• Home
  • About
  • Contact
  • lifestyle
  • foods
  • filem
  • education
  • PARENTING
  • sitemap
  • PRIVACY

Cheq Sempoi




Staf yang membantu Cheq Sempoi
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Baru-baru ini, Cheq Sempoi dijemput ke CoolBlog, Melawati Mall, KL. Semasa hendak masuk ke dalam kedai Cheq Sempoi sangat terkejut kerana sebelum datang Cheq Sempoi bayangkan CoolBlog adalah satu kiosk yang biasa kita jumpa. Tetapi kali ini CoolBlog membuat kejutan khas! untuk peminat-peminat Ais Blended.




Sempena tarikh 27 Januari 2018, Menandakan tahun ke-10 mereka dalam industri, CoolBlog membuka kedai pertamanya yang terbesar di Melawati Mall, KL. Sebagai jenama minuman berasaskan kiosk, Cool Blog kini telah melompat ke penjenamaannya dengan mendedahkan rupa baru, segar dan mempunyai konsepnya yang tersendiri. Bermula sebagai jenama minuman pencuci mulut berasaskan kiosk telah menarik perhatian hati rakyat Malaysia dengan mencipta perisa tempatan dan global.






Penilaian Markah sedang dinilai oleh CEO Coolblog Melawati Mall
Lebih daripada 25 perasa minuman dan pencuci mulut dengan lebih daripada 300 variants produk. Kedai dan konsep baru yang bersaiz 973 kaki persegi ini boleh memberi keselesaan untuk menerima lebih ramai pelanggan. Ia mempunyai kelengkapan kayu dan bingkai sebagai asas kaunter utamanya. Warna merah jambu yang biasa telah berkembang dan kini merupakan kombinasi warna hitam dan merah jambu yang boleh dilihat di seluruh kedai. Skim warna baru yang dipasangkan dengan perabot yang rapi akan pasti memberikan anda rasa moden.

Orang ramai yang datang

"Kami melihat Melawati Mall sebagai lokasi terbaik untuk memulakan kedai perdana kami kerana lokasinya berada dalam kawasan bandar yang sibuk, dan selari dengan kepadatan pelanggan-pelanggan baru. Pusat membeli-belah ini sentiasa dikunjungi oleh pelajar, dan seisi keluarga di sekitar Lembah Klang dan ini adalah tempat yang sesuai untuk dimulakan. Kami juga terletak betul-betul di sebelah panggung wayang yang merupakan lokasi yang sempurna berdasarkan lalu lintas harian", kata Mr. Keith Loh, Ketua Pegawai Eksekutif CoolBlog Apps Sdn Bhd "Pembukaan kedai ini sebagai platfom untuk lebih maju mengembangkan pertumbuhan cawangan-cawangan lain dimasa akan datang. Kami juga memperluaskan perniagaan ke Malaysia Timur. Kami juga membuka peluang francais khusus untuk usahawan wanita, dan pelbagai perkara lain "tambahnya. 


Manager yang sangat friendly dengan staf

Cheq Sempoi tengah membuat aktiviti yang diadakan mencipta perasa air baru
CoolBlog juga menawarkan "minuman edisi terhad" bersempena dengan pembukaan kedai minuman ini yang boleh didapati dari sekarang dan hanya akan ditawarkan di Cawangan Melawati Mall KL sehingga 28 Februari 2018. Pada hari tersebut pihak CoolBlog telah membuat satu aktiviti bersama blogger jemputan iaitu "CoolBlog’s Exclusive Blogger Party". Sangat happy dan menjadi kenangan buat Cheq Sempoi kerana memenangi tempat kedua dalam aktiviti tersebut. Aktiviti mencipta perasa baru Ais Blended untuk CoolBlog. Ais Blended yang diberi nama "Durian ABC". Kalau nak rasa jemputlah ke CoolBlog Melawati Mall KL. 




Untuk makluman semua Cheq Sempoi berjaya mendapat tempat ke 2 pertandingan mencipta perasa air. Cheq Sempoi sendiripun sampai sekarang tidak percaya apa yang berlaku. Tapi menjadi kenangan indah bersama CoolBlog.



PENGENALAN MENGENAI COOLBLOG

Mengenai CoolBlog Jenama minuman pencuci mulut berasaskan kiosk antarabangsa, CoolBlog berinovasi untuk mencari yang terbaik perisa tempatan dan global menggunakan ciptaan ais dicampur dan di blended. Kami mula-mula bermula di Malaysia dan Singapura dengan memperkenalkan lebih daripada 25 perisa minuman dan pencuci mulut dengan lebih daripada 30 produk variants. CoolBlog telah menggariskan pelan pertumbuhan tiga tahun untuk meningkatkan bilangan cawangan di pasaran tempatan dan antarabangsa hingga 500 kedai. Misi CoolBlog adalah untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan dari semua lapisan masyarakat.


Untuk maklumat lanjut sila layari laman social media :

FB : http://www.facebook.com/coolblog.my/
Share
Tweet
Pin
Share
1 PEMBERI ULASAN
Older Posts

Senarai Blog Saya

  • Rina Zul
    Ketahui Siapa Bakal Pemandu Anda

Senarai Blog Saya

  • rinazul.com

MRS ROHANI (CHEQ SEMPOI)

kak Ani

Nama Rohani Md Tahir. Just panggil Cheq Sempoi. Asal Penang mari.. Menetap di KL. Mempunyai 3 cahaya mata. Blog dan Cheq tak dapat dipisahkan kini. Ikuti seterusnya di perkongsian blog Cheq. Untuk sebarang kerjasama boleh hubungi di : nurmusafiqani12@gmail.com


Search Here

Total Pageviews

ads

followers

Popular Posts

  • Sue Melati Beauty | Make up Artis Malaysia | Dengan Kecantikan Natural Kelembutan Semulajadi
    Kredit gambar : FB Sue Melati Beauty Assalamualaikum dan salam sejahtera... Baru-baru ini Cheq Sempoi berpeluang menghadiri dan bel...
  • BUTIK HAQQI | Berniaga Sambil Beribadah | Menyediakan Kelengkapan Haji Dan Umrah
    Asalamualaikum dan salam sejahtera semua... Robbanaa laa tuzighquluubanaa ba'da idz hadaitanaa wahablanaa min ladunka rohmah, inna...
  • BUFFET RAMADHAN PILIHAN SEISI KELUARGA (SANTAI & OPEN AIR)
    ISNIN, 12 JUN 2017 Assalamualaikum dan salam sayang pada semua follower Cheq Sempoi. Dalam tidak sedar puasa kita dah masuk hari yang...
  • Safi | Jenama Unggul | Produk Penjagaan Diri | Pilihan Seisi Keluarga Sejak Dulu Hingga Kini
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada satu majlis perasmian produk SAFI Shower. Cheq Sempoi telah berpeluang merasai wang...
  • [Sebab-Sebab Utama] Wajib Ada Insurans/ Takaful Sebagai Langkah Bijak Dalam Pengurusan Kewangan Dan Perlindungan Serta Satu-Satunya Harta Peninggalan Untuk Anak-Anak Kita
    15 sebab utama wajib mempunyai Insurans/ Takaful sebagai perlindungan. Orang yang bijak dalam pengurusan kewangan mesti mengambil s...
  • Bentodon | Makanan Halal Jepun | Secara Online Di Alam Maya Pilihan Masa Kini
    Pelbagai Menu Istimewa Bentodon Pilihan Cheq Sempoi Dan Rakan-Rakan Assalamualaikum dan salam sejahtera... Hai!! Cheq Sempo...
  • [VIRAL] Pok Ya Cong Codei Dilantik Sebagai Duta Umrah Congcodei Oleh Syarikat Richworld Travel & Tours
    Doakan Cheq Sempoi & Keluarga Dapat Jadi Tetamu Allah S.W.T Secepat Mungkin!! Aamin... Assalamualaikum dan salam sejahtera... B...
  • Bersama Media Menerokai MAEPS Agrotourism Park Serdang | Road To Agro Tourism Siri 3
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... Bersama Media Menerokai MAEPS - 01.02.2018 (Hari Kedua).  Aktiviti untuk program RTA3 bermula...
  • [Duta-Duta Jakel Buat Kecoh] 1000 Pasang Baju Melayu Percuma Buat Pelanggan Terawal & Lelongan Sehingga 85% Diskaun
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... Seminggu sudah kita berpuasa, orang yang paling sibuk..  sudah tentulah kaum ibu-ibu  dari...
  • DREAMWORLD INDOOR PLAYLAND STARLING YANG MENGGEMBIRAKAN KANAK-KANAK
    2 Jun 2017, Jumaat Bergembira di Dreamworld Indoor Playland , The Starling Mall adalah satu pengalaman manis bagi anak-anak cheq sem...

Blog Archieve

  • Januari (1)
  • September (1)
  • Ogos (2)
  • Mei (5)
  • Disember (4)
  • November (2)
  • Oktober (2)
  • September (1)
  • Ogos (4)
  • Julai (2)
  • Jun (5)
  • Mei (28)
  • April (7)
  • Mac (6)
  • Februari (8)
  • Januari (12)
  • Disember (11)
  • November (4)
  • Oktober (4)
  • September (6)
  • Ogos (7)
  • Julai (3)
  • Jun (9)
  • Mei (2)

blog list

Basic by ThemeXpose | Belongs To CHEQ SEMPOI