Harriston Signature Chocolate | Satu Destinasi Wajib | Pelancong Tempatan & Luar Negara | Mencerminkan Identiti Malaysia

by - Khamis, Mac 08, 2018


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Baru-baru ini Cheq Sempoi dan anak-anak diberi peluang oleh seorang rakan yang baik hati. Kredit buat www.foodilifecious.com. Melawat Harriston Signature Chocolate outlet adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan oleh Cheq Sempoi dan semua orang juga. Satu perkara yang pasti adalah bahawa coklat akan sentiasa meletakkan senyuman ceria di muka anak-anak kita dan menggembirakan hari-hari mereka.



Anak-anak Cheq Sempoi yang teruja dengan lambakan coklat!!
Buat peminat coklat, Harriston adalah coklat buatan Malaysia dengan ertikata lain, coklat di Harriston dibuat dengan buah koko yang ditanam di Malaysia. Coklatnya yang sedap boleh dibeli terus disini, kita juga boleh membuat pelbagai aktiviti seperti membuat dan merasai pengalaman membuat coklat dengan sendiri. Menarik!!!! Bukan!!.


12 jenis coklat yang dihasilkan dengan tangan


PENGENALAN DAN TENTANG COKLAT

Setiap kali bila kita bicara soal coklat pasti Cheq Sempoi dan mungkin ramai lagi yang menganggap coklat itu adalah makanan yang menggemukkan badan. Cheq Sempoi ni tak makan coklatpun badan sedia naik... inikan makan coklat. Tapi rupanya apa yang Cheq Sempoi pikir tu lapuk daaa!! kalau tidak sebab dapat jemputan ke Harriston Signature ni Cheq Sempoi sampai kesudah masih berfikiran karut marut.

Ramai yang tidak tahu coklat mengandungi kebaikkan dan khasiat yang baik untuk tubuh dan jantung kita. Jom tengok hasil carian yang Cheq Sempoi dapat pasal coklat secara ringkas :
๐Ÿ“Kurangkan kadar strok - mengurangkan 20% risiko strok.
๐Ÿ“Tingkatkan kadar kesihatan jantung - membantu merendahkan tekanan darah dan kadar kolestrol.
๐Ÿ“Melawan diabetis - meningkatkan sensitiviti insulin.
๐Ÿ“Melindungi kulit - mengandungi aktioksidan.
๐Ÿ“Elakkan dari batuk - mengandungi 'Theobromine' yang membantu mengurangkan aktiviti saraf vagus.
๐Ÿ“Hilangkan stres
๐Ÿ“Tingkatkan Aliran Darah - anti pembekuan darah.
๐Ÿ“Tingkatkan Kadar Penglihatan - meningkatkan darah ke vetina.
๐Ÿ“Bantu jadi bijak - meningkatkan aliran darah.
๐Ÿ“Mengenyangkan perut - kaya dengan fiber.

Menurut kajian satu sudu coklat asli mengandungi hanya 12 kalori, berbanding satu sudu gula iaitu 30 kalori. Coklat juga mengandungi kaffeine. Tapi tak perlu risau, satu bar coklat hanya bersamaan dengan satu cawan kopi.


Coklat perasa durian ni paling anak-anak Cheq Sempoi suka!!!
Harriston Signature Chocolate Adalah Salah Satu Identiti Malaysia Pilihan Pelancong Tempatan dan Luar Negara

Harriston Signature Chocolate merupakan Identiti Malaysia masa kini. Pengasasnya, S.C Teng pada tahun 2005, yang mencintai coklat sejak dia masih muda dan kini membayangkan sebuah emporium coklat terkenal serata dunia. Harriston kini mempunyai 5 kedai utama di lokasi strategik di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Pahang yang melayani lebih daripada 4 juta pelanggan dari lebih 80 buah negara di seluruh dunia. Harriston telah menghasilkan lebih daripada 150 varian coklat yang berbeza termasuk, Kelapa, Tongkat Ali dan Durian chocolate yang menggunakan 100% mentega koko tulen.



Harriston Signature Chocolate telah meberima beberapa Anugerah yang membanggakan kita. Coklat gelap mempunyai lebih banyak koko, kurang gula supaya dianggap lebih sihat daripada susu dan coklat putih dark coklat mengandungi banyak antioksidan yang membantu sistem kardiovaskular dengan mengurangkan tekanan darah, kata boleh mengurangkan risiko penyakit jantung Makan coklat gelap menjadikan pemakan lebih bijak. 



Untuk makluman anda, tidak perlu risau jika anda datang dengan kumpulan yang lebih besar, kerana outlet di sini cukup besar untuk mengalu-alukan anda dengan kakitangan yang ramah di sana untuk membantu semua orang dengan senyuman yang manis macam coklat.  Tidak hairan lah sepanjang Cheq Sempoi di situ. Pelancong-pelancong tidak putus-putus datang dengan bas-bas persiaran membeli coklat untuk dibawa ke negara masing-masing. Satu perkara yang pasti, ialah anda akan menjadi gila seperti anak kecil dengan semua coklat lazat yang dipaparkan di sini.

Pelbagai jenis coklat

Hanya disini sahaja kami berpeluang untuk mencuba coklat kelapa, coklat durian, coklat kari dan coklat cili ramuan yang digabungkan dengan baik dan rasa yang sangat sedap serta lazat. Semua golongan sesuai untuk makan.


Coklat perasa Cili & Kari

Di Harriston Chocolate, mereka memberikan keindahan memori membeli-belah. Dengan diskaun harga 25% bagi penggunjung tempatan. Selain itu pengalaman membeli-belah sahaja tidak cukup buat pelanggan, dengan itu mereka menyediakan aktiviti bagaimana anda boleh belajar cara membuat sendiri coklat dari A hingga Z. Aktiviti yang dimaksudkan adalah DIY CHOCOLATE WOKSYOP klik DISINI.. untuk lihat video.

sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak berumur 3 tahun dengan pembimbing dan ke atas, serta dibimbing oleh kakitangan yang ramah dan mesra.


Package Diy Chocolate Woksyops


Kad ibu & anak yang comel


Kredit gambar dari Racheal

Jom bawa seisi keluarga anda merasai sendiri keenakan dan pengalaman indah membuat coklat sendiri Harriston Signature dengan citarasa Malaysia!.

Untuk maklumat lanjut, sila layari : 
Laman web : www.harriston.org

Alamat HQ & Cawangan :

HARRISTON SIGNATURE (KL)
10 & 12, Jalan 13/91 
Taman Shamelin Perkasa 
Jalan Cheras
56100 Kuala Lumpur
Tel: + 603-9281 5122/603 9282 5122

HARRISTON SIGNATURE (PENANG)
68, Jalan Kelawei
10250 Georgetown 
Pulau Pinang
Tel: +604 226 1626 / +604 226 2306

20-D, Jalan Bagan Jermal
10250 Pulau Pinang


Tel: +604 226 7010

HARRISTON SIGNATURE (GENTING)
1 & 2, Jalan JAti 1, Bandar Gohtong Jaya 69000 Genting Highland


Tel: +603 6100 2010

BOUTIQUE

Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC)
139, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Tel: +603 2162 2008 / +603 2162 4008

WAKTU OPERASI :

0900 - 1800 setiap hari
0900 - 2000 setiap hari 
(Harriton Boutique, Jalan Ampang)

You May Also Like

2 PEMBERI ULASAN