Thorpe Ali
Zylan Mohd Noor
Rebecca Innes 
Syed Zul Tojo

Penggambaran :

Kuala Lumpur
Tanjung Karang
Perth, Australia



SINOPSIS "HIJABSTA BALLET"

Adele bukanlah kanak-kanak biasa. Di kala anak-anak lain bermain, hidup Adele penuh dengan jadual, persembahan, ujian dan pertandingan. Di belakangnya, wujud ibu yang sangat mementingkan disiplin dan usaha. Adele juga rapat dengan neneknya yang mencuba menyisipkan kehidupan agama dan spiritual. Nenek tinggal seorang diri di kampung.

Apabila Adele berumur 17 tahun, dia dan Batrisya mendapat biasiswa di sekolah ballet terkemuka di Rusia. Mereka bersiap menjadi ballerina terkenal dunia tetapi takdir mempunyai rencana lain untuk mereka. Berlaku sebuah peristiwa tragik yang menyentap jiwa Adele. Dia membuat keputusan berhijab, sesuatu yang telah lama bermain dibenaknya.

Keputusan Adele itu mengubah kehidupan. Keluarga kecilnya berontakan. Masa depan ballet yang cerah tiba-tiba menjadi kelam. Deni yang diharap mempertahankan membiarkan dia terkial-kial. Farah yang dahulunya meletakkan harapan kepada Adele, membuatkan kehidupannya menjadi lagi sukar.

Adele juga ditentang golongan agama, terutamanya ekstrimis. Orang-orang yang diharapkan membantunya sebaliknya berlepas tangan, malah menentang beliau. Apakah cabaran dan dugaan yang Adele hadapi?? Berjayakah Adele gabungkan dua dunia yang berbeza itu????



LIRIK LAGU OST FILEM "HIJABKU BERDARAH" 

Terjerat dalam dilema
Antara gelap dan cahaya

Berpaut tali kasihmu
Namun bergelora di kalbuku

Aku pencinta dirimu
Namun kualpa mencari diriku

Pesona kuntum impian
Mekar mewangi di jambangan

Derita bunga larangan
Dibaluti luka berpanjangan

Aku pencinta dirimu
Namun kualpa mencari diriku

Korus:
Aku menyusun langkah menyongsang hari
Berlari di dataran penuh berduri
Hijabku berdarah
Bagaimana harusku terus bertahan
Jiwa semakin rapuh dan keretakan
Di saat cinta hilang dari pandangan
Siapa yang datang

Setelah ku memahami
Tak pernah kulupa bersujud
KepadaMu


"Ada orang Islam berbahas mengenai perintah Allah dalam Al-Quran. Sesetengah percaya, belum tiba masa untuk mereka memakainya. Ramai rasa sangat berdosa tidak memakainya. Apapun tindakan mereka, setiap orang berhak bertaubat sebelum ajal tiba. Jika Allah memberi keampunan, mereka tidak akan diseksa di Akhirat.

Apabila Adele menyaksikan kematian Batrisya, dia takut kawannya tidak sempat bertaubat dan Allah tidak memaafkan. Ini membuatkan Adele bersungguh-sungguh memakai hijab. Walaubagaimanapun, menari itu mempamerkan gerakan tubuh serta bentuk badan. Ini tentunya berlawanan dengan hijab. Adele menerima kritikan apabila dia ingin menyatukan dunia hijab..."

Bukti Cheq Sempoi dah tengok memang sedih dan best
Seluruh Pawagam berhampiran anda

Untuk maklumat lanjut layari sosial media di bawah :

FB : HijabstaBallet

IG : @hijabstaballet/
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Jumaat, 28 Julai 2017


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hai apa khabar semua? mai rapat-rapat... Cheq Sempoi ada cerita best ni. Cheq Sempoi sangat suka telefilem ni. Masih ingat kah anda pada sekitar tahun 2003, sebuah telefilem bercorak cemas dan seram, yang pernah mencetuskan fenomena serta menghantui penggemar cerita seram kira-kira 14 tahun yang lalu. Telefilem yang Cheq Sempoi maksudkan ialah BLOK 404 arahan Silver Chung yang ketika itu diedarkan dalam format video cakera padat (VCD) dan kini telah difilemkan. Pastinya versi filem ini antara karya yang ditunggu-tunggu sekali gus mengubat kerinduan anda yang sukakan genre sedemikian.
Majlis Pelancaran Filem BLOK 404
Majlis Pelancaran & Perasmian Filem BLOK 404 yang telah diadakan di Hotel Concorde, Kuala Lumpur pada 18 Julai 2017 yang lalu telah dirasmikan oleh Datuk Azmir Saifuddin Mutalib selaku Timbalan Ketua Pengarah Finas. Turut diadakan selingan nyayian oleh Dato' Nassier Wahab membawa lagu "Memori Cinta Luka".
Majlis Perasmian Filem BLOK 404
Datuk Azmir Saifuddin Mutalib
(Timbalan Ketua Pengarah Finas)
Masih mengekalkan deretan beberapa orang pelakon asal kesayangan Cheq Sempoi seperti Zamarul Hisham, Raja Azrey dan Datuk Boy Iman, filem yang diarahkan Isma itu turut membariskan beberapa wajah baru seperti Fasha Sandha, Nur Risteena Munim, Amar Asyraf, Nadia Brian Aedy Ashraf dan Adrea Abdullah. Tidak ketinggalan Kamal Adli, Ozlynn Waty, Syamsul Yusof, Riz Amin dan Taufik Hanafi. 
Antara Barisan Pelakon Yang Hadir
Impak daripada cerita yang sangat bagus suatu ketika dulu, Penerbit eksekutif filem BLOK 404, DBI Entertainment dan Puan Kamisah Hj Abd Manap atau Kam, berusaha menyatukan kembali bintang asal BLOK 404 dengan sokongan pelakon lain akhirnya menjadi kenyataan. Namun pihak penerbit juga berusaha mendapatkan pelakon asal Nabila Huda, namun dia ketika ini terikat dengan kerja lain. Menurut Kam lagi, versi filem juga tidak mempunyai kaitan dengan telefilem yang lama. Ia sebuah cerita baharu dan bukan kesinambungan kepada kisah lama.
Sekitar suasana dan makanan yang disediakan
untuk para pelakon dan tetamu
Barisan orang-orang kuat yang menjayakan Filem BLOK 404 adalah ;

Pengarah : Isma 
Idea asal : Adza Emie & Allahyarham Martias Ali
Skrip : Adza Emie & Isma
Penerbit : Datuk Boy Iman
Penerbit Eksekutif : Kam
Penerbit Bersekutu : Atin Ida Anas
Terbitan : DBI Entertainment Sdn Bhd

Sejak berita mengenai telefilem BLOK 404 akan difilemkan, ia menjadi topik perbualan peminat terutamanya kepada mereka yang pernah menonton karya itu ketika yang dikeluarkan dalam bentuk VCD 14 tahun yang lalu. Cheq Sempoi yakin filem BLOK 404 terbaru ini akan mendapat sambutan sebab, telah menjadi satu jenama dan diingati sehingga hari ini. Barisan pelakon juga berpengaruh dan terkini memberi tambah nilai yang besar untuk menarik penonton. Penerbit, Datuk Boy Iman dan pihaknya mensasarkan bakal mendapat kutipan cemerlang di pawagam-pawagam seluruh Malaysia sebanyak, RM8 juta.
Cheq Sempoi bersama Datuk Boy Iman 
(Penerbit)
Barisan Pelakon Yang Terlibat
Ahmad Idham selaku Penasihat
Jom, Cheq Sempoi hadiahkan sedikit Sinopsis Filem BLOK 404 yang akan ditayangkan tidak lama lagi di seluruh Pawagam berhampiran anda ;

Tiga orang sahabat dalam pengembaraan terindah bagi melepaskan tekanan. Mereka adalah Zul, Intan dan Hairi, yang masing-masing mahu lari daripada masalah yang melanda.  
Intan dan Hairi juga pasangan terkenal di media sosial yang berdepan dengan masalah hubungan cinta yang kian rapuh. 
Lalu mengembara mereka ke sebuah lokasi pelancongan di selatan tanah air. Diharap dapat memperbaiki hubungan mereka termasuk di laman sosial. 

Dibawa juga bantuan rakan baik yang juga dianggap sebagai seorang 'pengaman' hubungan terbabit. Namun perjalanan mereka terhenti saat kereta yang dipandu tiba-tiba berhenti dan rosak di tengah jalan. Kini mereka tidak mempunyai pilihan lain daripada turun berjalan untuk dapatkan bantuan. Nasib baik Zul sempat ternampak sebuah rumah di bawah bukit yang dinamakan Guesthouse 404 dan berasakan mungkin boleh dapatkan bantuan di situ.

Misha pula seorang pekerja yang baru memulakan tugasnya di Guesthouse 404, dan setiap gerak langkahnya dibantu oleh pengurus guesthouse terbabit, yang senang dipanggil Wan. Walaupun agak lambat menyelesaikan tugasnya namun dia sentiasa cuba untuk lakukan yang terbaik. termasuk berdepan dengan pelanggan yang sangat menyakitkan hati seperti Gina.

Gina adalah seorang pelajar yang datang ke Guesthouse untuk dapatkan ketenangan, namun agak kecewa apabila tiada lelaki yang boleh 'menjamu' matanya di rumah tamu terbabit. Yang ada hanyalah Duan, seorang pemuda misteri yang pendiam dan banyak memerhatikan keadaan saja. Duan ke situ kerana mendapat jemputan untuk memberi 'review' mengenai lokasi terbabit, namun dirinya yang sangat mudah merasakan sesuatu yang tidak kena, menyebabkan sentiasa tidak senang duduk.

Wan sudah beberapa tahun menjaga Guesthouse 404, bersama pekerja terbaiknya iaitu Husin yang dianggap sebagai senior. Wan sudah boleh merasai kehadiran Misha tidak disukai oleh Husin namun dia perlukan pekerja wanita untuk membantu urusan kerjanya di situ.

Majlis BBQ istimewa mula menanti semua yang ada di rumah tamu itu. Masing-masing bergembira saat itu. Misha bertambah takut apabila Duan memberitahu rumah tamu ini ada sisi gelapnya. 

Bagi pasangan sensasi media sosial, Hairi dan Intan, malam itu mereka mahu mulakan sesuatu yang baru. Bagaimanapun dijadikan cerita Intan ternampak mesej Hairi curang dengan gadis lain dan dia rasakan itulah peluang terakhirnya untuk tidak lagi bersamanya.

Pelbagai cerita aneh mula terjadi ketika itu. Apakah yang terjadi sebenarnya??? Apakah singnifikan filem ini..... HIDUP SAMPAI MATI.... 

Watak & Pelakon Utama;

Raja Azrey sebagai Wan
Zamarul Hisham sebagai Husin
Datuk Boy Iman sebagai Zul
Amar Asyraf sebagai Hairi
Nur Risteena sebagai Misha
Fasha Sandha sebagai Sue
Andrea Abdullah sebagai Gina
Nadia Brian sebagai Intan
Aedy Ashraf sebagai Duan

WOWWWW!!!! macam mana best tak sinopsis filem BLOK 404 terbaru ni. Mesti la best, tak sabar lah Cheq Sempoi sekeluarga nak pergi tengok. Kami memang kaki wayang.... tambahan cerita seram dah tentu pilihan anak-anak Cheq Sempoi sekeluarga. Tungguuuuuuu....


PELANCARAN DORRO & POORA

Ok lah, selepas Cheq Sempoi join Pelancaran Filem BLOK 404 pihak DB GROUP Subsidiaries Of Companies melancarankan Produk kesihatan DORRO & POORA iaitu pencuci lelaki dan wanita terbaru di pasaran. Menampilkan Amar Asyraf dan Izreen Azminda Aznam sebagai Duta Produk.

Amar Asyraf & Izreen Azminda Aznam
(Duta Produk)
DORRO : Pencuci Lelaki

Diformulasikan secara tradisional untuk menjaga kesihatan alat sulit lelaki, memberi kesan antiseptic, menghilangkan bau, disamping membantu menguatkan otot dan perjalanan darah.

Bahan semulajadi yang terdiri daripada Aqua, Cocoa Sulfate, Cocoamidopropyl Betaine, Cocoamide DEA, Styrene Copolymer, Glycerin, Aloe Barbadensis Lead Juice (Alor Vera), Propelyenw Glycol, Unsopanifiable, Olive Oil, Syzgium Aromaticum (Clove Oil), Ziziphus Mauritiana, Butylene Glycol, Labisia Pumila, Polyquaternium 73, Paramia Polyneura, Tetra Sodium EDTA, Menthol Crystal, Fragrance dan Phenoxyethanol.

POORA : Pencuci Wanita

Diformulasikan secara tradisional untuk membantu mengurangkan keputihan, antiseptik, bau, pembiakan fungus di samping membantu menguatkan otot dan perjalanan darah.

Bahan semulajadi yang terdiri daripada Aqua, Cocoa Sulfate, Cocoamidopropyl Betaine, Cocoamide DEA, Styrene Copolymer, Glycerin, Aloe Barbadensis Lead Juice (Alor Vera), Propelyenw Glycol, Unsopanifiable, Olive Oil, Piper Betel Extract (Sirih), Quercus Infectoria (Manjakani), Ziziphus Mauritiana, Butylene Glycol, Labisia Pumila, Polyquaternium 73, Paramia Polyneura, Tetra Sodium EDTA, Menthol Crystal, Fragrance dan Phenoxyethanol.

Selesai pelancaran Produk terbaru DORRO & PORRA. Pada malamnya DBI Group meraikan Majlis Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri.


Majlis Rumah Terbuka DBI Group
Gambar sekitar Majlis Rumah Terbuka
Malam tu sangat happyning dengan nyayian lagu raya dan beramah mesra dengan artis-artis jemputan. Cheq Sempoi pun tidak ketinggalan berselfie dengan artis-artis yang ada. Seronok sangat bila sekali sekala kita bersama-sama dalam dunia penuh glamour. Sekian untuk kali ini. Terima kasih membaca blog Cheq Sempoi... harap jumpa lagi.

Facebook : DBI Entertainment SDN BHD

IG : @dbientertainmentsdnbhd/
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Older Posts

Senarai Blog Saya

  • Rina Zul
    Ketahui Siapa Bakal Pemandu Anda

Senarai Blog Saya

  • rinazul.com

MRS ROHANI (CHEQ SEMPOI)

kak Ani

Nama Rohani Md Tahir. Just panggil Cheq Sempoi. Asal Penang mari.. Menetap di KL. Mempunyai 3 cahaya mata. Blog dan Cheq tak dapat dipisahkan kini. Ikuti seterusnya di perkongsian blog Cheq. Untuk sebarang kerjasama boleh hubungi di : nurmusafiqani12@gmail.com


Search Here

Total Pageviews

ads

followers

Popular Posts

  • PROMOSI NIKMATI CITARASA KEENAKAN RAYA MEXICANA PANCAKE DI SELURUH CAWANGAN PANCAKE HOUSE
    SET RAYA MEXICANA PANCAKE & MINTY LIMAU RAYA   Jumaat, 23 Jun 2017 Assalamualaikum dan salam sayang semua, Buat pertama k...
  • RESTORAN NY STEAK SHACK ~ STEAK, BURGERS & SHAKES, SUNWAY VELOCITY MALL KL
    Rabu, 12 Julai 2017 Salam sayang semua, Rasa macam dah lama Cheq Sempoi tidak bersiaran. Maklumlah sibuk beraya sampai tak ing...
  • BURGER 'NEGARAKU" SIMBOLIK SEMANGAT KEMERDEKAAN GENERASI XY, KELAINAN DAN KEUNIKAN MEMBERI 1000 MAKNA KEPADA PELANGGAN
    BurGer NeGaraKu Asalamualaikum dan Salam Satu Malaysia buat semua, Cheq Sempoi masih dalam semangat kemerdekaan yang baru saja berl...
  • INNERSHINE MARINE COLLAGEN WITH KYOHO GRAPE JELLY YANG MENABJUBKAN
    Innershine Marine Collagen Essence Strip Cheq Sempoi Asalamualaikum dan salam sejahtera buat semua kesayangan Cheq Sempoi. Semu...
  • MURFEST 2017 | KEMAHIRAN FESTIVAL RETREAT BESAR URBAN ASIA TERBAIK
    Asalamualaikum dan salam sejahtera semua, Baru-baru ini Cheq Sempoi dijemput ke Majlis Jelajah dan Pengalaman Sambutan Kesejahteraan, M...
  • Filem 'MALAY REGIMENT' Tersimpan Semangat PATRIOTIK KEMERDEKAAN Yang Kekal Abadi
    Salam Kemerdekaan buat semua...Follower Cheq Sempoi, Maaflah buat semua sebab agak terlewat Cheq Sempoi keluar bersiaran tentang File...
  • DATUMCORP LANCAR KEMPEN #DATUMHOMESFORALL" PEMAJU PERTAMA MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SOCIAL KORPORAT
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... ๐Ÿ“ท Media Selangor Baru-baru ini | 6 Oktober 2018 Cheq Sempoi berpeluang menghadiri satu ma...
  • LANGKAHKU, LANGKAHMU, HYPERSHOE PILIHAN KAMI
    Asalamualaikum dan salam sayang buat semua, Apa khabar semua? Jom rapat-rapat dengan Cheq Sempoi nak bisik sikit pasal jualan k...
  • [ AWAS!!! ] DINOSAURS ALIVE ADA DITENGAH-TENGAH BANDAR RAYA KUALA LUMPUR
    Asalamualaikum dan salam sejahtera pada semua,  Apa khabar? terutama kepada adik-adik yang akan menghadapi peperiksaan akhir tahun ti...
  • LAUNCH OF MISS SHOPHIA @ BBKLCC FIESTA & PELANCONGAN MALAYSIA "DEKAT JE CARNIVAL"
    Ass alamualaikum dan salam sejahtera semua yang Cheq Sempoi rindui.. KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2017 - Perasmian Fiesta & Pelancongan ...

Blog Archieve

  • Januari (1)
  • September (1)
  • Ogos (2)
  • Mei (5)
  • Disember (4)
  • November (2)
  • Oktober (2)
  • September (1)
  • Ogos (4)
  • Julai (2)
  • Jun (5)
  • Mei (28)
  • April (7)
  • Mac (6)
  • Februari (8)
  • Januari (12)
  • Disember (11)
  • November (4)
  • Oktober (4)
  • September (6)
  • Ogos (7)
  • Julai (3)
  • Jun (9)
  • Mei (2)

blog list

Basic by ThemeXpose | Belongs To CHEQ SEMPOI