[Laman Kayangan] Menu Pembuka Selera Buffet Ramadan Yang Memikat Jiwa

by - Ahad, April 22, 2018



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bulan Ramadan adalah  bulan keberkatan yang sering dinanti-nantikan oleh umat Islam. Bulan Ramadhan hampir tiba, tentunya Cheq Sempoi dan seluruh umat Islam sudah bersiap sedia untuk melaksanakan sebulan berpuasa. Macam mana semua? dah refresh  balik niat puasa dan doa berbuka puasa?. Melaksanakan puasa adalah tugas dan kewajiban kita sepagai umat Islam hanya sebulan, setahun sekali.





Tentu ada yang tengah mencari-cari tempat berbuka puasa yang senang dituju dan jauh dari kesibukan, bukan?. Cheq Sempoi ada satu tempat yang boleh menceriakan anda seisi keluarga berbuka dengan aman damai dan santai-santai. Seperti tahun-tahun sebelumnya Laman Kayangan lah tempat yang paling menjadi pilihan warga kota. Baru-baru ini Laman Kayangan  telah mengadakan majlis prebiu bufet Ramadan khas untuk rakan-rakan media dan para pelanggan.  

Majlis prebiu buffet Ramadan yang diadakan pada 6 April 2018 (19 Rejab 1439H) bertempat di  Laman Kayangan, Shah Alam bertujuan untuk mempromosikan juadah istimewa dan lazat yang akan dihidangkan pada bufet Ramadan pada tahun ini. 















Terdapat lebih kurang 88 menu yang akan disediakan di buffet Ramadan di Laman Kayangan sepanjang Ramadan ini.  Sup Tulang Merah dan Nasi Arab Kambing Golek merupakan antara ‘signature dish’  yang bakal  menjadi tarikan utama pengunjung  yang datang berbuka puasaa di Laman Kayangan nanti. 



O




Antara menu lain yang dihidangkan adalah Kacang Pool Larkin, Nasi Kabuli, Daging Damia, Ayam Kalio, Mee Kari Nyonya, BBQ Station dan banyak lagi yang pastinya akan membuat pengunjung rambang mata.


Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan, Tuan Haji Azhar bin Haji Baharin dan turut dimeriahkan dengan kehadiran instafamous tanahair iaitu FaizDickie & Naddyepul. 






Tetamu yang hadir pada majlis ini dianggarkan seramai 400 orang dan mereka turut dihiburkan dengan alunan muzik ghazal yang merdu dan segar. Lokasi yang menarik dan selesa sudah pastinya menjadi pilihan ramai dengan harga yang berpatutan. Para pelanggan tidak perlu beratur panjang kerana makanan yang disediakan memang mencukupi.


Terdapat juga kemudahan-kemudahan lain yang telah disediakan seperti:
  • Parking secara percuma
  • Surau
  • Lokasi yang cantik dan berhawa dingin
  • Persembahan ghazal


Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi :

Pn Hasmal  
019 2503090 / 012 2533973
En Azahari
019 2331351

Harga Bufet Ramadan 2018

Early Bird 
(pembelian awal sehingga 16 Mei 2018)
RM50 Dewasa
RM35 Kanak-kanak dan warga emas

Harga Normal
RM65 Dewasa
RM35 Kanak-kanak / warga emas

Pakej Korporat (rujuk flyers yang diberikan)
Beli 50 meja 
PERCUMA
*500 cenderahati istimewa
*5 Hamper
*PA System & Projector

Beli 10 meja 
PERCUMA
*1 meja
*100 cenderahati istimewa

Atau layari :
Laman Web : Laman Kayangan

#bufetramadan 
#Ramadanbuffet 
#bufetramadanshahalam 
#lamankayangan

You May Also Like

0 PEMBERI ULASAN