• Home
  • About
  • Contact
  • lifestyle
  • foods
  • filem
  • education
  • PARENTING
  • sitemap
  • PRIVACY

Cheq Sempoi




Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Wow!!! Lagi Shopee punya aura menyerang Cheq Sempoi dan anak-anak akan melancarkan Kempen Hari Gaji dari 26 hingga 28 Februari 2018. Satu inisiatif yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji. Pengguna Shopee boleh menikmati pelbagai tawaran hebat dan potongan harga sepanjang kempen ini, termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan. Memang mengugat keimanan Cheq Sempoi membeli belah dengan Shopee.

Mr. Ian Ho - Pengarah Urusan Shopee

“Tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 


AKTIVITI MEMBELI-BELAH SEMAKIN MENJADI PILIHAN DAN MENINGKAT DARI SEMASA KE SEMASA OLEH PELANGGAN

Pada masa yang sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Bagi menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular, diikuti oleh pembayaran menggunakan kad kredit dan debit dan seterusnya, pemindahan bank. 

Berikut merupakan kategori popular sepanjang tempoh penerimaan gaji


Shopee akan memulakan keraian sempena hari penerimaan gaji ini dengan jualan pra-kempen bermula dari 21 Februari yang membariskan tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi. Sepanjang 3 hari kemuncak kempen (26 hingga 28 Februari) ini, pengguna boleh menikmati tawaran hebat atas lebih 5,000 produk dari kategori terpilih termasuklah Mobil & Gajet; Kesihatan & Kecantikan; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Perabot & Perhiasan Rumah; Perkakas Rumah; Barang Runcit & Haiwan Peliharaan; Fesyen Wanita dan Fesyen Lelaki. 


Shopee turut bekerjasama dengan jenama seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, Jualan Murah Shocking Sale akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh kempen yang menawarkan pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah bagi tempoh terhad, hingga kehabisan stok. 


Sepanjang kempen ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: 

Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999. Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson. 

Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

Mengenai Shopee

Shopee adalah platform e-Dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh.

Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.

Shopee, sebuah Syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE. 

Untuk maklumat lanjut, layari: www.shopee.com.my
Share
Tweet
Pin
Share
3 PEMBERI ULASAN
Remy Ishak - Pelakon
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bertempat di Kawasan Rehat dan Rawat Seremban (Arah Selatan) pada 13 Februari 2018 yang lalu. Cheq Sempoi telah mengikuti satu program yang dinamakan Creating Awareness Sharing Nation's Prosperity yang merupakan usaha LHDNM (Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia) dalam mendekati pembayar cukai dan memberikan kesedaran mengenai kepentingan cukai pendapatan kepada pembangunan Negara kita.



PENGENALAN TENTANG CUKAI DAN SEBAB KENAPA PERLU MEMBAYAR CUKAI???

Sistem percukaian bukan satu perkara asing dalam sejarah dan peradaban manusia. Sejak zaman awal tamadun manusia lagi, cukai dibayar dalam bentuk barangan seperti gandum, beras, gula atau haiwan ternakan. Selepas itu barulah mata wang diperkenalkan.

Secara ringkasnya, cukai ialah kunci kepada pentadbiran Negara yang berkesan dan kita tidak akan dapat lari darinya. Namun, sebelum kita boleh menerima cukai dengan hati yang terbuka, seseorang itu perlu lah paham bagaimana dan kenapa cukai digunapakai oleh sesebuah Negara. Jika kita gagal memperoleh kutipan cukai dengan baik, Negara akan berhadapan masalah ekonomi yang serius, sekali gus tidak dapat menyediakan kemudahan serta perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Antara tanggungjawab Kerajaan yang memerlukan pendapatan dari cukai, ialah membina sekolah sebagai tempat untuk mendidik anak-anak bangsa kita. Cuba kita bayangkan dimanakah kita sekarang, jika Kerajaan mengabaikan tanggungjawab ini???.


Program Creating Awareness Sharing Nation's Prosperity Adalah Tema dan Salah Satu Usaha LHDN 'Turun Padang'

Salah satu langkah yang diambil oleh LHDN adalah dengan mengadakan program yang sebegini. Program ini berlangsung selama dua hari di dua lokasi iaitu R&R Seremban (arah Selatan) dan R&R Tapah (arah Utara) sempena perjalanan balik kampung meraikan Tahun Baru Cina pada 16 dan 17 Feb 2018.

Pihak LHDN mendekati pembayar cukai dengan lebih dekat dan pembayar cukai mengambil peluang mendapatkan maklumat serta khidmat nasihat mengenai cukai pendapatan dari kaunter perkhidmatan bergerak yang LHDN sediakan. Ini membuktikan pihak LHDN sebuah agensi Kerajaan yang prihatin dan 'caring organisation' terhadap masyarakat dengan cara 'turun padang'.


Artis turut memberi kerjasama serta sokongan dalam menjayakan program tersebut. Ini menunjukkan golongan artis juga turut sama-sama menyokong bahawa cukai adalah merupakan 'asset community' yang penting dalam memastikan kesejahteraan Negara. Artis turut berperanan mengedarkan goodies bag kepada pengunjung yang keluar masuk kawasan R&R. Antara artis yang terlibat adalah : 
๐Ÿ“Œ Dato' Fizz Fairuz (pelakon)
๐Ÿ“Œ Remy Ishak (pelakon)
๐Ÿ“Œ Elizabeth Tan (penyanyi)
๐Ÿ“Œ Ippo Hafiz (penyanyi & pelakon)


Sasaran pengunjung adalah tinggi kerana kebanyakannya menggunakan lebuhraya merupakan pembayar cukai dan bakal pembayar cukai akan didekati dan mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh LHDN.

BERSAMA-SAMA BERGANDING BAHU MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB ANDA DALAM KESEJAHTERAAN NEGARA TERCINTA

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Laman website : http://www.hasil.gov.my

FB: https: LHDN-MALAYSIA

IG : https://www.instagram.com/lhdnm/
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Baru-baru ini sempena menyambut Hari Perayaan Tahun Baru Cina. Persatuan Pelancongan Malaysia (MITA) dan Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) telah bekerjasama menganjurkan pertunjukan Lion Dance untuk pelancong dalam dan luar yang ingin mengucapkan serta meraikan Selamat Tahun Baru Cina dan Selamat Sejahtera!!!.




Sesi Pemberian Ang Paw
Tahun ini masyarakat Tiong Hua mengalu-galukan tahun Anjing. Ini adalah tahun keenam yang MITA menganjurkan pertunjukan Lion Dance. Seperti sambutan yang lalu telah diadakan di Tugu Negara MATIC dan Dataran Merdeka. Acara ini, mempamerkan Lion Dance memberikan oren dan "Ang Pow" kepada pengunjung yang datang. 



"MITA berharap acara ini secara tidak langsung akan memuji usaha Tourism Malaysia, yang menyasar 3 juta pelawat dari China untuk melawat Malaysia tahun ini." Kata En.Uzaidi udanis Presiden MITA dan Majlis Pelancongan Malaysia (MTC).

Sempena Tahun Baru Cina ini, ahli-ahli MITA yang mengusahakan Restoran dan Souvenir Outlet menjangkakan kenaikan 20-30 ketibaan pelancong China berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas. Lebih daripada 250,000 pelancong China mensasarkan akan melawat Malaysia untuk tahun ini berbanding 193,000 pelancong China pada tahun lepas. Semua ahli MITA kami bersedia untuk melayani ketibaan pelancong yang besar terutama dari tanah besar China. 





MITA ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) khususnya kepada Menteri YB Dato Seri Nazri Aziz dan Ketua Setiausaha MOTAC. Datuk Rashidi Hasbullah kerana memberi sokongan kepada MITA terutamanya menyediakan lesen Pemandu Bercakap Bahasa Mandarin sementara untuk menampung lonjakan ketibaan pelancong China semasa bercuti di Malaysia. 




MITA adalah agresif dalam memasarkan produk pelancongan Malaysia di China. Kami telah menganjurkan beberapa Road Show di China untuk memperkenalkan produk pelancongan baru seperti Durian Tour and Agrotourism. Roadshow seterusnya pada 31 Mac di mana kami akan membawa lebih daripada 100 ahli ke sesi Xian. 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Sekretariat MITA kami di 03 4251 0351 atau Sekretariat MTC di 03 9226 2000 

Mengenai MITA 

Ditubuhkan pada tahun 2004, Persatuan Pelancongan Malaysia (MITA) adalah usaha bersama para pemain industri yang berpengalaman dengan pengetahuan pelancongan dan perhotelan dengan perwakilan dari kebanyakan negeri di Malaysia. 

Dengan objektif mempromosikan orang Melayu sebagai INBOUND DESTINATION of excellence, MITA menetapkan penanda aras dalam memastikan pemain industri mematuhi standard integriti yang tinggi, menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dan mengekalkan kelakuan etika sejajar dengan peningkatan ketinggian baru dalam kecemerlangan profesional.
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Menginap di Tamu Hotel & Suites - 01.02.2018 (Hari Pertama) adalah tempat bermulanya Road To Agrotourism Siri 3 bersama media pada hari kedua dalam rangka mempromosikan Agrotourism sebagai salah satu industri yang menarik dan popular di Malaysia. Aktiviti ini merupakan inisiatif yang telah diambil oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dalam memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi Agrotourism.


KONGSI PENGALAMAN MENGINAP DI HOTEL MEWAH MENGIKUT CITARASA ANTARABANGSA

Pengalaman Cheq Sempoi menginap di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur adalah perkara yang paling Cheq Sempoi gembira. Pengalaman menginap di hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di 120, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu Kuala Lumpur menawarkan kemudahan penginapan hotel 4 bintang mewah mengikut citarasa antarabangsa.

Selain bilik yang selesa, Tamu Hotel & Suites juga menawarkan pelbagai kemudahan untuk tetamu yang menginap disini. Harga yang dikenakan pula sangat berpatutan. Yang paling menarik adalah penggunaan dinding kaca di beberapa sudut bangunan dimana tetamu dapat melihat suasana bandar Kuala Lumpur dengan sepuas puasnya. KL Tower dan Menara berkembar Petronas Kuala Lumpur boleh dilihat dengan jelas sekali. Maklumlah hotel yang terletak betul-betul di tengah-tengah bandar Kota Raya Kuala Lumpur megah berdiri mencakar langit.





Cheq Sempoi diberi bilik standard dengan keluasan 35 meter persegi (376 kaki persegi). Pada pandangan Cheq Sempoi, biliknya sangat luas dan harga yang ditawarkan untuk bilik ini adalah RM250nett termasuk sarapan pagi. Satu harga yang sangat berbaloi buat para pelancong dalam atau luar negara menginap. Selain bilik standard, bilik lain seperti :
๐Ÿ“ Deluxe (RM280nett) 
๐Ÿ“ Junior Suite (RM380nett) 
๐Ÿ“ Executive Suite (RM480nett)








Antara kemudahan dalam bilik yang disediakan pula ialah : 
๐Ÿ“ Arah Kiblat (Muslim)
๐Ÿ“ Tuala 
๐Ÿ“ penyangkut baju
๐Ÿ“ pengering rambut 
๐Ÿ“ iron & iron board 
๐Ÿ“ TV
๐Ÿ“ Penghawa dingin (aircond)







Kolam renang yang ditempatkan di tingkat 14 menyaksikan suasana yang sangat memukau hati dan pandangan kerana suasananya begitu indah dengan pemandangan menara bangunan yang indah-indah mengelilingi kolam. Sangat luas untuk tetamu hotel ini bermandi manda sambil menikmati suasana bandar KL yang sangat cantik. Disini juga terletaknya Pool Terrace yang berkonsepkan "Open aired". 





Chef Suasana Cafe
MENIKMATI HIDANGAN MAKAN MALAM DI SUASANA@27 SANGAT MEMUKAU PANDANGAN

Menikmati hidangan lazat dan menyelerakan di Suasana tingkat 27 Tamu Hotel sangat memukau pandangan bandar Kuala Lumpur di waktu malam, dengan alunan lampu-lampu berwarna warni. Makanan yang dihidangkan di Suasana@27 sangat menyelerakan kerana merneka menyediakan masakan tempatan. Memang kena dengan selera Cheq Sempoi tekak... melayukan?. Pelbagai jenis lauk pauk, kuih muih melayu dan buah-buahan disediakan untuk para tetamu. Pemandangan bandar Kuala Lumpur boleh dilihat pada setiap sudut hotel yang cantik dan indah. Suasana@27 bukanlah satu-satunya cafe yang ada di hotel ini. Terdapat empat lagi F&B outlet yang disediakan untuk tetamu menjamu selera iaitu : 
๐Ÿ“ Tamu Junction P|L|A|C|E
๐Ÿ“ Serambi Lounge
๐Ÿ“ Pool Terrace 
๐Ÿ“ Tamu Sky Lounge. 



Antara kemudahan lain yang pihak hotel sediakan adalah gymnasium untuk digunakan oleh para tetamu mereka dan Ballroom yang boleh ditempah bagi majlis perkahwinan dan sebagainya.











KEISTIMEWAAN TAMU HOTEL & SUITES KUALA LUMPUR

Lokasinya yang sangat strategik sangat memudahkan pelancong luar dan dalam menggunakan kemudahan pengangkutan awam. Hotel ini boleh diakses dengan menggunakan LRT. Dari Stesen LRT kampong Bharu, hanya perlu berjalan lebih kurang 10 minit sahaja untuk sampai ke hotel. Berdekatan dengan LRT Kampong Bharu, terdapat banyak gerai-gerai dan kedai makan yang sedap dan sentiasa dipenuhi pelanggan. Tamu Hotel & Suites juga berada berhampiran dengan pelbagai tempat-tempat menarik pilihan pelancong di Kuala Lumpur contohnya : 
๐Ÿ“ KLCC
๐Ÿ“ KL Tower 
๐Ÿ“ Jalan TAR 
๐Ÿ“ Bukit Bintang


Tempat tempat ini boleh dikunjungi dengan menaiki LRT. Jadi, tunggu apa lagi! jom menginap di Tamu Hotel & Suites sekarang

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
laman sesawang di 
www.tamuhotel.com

Flag-Off Road To Agro Tourism Siri 3 bermula dari perkarangan Tamu Hotel & Suites pada hari kedua seawal 8 pagi. Rombongan Road To Agrotourism Siri 3  dimulakan dengan pelepasan para peserta memulakan penjelajahan destinasi pelancongan agro di sekitar Kuala Lumpur - Putrajaya dengan menaiki Bas Hop-On Hop-Off. Rombongan Sepanjang perjalanan kami diringi oleh kumpulan abang-abang bermotosikal kuasa besar iaitu Marshall Bikers dan dua buah Cam Caravan.




Acara flag off telah dilakukan oleh En Uzaidi Udanis, Presiden Majlis Pelancongan Malaysia bersama Dato Mohamad Khay Bin Ibrahim, Group Managing director Zikay Group. Destinasi pertama rombongan ini adalah MAEPS.  KLIK DISINI..
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Newer Posts
Older Posts

Senarai Blog Saya

  • Rina Zul
    Ketahui Siapa Bakal Pemandu Anda

Senarai Blog Saya

  • rinazul.com

MRS ROHANI (CHEQ SEMPOI)

kak Ani

Nama Rohani Md Tahir. Just panggil Cheq Sempoi. Asal Penang mari.. Menetap di KL. Mempunyai 3 cahaya mata. Blog dan Cheq tak dapat dipisahkan kini. Ikuti seterusnya di perkongsian blog Cheq. Untuk sebarang kerjasama boleh hubungi di : nurmusafiqani12@gmail.com


Search Here

Total Pageviews

ads

followers

Popular Posts

  • Tanpa Redha Suami, Balasan Isteri Ke Neraka. Suami Bongkar Kecurangan Isteri
    Aku seorang suami kepada seorang isteri janda anak satu. Ketika aku menulis air mata ini bercucuran mengenangkan apa yang  telah terjadi.  ...
  • PWTC | SENARAI RUMAH ANAK-ANAK YATIM 2018
    Kredit gambar Google [ PWTC ] SENARAI RUMAH ANAK-ANAK YATIM 2018 PERINGKAT PERTAMA ( 10 MEI 2018 ) PERTUBUHAN NUR KAS...
  • LIMPAHAN CHOCOLATE | DI MUSEUM CHOCOLATE KOTA DAMANSARA | DESTINASI MENARIK TAHUN 2018
    Assalamualaikum dan salam sayang semua... bersama Tim Propa Rangers kali ini sangat menggembirakan Cheq Sempoi dan anak-anak....
  • RESORT WORLD KIJAL TERENGGANU | MENJANJIKAN KETENANGAN KEDAMAIAN DAN KEPUASAN PARA PENGUNJUNG | TEMPAT PENYU BERTELUR
    Assalamualaikum dan salam sayang buat semua... Cheq sempoi sini!!! sudah lama Cheq Sempoi tak bersiaran. Sejak kebelakangan ni kesi...
  • JUARA | POWER ANTABAX GRAFFITI DAN PERMAINAN WARISAN 'BANGKU SEKOLAH'
    JUARA Asalamualaikum dan salam sayang pada semua... Baru-baru ini Cheq Sempoi serta anak-anak mendapat jemputan dari Antabax Power Ma...
  • D AURA CAFE, RESTORAN 5 BINTANG BERKONSEPKAN "ROMANTIC" PILIHAN SETIAP PASANGAN
    Gambar Ihsan FB D Aura Cafe Cheq Sempoi Dihadapan D Aura Cafe  Assalamualaikum dan salam sayang buat semua, Bertarikh 5 O...
  • Safi | Jenama Unggul | Produk Penjagaan Diri | Pilihan Seisi Keluarga Sejak Dulu Hingga Kini
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada satu majlis perasmian produk SAFI Shower. Cheq Sempoi telah berpeluang merasai wang...
  • LANGKAHKU, LANGKAHMU, HYPERSHOE PILIHAN KAMI
    Asalamualaikum dan salam sayang buat semua, Apa khabar semua? Jom rapat-rapat dengan Cheq Sempoi nak bisik sikit pasal jualan k...
  • DATUMCORP LANCAR KEMPEN #DATUMHOMESFORALL" PEMAJU PERTAMA MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SOCIAL KORPORAT
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... ๐Ÿ“ท Media Selangor Baru-baru ini | 6 Oktober 2018 Cheq Sempoi berpeluang menghadiri satu ma...
  • [Tasneem Naturel Balm] Mujarab, Berkesan & Ajaib Bila Disapu
    Nice Packaging Asalamualaikum dan salam sayang pada semua... Lama sudah Cheq Sempoi mencari, akhirnya Cheq Sempoi bertemu dengan ...

Blog Archieve

  • Januari (1)
  • September (1)
  • Ogos (2)
  • Mei (5)
  • Disember (4)
  • November (2)
  • Oktober (2)
  • September (1)
  • Ogos (4)
  • Julai (2)
  • Jun (5)
  • Mei (28)
  • April (7)
  • Mac (6)
  • Februari (8)
  • Januari (12)
  • Disember (11)
  • November (4)
  • Oktober (4)
  • September (6)
  • Ogos (7)
  • Julai (3)
  • Jun (9)
  • Mei (2)

blog list

Basic by ThemeXpose | Belongs To CHEQ SEMPOI