[PEKA] Pelancaran 'Save Our Rainforest Race 2018'

by - Rabu, Februari 14, 2018


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Baru-baru ini Cheq Sempoi berpeluang menghadiri satu majlis yang sangat terkesan di hati Cheq Sempoi, iaitu majlis pelancaran 'save our rainforest race 2018' atau SORR 2018. Cheq Sempoi berpeluang menghadiri satu majlis sosial yang sangat sihat.

Penaja Utama UMW Toyota

Penaja Concorde Hotel
Sesi Q & A
SIDANG MEDIA DAN PELANCARAN 'SAVE OUR RAINFOREST RACE 2018'.

Ucapan perasmian dimulakan dengan bacaan doa seterusnya oleh Presiden PEKA Malaysia, Puan Sri Shariffa Sabrina menjadi tulang belakang utama yang menjayakan majlis tersebut sejak tahun 2013, adalah PEKA Malaysia (Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia), yang menjalankan khidmat sosial telah melancarkan secara rasmi Save Our Rainforest 2018 atau SORR 2018, iaitu edisi SORR kali ke 6 bertempat di Concorde Hotel Kuala Lumpur. Turut diadakan upacara penyerahan replika cek tajaan dari UMW Toyota dan Concorde Hotel.
Persembahan Istimewa Pentomin yang membawa tajuk "Cut Your Greed, Not The Green"

Oleh Pelajar-Pelajar dari Sekolah Cempaka

Majlis ini turut diserikan dengan persembahan istimewa pentomin yang membawa tajuk "Cut Your Greed, Not The Green" juga Motto SORR 2018. Persembahan oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Cempaka merupakan kemuncak gimik pelancaran. Tetamu juga dihiburkan dengan persembahan khas "Khazanah Alam" iaitu lagu tema PEKA yang disampaikan oleh Bob Yusof (Bob AF).   

Tajuk Lagu : Khazanah Alam
Penyanyi : Bob Yusof (Bob AF)
Komposer : Bob Yusof & Saidful Hamdan El Huszien
Lirik : Bob Yusof & Norzahan Bahani
Penyanyi Latar : Bob Yusof, Nurul Shida Ee & Shieyla Ideris


NEGERI SELANGOR DIPILIH SEBAGAI TUAN RUMAH SORR 2018

Acara yang diadakan setiap tahun sangat menggalakkan dan tahun ini SORR 2018 dijangka akan mengumpul lebih 2000 orang peserta pelbagai peringkat dari seluruh negara dan menyasarkan penanaman sebanyak 1000 batang pokok hutan pelbagai jenis. SORR 2018 memilih Hutan Simpan Gading, Hulu Selangor, SELANGOR. Acara dijangka akan berlangsung pada 24 Mac 2018 akan datang. Untuk makluman semua, SORR telah diadakan dibeberapa negeri iaitu :


1) Tahun 2013 - Hutan Chamang Lipur, Bentong, PAHANG.
2) Tahun 2014 - Hutan Simpan Sungai Besi, KUALA LUMPUR.
3) Tahun 2015 - Hutan Lipur Kuala Woh, PERAK.
4) Tahun 2016 - Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickson, NEGERI SEMBILAN.
5) Tahun 2017 - Taman Negara Pulau Pinang, Teluk Bahang, PULAU PINANG.


Menurut Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil, Presiden PEKA Malaysia, "SORR 2018 kali ini akan melibatkan laluan sejauh 15 km bermula dan berakhir di Kem Pelangi Hill Resort dengan beberapa 'check point' yang akan terdapat pelbagai aktiviti menguji minda peserta dan pastinya memberi pendedahan kepada peserta-peserta terhadap kepentingan hutan hujan tropika di negara ini".

Di dalam ucapan beliau juga, Puan Sri menegaskan bahawa, "betapa pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan hutan bagi mengeimbangkan eko sistem dan iklim disamping menjadi kawasan tadahan air untuk kepentingan rakyat dan negara".

WAKIL-WAKIL DARI PARA PENAJA DAN TETAMU YANG HADIR MEMERIAHKAN MAJLIS PELANCARAN SORR 2018

> UMW Toyota sebagai penaja utama.
> Concorde Hotel Shah Alam.
> Tanah Aina Sdn. Bhd.
> Women's Sports & Fitness Foundation Malaysia.
> Pembinaan C W Yap Sdn. Bhd.
> Pengarah Perhutanan Taman Eko & Hutan Taman Negeri.
> Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia & Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.
> Pengasas & Mentor Sekolah Cempaka Dato' Freida Mohd Pilus.
> Penampilan istimewa Penyanyi Bob Yusof (Bob AF).

OBJEKTIF DAN VISI UTAMA SORR 2018

SORR 2018 kali ini seperti pada edisi-edisi yang lepas, objektif dan visi utama SORR adalah untuk mendedahkan dan memberi ilmu kepada peserta berkenaan penjagaan dan pemuliharaan hutan di negara ini. SORR 2018 bukan sahaja melibatkan laluan kawasan hutan sahaja tetapi turut melibatkan laluan di kawasan rekreasi Kolam Air Panas Kerling, Hulu Selangor.

Puan Sri Presiden PEKA mengharapkan,SARR 2018 menjadi platform kepada masyarakat khususnya golongan muda agar lebih menjiwai dan mempunyai kesedaran mendalam mengenai kepentingan pemeliharaan hutan-hutan tropika di negara ini.

Seperti edisi SORR yang lepas, setiap pasukan yang ingin menyertai SORR 2018 akan terdiri dari 2 orang peserta dengan bayaran sebanyak RM80.00/ seorang atau RM160.00/ pasukan. 
Selamatkan Hutan Kita

Jomm!!! ramai-ramai kita sertai Save Our Rainforest Race (SORR) 2018, di Hutan Simpan Gading, Kerling, Hulu Selangor pada 24 Mac ini. Boleh mendaftar mulai sekarang melalui : 



You May Also Like

0 PEMBERI ULASAN