[Shopee] Carian Talian Paling Popular Sempena Tahun Baru Cina
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Tahun Baru Cina adalah hari istimewa yang ditunggu-tunggu oleh Masyarakat Tiong Hua. Selain angpau dan limau mandarin amat sinonim dengan sambutan Tahun Baru Cina. Masyarakat Tiong Hua juga akan mengenakan pakaian baru pada hari berkenaan sebagai permulaan tahun baru.
Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baru Cina
Apa yang menarik bila sambutan Raya Cina ni ada makan besar, tarian singa dan yang pasti kunjung mengunjungi dan sebagai rakyat Malaysia memang ni la amalan kita mengunjungi sahabat atau mungkin saudara berbangsa Cina ni. Macam biasa bila tiba hari perayaan ramai memilih bershopping online Shopee.
Sebab apa? Sebab shopee adalah online kemudahan dihujung jari kita. Ini fakta bukan auta tau?.
Sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang ini dan trend e-Dagang yang semakin popular di Malaysia, Shopee; platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini.
Kempen Wang Bersama Shopee fortune Ang Poa Shopee dengan hadiah lebih 1 juta dilancarkan sejak 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta, dah semakin ramai orang Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee....lebih-lebih lagi dengan persiapan sempena Tahun Baharu Cina.
“Aktiviti membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan, dan Tahun Baharu Cina tidak ketinggalan. Tahun ini, kami menyedari lonjakan dalam bilangan carian dalam talian di Shopee apabila kita menghampiri Tahun Baharu Cina, yang menunjukkan peningkatan trend pengguna yang memilih untuk membeli-belah secara dalam talian bagi musim perayaan. Ini petanda baik yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-Dagang di Malaysia. Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan Komisyen Sifar (0), rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan,”
Pakaian Wanita, Mobile & Gajet, Permainan, Kanak-kanak & Bayi, Kasut Wanita dan Beg Wanita dan ini la carian paling popular sempena Tahun Baru Cina bagi tahun 2018 ni tau. Betul kan?
Potongan harga dan promosi hebat untuk pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee pun dilanjutkan sehingga 25 Februari dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia. Jadi kita boleh penuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini. Jangan lupa, teruskan bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888.
Seterusnya, Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo.
Sila layari :
Laman Web : www.shopee.com.my
Facebook : shopeeMY
Instagram : shopee_MY
Buat yang belum muat turun aplikasi PERCUMA Shopee tu buat la sekarang menerusi App Store atau Google Play
Mengenai Shopee
Shopee adalah platform e-Dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh.
Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.
Shopee, sebuah Syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE.
Untuk maklumat lanjut, layari: www.shopee.com.my
0 PEMBERI ULASAN