COOLBLOG MALAYSIA | BUKA KEDAI PERTAMA DI MELAWATI MALL KUALA LUMPUR
Baru-baru ini, Cheq Sempoi dijemput ke CoolBlog, Melawati Mall, KL. Semasa hendak masuk ke dalam kedai Cheq Sempoi sangat terkejut kerana sebelum datang Cheq Sempoi bayangkan CoolBlog adalah satu kiosk yang biasa kita jumpa. Tetapi kali ini CoolBlog membuat kejutan khas! untuk peminat-peminat Ais Blended.
Sempena tarikh 27 Januari 2018, Menandakan
tahun ke-10 mereka dalam industri, CoolBlog membuka kedai pertamanya yang
terbesar di Melawati Mall, KL. Sebagai jenama minuman berasaskan kiosk, Cool Blog
kini telah melompat ke penjenamaannya dengan mendedahkan rupa baru, segar dan mempunyai konsepnya yang tersendiri. Bermula sebagai jenama minuman pencuci mulut
berasaskan kiosk telah menarik perhatian hati rakyat Malaysia dengan mencipta
perisa tempatan dan global.
Penilaian Markah sedang dinilai oleh CEO Coolblog Melawati Mall |
Lebih daripada 25 perasa minuman dan pencuci
mulut dengan lebih daripada 300 variants produk. Kedai dan konsep baru yang bersaiz 973 kaki
persegi ini boleh memberi keselesaan untuk menerima lebih ramai pelanggan. Ia
mempunyai kelengkapan kayu dan bingkai sebagai asas kaunter utamanya. Warna
merah jambu yang biasa telah berkembang dan kini merupakan kombinasi warna
hitam dan merah jambu yang boleh dilihat di seluruh kedai. Skim warna baru yang
dipasangkan dengan perabot yang rapi akan pasti memberikan anda rasa moden.
Orang ramai yang datang |
"Kami melihat Melawati
Mall sebagai lokasi terbaik untuk memulakan kedai perdana kami kerana lokasinya
berada dalam kawasan bandar yang sibuk, dan selari dengan kepadatan pelanggan-pelanggan baru. Pusat membeli-belah ini sentiasa dikunjungi oleh pelajar, dan seisi keluarga di
sekitar Lembah Klang dan ini adalah tempat yang sesuai untuk dimulakan. Kami
juga terletak betul-betul di sebelah panggung wayang yang merupakan lokasi yang
sempurna berdasarkan lalu lintas harian", kata Mr. Keith Loh, Ketua Pegawai
Eksekutif CoolBlog Apps Sdn Bhd "Pembukaan kedai ini sebagai platfom untuk lebih maju mengembangkan
pertumbuhan cawangan-cawangan lain dimasa akan datang. Kami juga memperluaskan perniagaan ke Malaysia
Timur. Kami juga membuka peluang francais khusus untuk usahawan wanita, dan pelbagai
perkara lain "tambahnya.
Manager yang sangat friendly dengan staf |
Cheq Sempoi tengah membuat aktiviti yang diadakan mencipta perasa air baru |
CoolBlog juga menawarkan "minuman edisi
terhad" bersempena dengan pembukaan kedai minuman ini yang boleh didapati dari
sekarang dan hanya akan ditawarkan di Cawangan Melawati Mall KL sehingga 28
Februari 2018. Pada hari tersebut pihak CoolBlog telah membuat satu aktiviti bersama blogger jemputan iaitu "CoolBlog’s Exclusive Blogger Party". Sangat happy dan menjadi kenangan buat Cheq Sempoi kerana memenangi tempat kedua dalam aktiviti tersebut. Aktiviti mencipta perasa baru Ais Blended untuk CoolBlog. Ais Blended yang diberi nama "Durian ABC". Kalau nak rasa jemputlah ke CoolBlog Melawati Mall KL.
Untuk makluman semua Cheq Sempoi berjaya mendapat tempat ke 2 pertandingan mencipta perasa air. Cheq Sempoi sendiripun sampai sekarang tidak percaya apa yang berlaku. Tapi menjadi kenangan indah bersama CoolBlog.
Untuk makluman semua Cheq Sempoi berjaya mendapat tempat ke 2 pertandingan mencipta perasa air. Cheq Sempoi sendiripun sampai sekarang tidak percaya apa yang berlaku. Tapi menjadi kenangan indah bersama CoolBlog.
PENGENALAN MENGENAI COOLBLOG
Mengenai CoolBlog Jenama
minuman pencuci mulut berasaskan kiosk antarabangsa, CoolBlog berinovasi untuk
mencari yang terbaik perisa tempatan dan global menggunakan ciptaan ais
dicampur dan di blended. Kami mula-mula bermula di Malaysia dan Singapura
dengan memperkenalkan lebih daripada 25 perisa minuman dan pencuci mulut dengan
lebih daripada 30 produk variants. CoolBlog telah menggariskan pelan pertumbuhan
tiga tahun untuk meningkatkan bilangan cawangan di pasaran tempatan dan
antarabangsa hingga 500 kedai. Misi CoolBlog adalah untuk menyediakan produk
dan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan dari semua lapisan
masyarakat.
Untuk maklumat lanjut sila layari laman social media :
1 PEMBERI ULASAN
Sedapnya.. Lama tak beli cool blog.
BalasPadam