PROGRAM FIT HASIL 2018 | ANJURAN LHDN MALAYSIA

by - Selasa, Mei 01, 2018


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

LHDN dalam menyahut seruan Kerajaan membudayakan amalan hidup sihat dan cergas telah menganjurkan Program Fit Hasil 2018 yang bertempat di Akademi Percukaian Malaysia, Bangi, Selangor baru-baru ini.

Sesi Ucapan dan Perasmian Majlis dan Sesi Soal Jawab oleh YBhg. Dato' Sri Sabin Samitah (Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM) bersama Media
Program ini telah dianjurkan kali pertama pada tahun 2016 dan kali ini merupakan tahun ketiga penganjuran. Bagi sempena sambutan hari hasil ke 22 yang akan disambut pada 1 Mac 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Sabin Samitah berkata, program itu turut menjadi medan mendekatkan LHDN dengan masyarakat dan meningkatkan kesedaran cukai dalam kalangan rakyat. 

"Ia juga sebagai inisiatif pengurusan tekanan (stress) yang berkesan ke arah melahirkan kakitangan serta masyarakat yang sihat dari segi fizikal dan mental,” katanya pada program berkenaan.

Dalam pada itu, Sabin berkata, pada tahun ini LHDN membuka kaunter informasi HASiL4U sebagai manfaat tambahan kepada pengunjung mendapatkan maklumat mengenai percukaian.

Aktiviti senamrobik, bola jalanan, zumba dan sukaneka
Selain itu, katanya, LHDN turut bekerjasama dengan selebriti tempatan untuk memeriahkan lagi program serta sebagai ikon yang akan mempromosikan kepentingan cukai pendapatan kepada pembangunan negara.

“Dianggarkan seramai hampir 4,000 pengunjung hadir dan bersama-sama memeriahkan program ini".

“Harapan LHDN agar program sebegini akan diteruskan dan penyertaan masyarakat sekitar dipertingkatkan ke arah kehidupan yang lebih sihat serta merakyatkan LHDN,” katanya. 

Pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada pengunjung seperti acara senam robik, bola sepak jalanan, zumba, bola jaring, sukaneka, memanah, berkuda, food truck dan mewarna. Aktiviti yang telah dirancang bagi memastikan ianya menepati dengan Fit Hasil itu sendiri. Semua aktiviti dan program di sini adalah lebih menjurus kepada amalan hidup sihat seperti yang diaspirasikan oleh kerajaan menerusi Kementerian Belia Dan Sukan. Program Fit Hasil ini turut mendukung hasrat memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan sillarturrahim di kalangan kekeluargaan dan masyarakat setempat.

Kemudahan milo percuma, Akar Wataniah sebagai ikon yang turut bekerjasama dan food truck

Aktiviti Berkuda

Aktiviti Memanah

Aktiviti Mewarna
Selain itu, pengunjung turut berpeluang mendapatkan maklumat mengenai urusan LHDM melalui kaunter informasi yang disediakan. Peranan dan fungsi utama LHDNM adalah untuk mentadbir cukai langsung negara dengan efektif dan efisien dengan natijah utama untuk mengutip hasil yang mencukupi bagi pembangunan negara.


Fit Hasil LHDNM turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa selebriti terkenal tanah air seperti Bell Ngasri, Ippo Hafiz, Ernie Zakri dan Joey.

BERSAMA-SAMA BERGANDING BAHU MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB ANDA DALAM KESEJAHTERAAN NEGARA TERCINTA


Info Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) :

Ibu Pejabat LHDN Malaysia, Menara Hasil, 
Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 
63000 Cyberjaya.

Hubungi : 1-800-88-5436

Laman web : www.hasil.gov.my



You May Also Like

0 PEMBERI ULASAN