• Home
  • About
  • Contact
  • lifestyle
  • foods
  • filem
  • education
  • PARENTING
  • sitemap
  • PRIVACY

Cheq Sempoi



Assalamualaikum dan salam sayang semua,

Pada 22 Ogos yang lepas, lagi sekali Puan Dina dan En Salihin pasangan romantik dan baik hati menjemput Cheq Sempoi serta rakan-rakan bloggers untuk merasa keenakan Hi Tea di D Aura Cafe nya pula. Kalau yang sebelum ni, Cheq Sempoi dihidangkan dengan hidangan buffet yang sudah tentulah teringat sampai sekarang kesedapan masakan head chef  yang mempunyai pengalaman bekerja di hotel terkemuka. Kali ini berpeluang merasa Hi Tea yang dikhabarkan tengah hangat diperkatakan. Jika ada yang terlepas pandang pasal penulisan Cheq Sempoi yang lepas boleh la lihat melalui link ini "D AURA CAFE BERTARAF 5 BINTANG" yang menceritakan serba sedikit keindahan dan suasana dalam D Aura Cafe yang sangat owesome.
Walaupun sudah merata tempat Cheq Sempoi makan tapi D Aura Cafe mempunyai kelebihan yang tersendiri. Lagi-lagi suasana dan susun atur yang diilhamkan sendiri oleh Puan Dina dan suami, sudah dapat menggambarkan mereka adalah pasangan yang sangat mementingkan berkasih sayang yang romantik. Dengan gaya hidup mereka yang begini mereka juga ingin semua pelanggan turut berkongsi menyemai bunga-bunga kasih sayang yang boleh diatur dan disediakan oleh Puan Dina selaku pengurus cafe bersama pembantu-pembantunya merealisasikan citarasa dan tema yang kita inginkan bertaraf 5 bintang dengan harga termurah di Malaysia.

D AURA CAFE adalah CAFE ALA 5 BINTANG TERMURAH DI MALAYSIA, menyediakan menu seperti , A La Carte bermula dari RM10 sahaja bagi Set Local Food dan RM18 untuk Western Food. Hidangan disediakan oleh EXPERIENCE HOTEL HEAD CHEF. Cafe yang mempunyai kemudahan aircond, WIFI, dan Cozy yang mewujudkan suasana relax dibuai lagu-lagu romantik. 



Pilihan buffet juga disediakan minimum 30 pax. Sekiranya kurang dari 30 pax disarankan memilih A La Carte bermula RM10 sahaja. Antara keistimewaan dan perkhidmatan lain yang disediakan di D Aura Cafe ialah :

Birthday Party
Candle Light Dinner 
Wedding Anniversary
 Farewell Party
Family Gathering 
Reunion Party
Baby Shower
Antara pasangan yang berjaya merealisasikan impian mereka dengan candle light dinner
 (gambar ihsan D Aura Cafe)


Antara makanan yang dihidangkan pada Cheq Sempoi dan anak-anak memang sangat menyelerakan, sedangkan perut kami tidak terlalu lapar. Tapi apa yang dihidangkan oleh Puan Dina sangat sedap dan bertambah-tambah anak-anak makan. Ikhlas Cheq Sempoi katakan memang terbaiklah masakan head chef kepada Puan Dina. 
En salihin bersama head chef
dan pembantu chef
Bagi anda yang ingin berkunjung dan merasai masakan D Aura Cafe secara buffet, Cheq Sempoi syorkan hubungi dahulu Puan Dina kerana sepengetahuan Cheq Sempoi hidangan buffet hanya dibuat bila ada sebarang event dengan harga RM38 sahaja.

Sampai hari ni Cheq Sempoi teringat-ingat desert D Aura Cafe, puding bread dan mushroom soup sedap sangat. Asyik pulun desert tu ada juga menu lain yang tak sempat rasa. Anak-anak pula pulun spaghetti goreng... tak habis-habis ulang "sedap". Anak 'istimewa' Cheq Sempoi juga ikut serta merasa kesedapan menu yang disediakan. Dia sempat mendoakan D Aura ni akan ada Hotel satu hari nanti (dia suka nama D Aura tu). Anak OKU Cheq Sempoi memang suka mendoakan orang. Amin insyallah memang pasangan owner ni seorang yang kuat berusaha, dan tidak mustahil akan tercapai apa yang dihajati. 
Anak OKU Cheq Sempoi 14 tahun
(Nik Afiq Muzakkir)

Bersama Owner dan keluarga rakan-rakan Bloggers

Untuk maklumat selanjutnya adalah seperti berikut: 

Facebook :  D AURA CAFE 
Instagram :  @dauracafe/ 
Email :  dauracafe@gmail.com 

Alamat: 
D Aura Cafe C-6-G, Putra Walk, 
Jln PP25 Taman Pinggiran 2, 
Sek 2  43300 Seri Kembangan, 
Selangor. 

Puan Dina Abu Bakar : 019-2700210 
En Salihin Jaffar: 012-6421095 



www.wasap.my/60192700210


Share
Tweet
Pin
Share
2 PEMBERI ULASAN
Tahukah anda bahawa unsur protein melindungi gigi dan gusi kami? Biasanya selepas makan, bakteria dan makanan akan melekat pada gusi dan celah-celah gigi. Digabungkan dengan suhu badan 37°. itu adalah yang sempurna untuk bakteria! Plak berbentuk dengan mudah dalam keadaan ini tanpa pembersihan yang betul. Oleh itu, untuk mengelakkan penyakit gigi dan gusi, bilas dengan IBKEEO Premium Mouthwash selepas makan untuk kebersihan mulut yang lebih baik.
Menurut Dr. Stan Waller dari amalan pergigian swasta di New York, kebersihan mulut terbaik dicapai melalui lidah yang bersih. Di bawah mikroskop, lidah kami adalah seperti permaidani dengan beribu-ribu serat - mereka dari "bersih" yang merangkumi bakteria dan makanan tanpa kita mengetahui. Oleh itu, penyelesaian kebersihan mulut berkualiti tinggi adalah perlu untuk memastikan kebersihan mulut secara keseluruhan.

Bahan utama IBKEEO
 
IBKEEO Premium Mouthwash Kebersihan Mulut dipertingkatkan dengan ekstrak ginseng 
yang berkualiti, peony putih (bahan antibakteria aktif, menghalang pertumbuhan bakteria), 
pokok teh (membantu untuk menghapuskan sisa protein di dalam mulut dan menghilangkan 
nafas berbau) dan licorice (mengaktifkan kelenjar air liur. Mulut, dan membersihkan lisan 
mulut). 

Apakah sel stem ligament periodontal?
Batang ligamen periodontal menjual cementum bentuk, ligamen periodontal dan 
tulang alveolar. Struktur ini tegas mengunci gigi kita dalam kedudukannya pada 
tulang alveolar. Apabila peningkatan usia kita, fungsi sel stem ligament periodontal 
perlahan-lahan menurun. Cementum, ligamen periodontal dan tulang alveolar 
secara beransur-ansur menyusut saiz, menyebabkan gigi longgar dan kehilangan 
gigi.
Ginsenosides membantu menguatkan sel stem ligament periodontal, membentuk 
simen yang lebih sihat dan ligamen periodontal.

Bagaimana Ia Berasa
Bandingkan dengan jenama lain cuci mulut, IBKEEO mempunyai sensasi ringan, 
tidak mengandungi alkohol, sisa protein yang kelihatan selepas membilas.

Bagaimana nak guna? Seperti Mudah Sebagai ABC, Hanya Perlu 4 Langkah Mudah.
1. Tuang 10-15ml IBKEEO Kebersihan Kebersihan Solusi ke dalam cawan.
2. kemudian berkumur selama 20-30 saat.
3. Ludah dan anda akan melihat sisa protein yang kelihatan.
4. Nikmati nafas segar dan kebersihan mulut yang sihat.

IBKEEO Premium Mouthwash didatangi dari Negara Korea, telah diiktiraf di Malaysia 
dengan pelbagai sijil dan anugerah dari pelbagai Kementerian.

Untuk maklumat lanjut sila layari:
email : http://ibkeeo.com/ 
atau 
FACEBOOK :  IBKEEOMsia
Share
Tweet
Pin
Share
2 PEMBERI ULASAN
Aku seorang suami kepada seorang isteri janda anak satu. Ketika aku menulis air mata ini bercucuran mengenangkan apa yang  telah terjadi. Aku seorang suami yang hanya pada nama dan pada kertas. Enam  tahun perkahwinan. Hanya dua tahun pertama aku bahagia…. Bahagiapun aku je yang tahu. Pada dia penipuan semata-mata. 

Kisah nya begini,
Aku berumur 32 tahun dan isteri 39 tahun. Aku terima dia seadanya walaupun dia janda anak satu. Pada mulanya hanyalah penipuan semata-mata dipihak dia, dia berkahwin hanya memandang harta aku dan kebetulan aku bekerja offshore (luar pesisir) dan income agak selesa. Dia hanya mengahwini aku hanya untuk membalas dendam terhadap kekasihnya yang telah mengandungkan dia. Dia gugurkan kandungan kerana semata-mata untuk menjaga nama baik kekasihnya dan menjaga air muka ibu bapa keluarga lelaki tersebut, berikutan mak dan ayahnya seorang ahli agama tetapi anak jantannya membuntingkan anak orang. “Bangsat punya jantan dan bangsat punya betina”.
Gambar Hiasan
Aku yang pada itu mengikut je telunjuk betina itu dan biarkan isteriku mengugurkan anak yang tidak berdosa itu dan jantan itu sanggup bagi duit untuk gugurkan anak itu. Allahuakbar.. berdosanya aku... katanya  isteriku dia sanggup berubah dan insaf selepas aku mengahwininya. Kata dia, aku seorang yang baik, sanggup menerima dia yang kotor ini. Pada aku, masa itu aku terima dia sebab mata aku ‘buta’ oleh cintanya yang berpura-pura sebagai pencinta tegar dan mungkin masa itu aku masih muda dan tidak berfikiran panjang kerana tersentuh melihat kesedihan dia mengugurkan anak.

Dan atas tiket kasihan itu aku mengahwini dia juga walaupun ahli keluarga ku membantah perkahwinan tersebut. Aku sanggup ketepikan perasaan ibu bapaku. Pada keluarga aku, dia jadikan musuh tanpa ada hormat pada orang tua ku.Tapi pada mak bapak dia, dia suruh aku tunduk hormat. Bodohkan aku? Aku lah lelaki paling malang di dunia ini. Ku sangkakan dia tidak lagi berhubung dengan bekas kekasihnya, rupa-rupanya hingga kini dia masih berhubung di belakang ku. Tertipunya aku dengan lakonan perempuan bangsat itu. Dia hanya jadikan aku suami untuk menutupi kecurangannya. Dirumah aku layan dia macam raja, basuh berak anak (aku ada 2 anak lelaki dengan dia), makan, pakai, masak, kemas rumah, semua aku sempurnakan untuk dia. Dia hanya bangun pun sudah tengahari, cuci muka tengok bunga-bunga. Anak-anak terbiar semua aku uruskan…hingga kekadang tidak masak. Boleh dia tanya kenapa aku tidak masak lagi? Memang bangsat sikapnya menjadikan aku betul-betul hambanya.

Tapi sebab aku sayangkan anak-anak dan aku tidak sanggup berpisah dengan anak, aku telan semua yang berlaku. Jangan katakan tidak nasihat, tidak mendidik, tidak menegur, tidak berdoa untuk dia berubah. Tetapi dia rasa diri tu hebat, sombong dan lebih tua dari aku. Kata-kata dan nasihat aku dibuang begitu sahaja. Dayus kah aku??? Ya dayus aku sebagai lelaki dan suami. Tapi aku masih bagi peluang untuk dia supaya dia mengaku dia tidak sanggup hidup dengan aku dan dia masih perlukan kekasih dia. Cuma jujur dan berterus terang pada aku dan aku akan lepaskan dia dengan lapang hati. Tetapi anak-anak dia tinggalkan dengan aku. Dia boleh berambus bersama jantan bangsat yang masih menunggu dia hingga kini. Ya, dia bangga kerana kekasihnya itu tidak kawin lagi dan menyalahkan perempuan lain jika merampas suami orang.


Memang rezeki dia baik, dia dapat yang bujang. Bangsat betul dia… dia seorang perokok dan minum arak. Cuma selepas kawin arak ditinggalkan dan merokok rasanya masih lagi sehingga kini, dimana umur perkahwinan kami sudah mencecah 6 tahun. Pada aku, aku tidak kisah dia seorang perokok sebab aku juga perokok. Masalahnya isteri aku seorang yang sombong dan bongkak dengan kononnya dia pandai, Ye dia belajar sampai degree dan aku hanyalah diploma dan dia lebih tua dari aku dan ketika itu dia seorang guru dan aku kerja offshore sahaja.

Perkahwinan yang aku harapkan indah seperti syurga hanya derita sepanjang musim. Orang sekeliling mengenali dia seperti malaikat dengan nasihat-nasihat dia yang persis seorang ustazah terkenal dunia. Tapi hanya aku yang tahu segala yang tersurat dan tersirat. Aku boleh dikatakan dayus kerana masih lagi menyimpan isteri seperti dia.

Disaat aku bergaji berbelas ribu aku disanjung dia dan keluarga dia. Seminggu seribu perbelanjaan dia yang sangat boros. Tidak seperti isteri-isteri diluar sana yang pandai berjimat. Disaat aku tidak lagi bekerja disebabkan company banyak buang perkerja bermulalah kehidupan aku jatuh merundum dan dipandang hina oleh dia yang menganggap dirinya lebih tua dan aku kena patuh dan hormat mendengar setiap kata-katanya kerana aku lebih muda. Pada aku, Allah nak menduga dan menguji kesabaran dan ketaatan aku padaNya. Aku redha atas apa yang berlaku. Aku cuba bangkit semula dengan berniaga, tetapi ditipu orang dan diduga lagi. Tetapi dia tidak boleh terima kekurangan aku. Aku dihina, aku diburuk-burukkan pada kawan-kawan. Habis luar dan dalam diceritakan kepada orang. Dia persalahkan aku kerana tidak bagi dia kemewahan macam dulu. 




Bukan isteri sahaja diberi kelebihan 6 rasa naluri tetapi lelaki juga Allah anugerahkan perasaan itu. Pada suatu hari saat itu anak aku bermain henfon dia, kebiasaannya dia lock dengan password, tapi tidak kali ini entah kenapa anak aku suruh tunjukkan game, anak hulur pada aku. Aku tengok tiada lock dan password, aku terus buka whatsap dan lain-lain, satu persatu whatsap aku baca dan dengan siapa dia selalu berwhatsap. Allahuakbar….meleleh air mata aku tanpa henti. Aku screenshot satu persatu dan aku hantar semuanya ke henset aku sebagai bukti.

Dan saat itu dia mengandungkan anak aku yang ke 2. Entah anak siapa pun aku tidak tahu sebab aku ke laut selama 3 bulan. Balik-balik lepas sebulan dia kata dia mengandung. Perang besar sebab aku dah terbaca whatsap semua. Tapi mengenangkan dia mengandung, aku masih bertahan sebab anak-anak yang tidak berdosa. Aku terima anak itu juga. Tapi dalam hati aku berderai air mata darah menahan segala kepedihan, kecurangan dan kebiadaban. Hari-hari Allah bentangkan kepada aku segalanya yang selama ini aku pikirkan tidak mungkin dia buat semua itu pada aku.

Kenapa aku tidak serang dia disaat aku terbaca semuanya?. Kalau ikutkan rasa nak saja aku bunuh dia. Tapi aku bukan jenis kaki pukul perempuan. Tapi sebab aku pikir, Allah lebih tahu, apa yang aku tidak tahu. Akal aku masih waras dan aku persalahkan juga diri aku kerana tidak berjaya mendidik dia menjadi isteri yang solehah. Tiada satu rahsiapun yang aku tidak tahu, bila aku Tanya dia tidak mengaku dan mencari salah aku kerana tinggalkan dia bersendirian jaga anak. Allahuakbar, aku keluar mencari rezeki. Kad kredit, kad bank, duit sesen pun aku tidak bawak ke offshore. Dia semewah-mewahnya membelanjakan habis duit aku. Bila aku dibuang kerja dia salahkan semuanya pada aku. Kenapa tidak buat simpanan?. Allahuakbar… aku sabar sekuat hati, tapi pada dia aku hilang semua perasaan yang ada selama ini. Ye hingga kini aku tidak dilayan zahir dan batin. Tapi aku tidak penting semua itu, aku hanya nak move on dan berbekal kan segala bukti. Aku hanya menunggu masa untuk selesaikan semuanya. Buat masa ini Allah beri aku kekuatan untuk teruskan hidup, iye.. aku telah berpisah rumah dengan dia. Demi meneruskan kehidupan. Bangkit semula mencari kekuatan dan rezeki untuk membesarkan anak-anak. Aku serahkan semula semua tanggungjawab dia menjaga anak-anak yang selama ini aku tatang bagai minyak yang penuh. 
Masih lagi bersungut mengatakan aku tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami. Tapi layakkah engkau untuk dilayan sebagai isteri hingga kini..tidak perlu la sangat menasihati orang lain macam ustazah terhebat dunia. Tidak perlu lah nak kata suami kau curang atau ada perempuan lain dan kau persalahkan atas perubahan aku, jika kau hanya jadikan suami kau hamba selama ini. Kalau kau rasa kau hebat dapat melahirkan anak 3 orang. Seorang perempuan (dia dah serahkan pada bekas suaminya) dua anak lelaki aku bersama dia… iaitu anak yang aku akan pertahankan jika kita berpisah nanti. Kau jangan harap anak-anak itu akan dapat pada kau. Dengan segala bukti yang ada pada aku dan kau belum cukup layak untuk bergelar seorang isteri. Kata orang, dah tua-tuapun bodoh, walaupun aku muda dari kau, tapi ketuaan kau menjadikan kau lebih bodoh dari aku yang masih muda.

Di saat aku menulis, aku sudah move on dan aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang. Hanya menanti masa yang sesuai untuk aku leraikan segalanya. Jika kau masih perasan kau seorang isteri dan mahu berambus awal-awal, pergi saja mahkamah dan failkan perceraian. Dan senang hati aku lepaskan kau.



Jangan kata hanya perempuan sahaja yang terima nasib malang dapat suami yang bermasalah, suami-suami diluar sana juga menerima nasib yang sama. Doakan perniagaan aku berjaya semula dan aku dapat isteri yang solehah yang mampu membahagiakan aku di dunia dan akhirat… amin.


Kredit dari : Kisah Rumah Tangga (KRT)  


Share
Tweet
Pin
Share
2 PEMBERI ULASAN

Gambar Ihsan FB D Aura Cafe
Cheq Sempoi Dihadapan D Aura Cafe 


Assalamualaikum dan salam sayang buat semua,

Bertarikh 5 Ogos 2017 hari Sabtu yang lalu Cheq Sempoi menghadiri Majlis Launching 
D Aura Cafe yang mula beroperasi 1 Ogos 2017 baru-baru ini. Cafe yang bertaraf 5 bintang tetapi menawarkan harga yang murah dan berpatutan. Sangat mementingkan kualiti masakan kerana mengambil Chef yang berpengalaman dari Hotel. Patutlah kenapa masakan yang dihidangkan kepada Cheq Sempoi dan bloggers lain sangat sedap dan lazat. Restoran yang diusahakan oleh suami isteri yang sangat berjiwa romantik. Kagum dan bahagia bila Cheq Sempoi bersama mereka yang tidak lokek dengan senyuman dan budi pekerti bersama 4 cahaya mata mereka yang sangat cute. 3 Perempuan dan seorang lelaki.
Majlis Perasmian D Aura Cafe


Pasangan tersebut ialah En Salihin Jaffar dan Pn Dina Abu Bakar. Biar Cheq Sempoi cerita sikit latar belakang pasangan romantik ni. En Salihin adalah seorang kontraktor di Salika Enterprise berkemahiran Electrical & Aircond, Renovation. Manakala Pn Dina pula pemilik kepada 5 cawangan Spa. Spa Supplier Malaysia & D Aura Spa Seri Kembangan di Seri Kembangan, Selangor, D Aura Spa Putrajaya di Presint 15, Putrajaya, D Aura Spa Enstek Sepang, di Negeri Sembilan dan D Aura Spa Johor Bahru, Skudai, Johor Bahru. Kesinambungan dari D Aura Spa yang sudah beroperasi selama 10 tahun maka terlahirlah cafe pertama 'D Aura Cafe' yang di ilhamkan oleh En Salihin. Jom kita tengok sikit suasana dalam cafe yang berkonsep romantik. Decoration dari idea pasangan ini sangat menakjubkan kerana menampilkan koleksi frame gambar-gambar dari pelbagai lokasi romantik di dunia yang diletakkan di sudut-sudut cafe. 

Sejuk mata memandang

Suasana dalam D Aura Cafe Yang berkonsepkan romantik

HIDANGAN MENU SPECIAL YANG TERDAPAT DI 'D AURA CAFE'

Terdapat pelbagai jenis masakan yang disediakan antaranya ialah asam pedas, masak lemak cili padi, rendang daging, kari hijau ayam, kari ayam, ayam masak merah, sate ayam dan lain-lain lagi masakan kampung. Terdapat juga masakan barat antara nya grilled chicken chop, oriental chicken chop, fish & chip, sirloin steak, lamb shank dan banyak lagi pilihan. tidak lupa juga menu untuk kanak-kanak seperti chicken porridge, cheese sausage, french fries, cheesy wedges dan lain-lain lagi. Begitu juga dengan hidangan snacks dan dessert yang pelbagai rasa boleh dinikmati.

Gambar Ihsan FB D Aura Cafe
Gambar Ihsan FB D Aura Cafe
D Aura Cafe juga menyediakan tempat dan ruang untuk beberapa event antaranya Wedding Annivesary, Candle Light Dinner, Reunion Day dan Majlis Perpisahan, Tamat Perkhidmatan dan Bersara. Pakej bagi Birthday Party RM25 perpax (30 pax minimum) jika kurang dari 30 pax, harga di kira lain mengikut kehendak pelanggan dan dipersetujui oleh pengurus cafe. Terdapat dalam 10 jenis menu disediakan. Bagi yang berhajat ingin membuat reunion day, cafe boleh muat dalam 40 hingga 50 orang. Disediakan juga live band/ busking band mengikut kehendak pelanggan.

Busking by Rosswell Band
PERKHIDMATAN LAIN YANG DISEDIAKAN OLEH D AURA CAFE

Di atas permintaan ramai, D Aura Cafe ada membuat 'food delivery' ke rumah-rumah atau pejabat sekitar Bandar Putra Permai, Equine Park, Taman Universiti, Taman Lestari Putra, Taman Lestari Permai, Taman Pinggiran Putra dan Atmosrere serta kawasan yang berhampiran cafe. Masakan kampung hanya RM10 set nasi putih, Jenis lauk pilihan dan air. Bagi menu western food bermula RM18 sahaja. Tempah mesti lah 5 set ke atas. Jika kurang penghantaran akan dikenakan sebanyak RM5. Penghantaran bermula dari 10 pagi hingga 10 malam. Jenis menu akan ditambah dari masa ke semasa.




GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MAJLIS LAUNCHING DIADAKAN SANGAT MERIAH 


Makanan Yang Dihidangkan sangat sedap

Anak-anak Cheq Sempoi pun teruja dan seronok

Majlis juga diserikan dengan Majlis sambutan hari lahir En Salihin dan Hari Ulang Tahun Perkahwinan mereka. Kami yang hadir juga dapat rasakan keserasian En salihin dan Pn Dina sekeluarga. Lihat lah gambar-gambar yang sempat Cheq Sempoi snap.


Acara Potong Kek Hari Lahir En Salihin

Acara potong kek sempena
Hari Ulang Tahun Perkahwinan pasangan bahagia

Seronok dan bahagianya Cheq Sempoi di Majlis En salihin dan Pn Dina yang sangat owesome sama-sama kita doakan semoga jodoh dan perniagaan mereka sentiasa success hingga ke akhir hayat di samping cahaya mata mereka yang soleh. amin...

Sekian dari Cheq Sempoi kali ini....


Untuk maklumat lanjut hubungi alamat di bawah :

D Aura Cafe
C-6-G, Putra Walk, Jalan PP25, 
Taman Pinggiran Putra Sek2, 
Seri Kembangan,
Selangor

Waktu Operasi :11 am - 11 pm (Daily)

Pengurus/Order : 

Pn Dina :  019 2700210
En Salihin :  0126421095

FB : D Aura Cafe

Email : dauracafe@gmail.com

IG : @dauracafe



Share
Tweet
Pin
Share
3 PEMBERI ULASAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Siapa sangka di tengah-tengah Bandar Kepong, Kuala Lumpur terdapat sebuah Cafe yang bernama ''AIMAIMONO JAPANE PANTRY" berkonsepkan kontemporari makanan yang disediakan oleh dapur-dapur Jepun. Amaimono yang membawa maksud 'manis' atau 'benda manis. Cafe ini dibuka pada Mac 2017.

Pintu Hadapan Amaimono Cafe
Pintu Masuk Amaimono Cafe
Cheq Sempoi pun pada mulanya ingatkan Cafe ini adalah restoran cina sebab dari luar kita akan nampak pemandangan dari segi tulisan cina yang banyak, pada hakikatnya tulisan Jepun. Cafe ini menghidangkan makanan yang HALAL cuma belum dapat kelulusan dari pihak Jakim. Seperti kita sedia maklum untuk mendapat kelulusan HALAL dari Jakim bukanlah satu perkara yang mudah jika tidak betul-betul mengikut piawaian dan syarat-syarat keperluan yang dikehendaki oleh pihak Jakim. Oleh yang demikian Pemilik Restoran Amaimono Cafe, Mr. Allan Low mengambil langkah menjemput semua bangsa dan agama terutama melayu Islam serta blogger-blogger untuk menyaksikan sendiri tahap kebersihan, tahap kualiti bahan halal dan tukang masak berbangsa melayu Islam. Itulah salah satu cara Mr. Allan Low bagi mendapatkan kelulusan logo halal restoran beliau dengan mendapatkan sokongan dari kita semua. Cheq Sempoi diberi peluang keemasan melawat kawasan dapur dan merakam sedikit cara-cara Chef menyediakan menu. Bertuah sangat.

Mr. Allan Low & Blogger
(mencerita sejarah terciptanya menu yang ada)

Puan Faridah Hanim
(Tukang masak Amaimono Cafe)

Cheq Sempoi bersama Chef Pn Faridah Hanim & Pembantu Chef En. Mohd Faiz Najmi

Chef sedang menyediakan menu-menu special untuk Bloggers
Bahan masakan HALAL wajib disini


Menurut Mr. Allan Low yang lebih 20 kali telah mengembara ke seluruh Jepun, beliau telah belajar dan bertemu dengan bahan makanan tradisional dari bahan-bahan tradisional. Ia adalah hasil yang mengagumkan, di mana beliau mendapat idea tentang makanan tempatan, makanan pencuci mulut, aiskrim , pastri dan beberapa makanan tempatan di Malaysia.


Antara menu special yang menjadi pilihan pelanggan yang mendapat sambutan hangat di Amaimono Cafe


SHIO & SHOYU Ramen, Nasi Ayam Kari Jepun, Aiskrim Melonpan, Wafel Ikan Taiyaki, Aiskrim dengan 10 rasa, Honey Korea Sweet Toast, Big Cup Cold Green & Red Latte Teh, Hot Cappucino & minuman espresso lain, Tou Fu Jepun dan Keju Kek, Puding & pencuci mulut cutie yang lain.


SHIO & SHOYU Ramen
Pelbagai Nasi di hidangkan bersama set (Rendang, kari & sambal)

Wafel Ikan Taiyaki &  Minuman Espresso (2 in 1)
 

Pelbagai Jenis Perasa Aiskrim

Desert yang WOWWWW

Pelbagai Jenis Minuman

Menurut Mr. Allan Low lagi beliau menggunakan konsep 'Pantry' kerana segala-galanya boleh dijual dengan harga yang berpatutan kerana amalan khidmat diri. Perkhidmatan diri memberi tumpuan kepada kadar individu yang berbeza dari kehidupan lorong, sama ada memilih dan membayar atau mengambil masa atau berehat di persekitaran ini. Kami harap kami dapat membawa kemanisan kepada kehidupan anda melalui makanan gaya 'Pantri' yang lazat.

Suasana dalam Cafe yang sangat menceriakan dan teruja bila datang ke sini.












Bloggers Bersama Mr. Allan Low dan Chef Faridah
Meriah bukan?, dengan bantal icon emoji menyambut kedatangan kita. Teruja sangat... macam tu la Cheq Sempoi rasa. sesuai sangat bila bawa anak-anak menikmati suasana damai di Cafe ini. Lihat lagi gambar-gambar yang sempat Cheq Sempoi ambik sebagai simpanan dan memori Cheq Sempoi.





Cara Chef Faridah membuat Wafel Ikan Taiyaki
Chef Faridah menghias hidangan

Chef Faridah menunjukkan ayam yang
diperap dan dipanggang (sedap sangat)
Begitu lah seharian di Amaimono Cafe. Cheq Sempoi rasa sayang je untuk melangkah pergi. Mr. Allan Low seorang owner dan bos yang sangat baik hati dengan semua pekerja dan pelanggan. Beliau saling bertukar-tukar idea masakan dengan Chef Faridah bagi mengeluarkan menu-menu mengikut selera kita. Sekian saja untuk kali ini. Cheq Sempoi akan datang lagi ke sini bawa suami dan anak-anak pula merasa kesedapan menu yang ada dan akan sentiasa ada menu baru (kata Chef). Anda jangan tunggu lagi, suasana sahaja sudah menaikkan semangat untuk berkunjung ke situ.

Untuk maklumat lanjut boleh lah layari :

You Tube : Amaimono Cafe

FB : Amaimono Cafe

Alamat :

No 89, Jalan Rimbunan Raya 1 
Laman Rimbunan Kepong 
52100 Kuala Lumpur
             
Email : amaimonocafe@outlook.com 

Tel No : 03-6179 2431



Waktu operasi : 11 am - 11 pm


Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Newer Posts
Older Posts

Senarai Blog Saya

  • Rina Zul
    Ketahui Siapa Bakal Pemandu Anda

Senarai Blog Saya

  • rinazul.com

MRS ROHANI (CHEQ SEMPOI)

kak Ani

Nama Rohani Md Tahir. Just panggil Cheq Sempoi. Asal Penang mari.. Menetap di KL. Mempunyai 3 cahaya mata. Blog dan Cheq tak dapat dipisahkan kini. Ikuti seterusnya di perkongsian blog Cheq. Untuk sebarang kerjasama boleh hubungi di : nurmusafiqani12@gmail.com


Search Here

Total Pageviews

ads

followers

Popular Posts

  • Tanpa Redha Suami, Balasan Isteri Ke Neraka. Suami Bongkar Kecurangan Isteri
    Aku seorang suami kepada seorang isteri janda anak satu. Ketika aku menulis air mata ini bercucuran mengenangkan apa yang  telah terjadi.  ...
  • PWTC | SENARAI RUMAH ANAK-ANAK YATIM 2018
    Kredit gambar Google [ PWTC ] SENARAI RUMAH ANAK-ANAK YATIM 2018 PERINGKAT PERTAMA ( 10 MEI 2018 ) PERTUBUHAN NUR KAS...
  • LIMPAHAN CHOCOLATE | DI MUSEUM CHOCOLATE KOTA DAMANSARA | DESTINASI MENARIK TAHUN 2018
    Assalamualaikum dan salam sayang semua... bersama Tim Propa Rangers kali ini sangat menggembirakan Cheq Sempoi dan anak-anak....
  • RESORT WORLD KIJAL TERENGGANU | MENJANJIKAN KETENANGAN KEDAMAIAN DAN KEPUASAN PARA PENGUNJUNG | TEMPAT PENYU BERTELUR
    Assalamualaikum dan salam sayang buat semua... Cheq sempoi sini!!! sudah lama Cheq Sempoi tak bersiaran. Sejak kebelakangan ni kesi...
  • JUARA | POWER ANTABAX GRAFFITI DAN PERMAINAN WARISAN 'BANGKU SEKOLAH'
    JUARA Asalamualaikum dan salam sayang pada semua... Baru-baru ini Cheq Sempoi serta anak-anak mendapat jemputan dari Antabax Power Ma...
  • D AURA CAFE, RESTORAN 5 BINTANG BERKONSEPKAN "ROMANTIC" PILIHAN SETIAP PASANGAN
    Gambar Ihsan FB D Aura Cafe Cheq Sempoi Dihadapan D Aura Cafe  Assalamualaikum dan salam sayang buat semua, Bertarikh 5 O...
  • Safi | Jenama Unggul | Produk Penjagaan Diri | Pilihan Seisi Keluarga Sejak Dulu Hingga Kini
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada satu majlis perasmian produk SAFI Shower. Cheq Sempoi telah berpeluang merasai wang...
  • LANGKAHKU, LANGKAHMU, HYPERSHOE PILIHAN KAMI
    Asalamualaikum dan salam sayang buat semua, Apa khabar semua? Jom rapat-rapat dengan Cheq Sempoi nak bisik sikit pasal jualan k...
  • DATUMCORP LANCAR KEMPEN #DATUMHOMESFORALL" PEMAJU PERTAMA MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SOCIAL KORPORAT
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... ๐Ÿ“ท Media Selangor Baru-baru ini | 6 Oktober 2018 Cheq Sempoi berpeluang menghadiri satu ma...
  • [Tasneem Naturel Balm] Mujarab, Berkesan & Ajaib Bila Disapu
    Nice Packaging Asalamualaikum dan salam sayang pada semua... Lama sudah Cheq Sempoi mencari, akhirnya Cheq Sempoi bertemu dengan ...

Blog Archieve

  • Januari (1)
  • September (1)
  • Ogos (2)
  • Mei (5)
  • Disember (4)
  • November (2)
  • Oktober (2)
  • September (1)
  • Ogos (4)
  • Julai (2)
  • Jun (5)
  • Mei (28)
  • April (7)
  • Mac (6)
  • Februari (8)
  • Januari (12)
  • Disember (11)
  • November (4)
  • Oktober (4)
  • September (6)
  • Ogos (7)
  • Julai (3)
  • Jun (9)
  • Mei (2)

blog list

Basic by ThemeXpose | Belongs To CHEQ SEMPOI