[LHDNM] KALI KE-5 LANCARKAN PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) DI SMK COCHRANE PERKASA

by - Selasa, Mei 01, 2018


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cochrane Perkasa. Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah melancarkan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Bil /2018 dan bersedia menyokong Kerajaan dalam menjayakan Program untuk kesejahteraan rakyat. Program adalah bertujuan meningkatkan imej dan reputasi LHDNM, ia juga memberi manfaat pada kesejahteraan serta kepentingan mesyarakat dan organisasi. Pelaksanaan Program CSR juga diperluaskan keperingkat negeri dan Cawangan LHDNM seluruh negara untuk memberi manfaat kepada pemduduk tempatan.

Program dimulakan dengan persembahan tarian "Selamat Datang" oleh pelajar-pelajar SMK Cochrane Perkasa

Antara persembahan lain
Program ini merupakan kesinambungan kepada program-program CSR yang telah memasuki fasa ke-5 pada tahun ini dengan bertemakan "Creating Awareness, Sharing Nation's Prosperity" sebagai tunjang dan matlamat utama program CSR LHDNM 2018. Di antara aktiviti-aktiviti yang dianjurkan bersempena dengan program ini adalah : 
  • Warga LHDNM bersama para pelajar dan para guru menceriakan persekitaran sekolah dengan membuat lakaran / lukisan graffiting yang memaparkan manfaat cukai untuk kemakmuran negara.
  • Warga LHDNM bersama para guru dan pelajar berganding bahu mengecat dinding sekolah di kawasan tapak perhimpunan.
  • LHDNM memberikan sumbangan alat bantuan mengajar kepada sekolah.
Majlis ucapan dimulai oleh Puan Rozemi Khalib iaitu Pengetua SMK Cochrane Perkasa
Ucapan oleh Puan Rozina Shaik Osman Merican selaku Pengarah Jabatan Khidmat Korporat LHDNM yang mewakili YBhg. Dato' Sri Sabin Samitah (Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM)
Menurut Puan Rozina, LHDNM mempunyai misi dalam membantu negara untuk membina satu masyarakat yang penyayang dalam merangka tanggungjawab sosial yang inklusif melalui pendekatan serampang dua mata iaitu memperkasa aktiviti kesedaran cukai dan pada masa yang sama terus mendekati masyarakat yang merupakan sebahagian daripada ekosistem percukaian negara, katanya.

Antara cenderahati soal jawab dan hadiah perlawanan persahabatan diantara pelajar SMK Cochrane Perkasa dan Warga LHDNM

Kaunter Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRiM)
Selain daripada menceriakan sekolah dan memberikan bantuan, terdapat juga aktiviti lain yang dijalankan untuk para pengunjung seperti :
  • Aktiviti senamrobik.
  • Kaunter Perkhidmatan Hasil4U.
  • Kaunnter Bantuan Rakyat 1Malaysia.
  • Kuiz kesedaran dan pendididkan cukai.
  • Perlawanan Persahabatan dalam acara futsal, bola tampar dan bola jaring  melibatkan warga LHDNM dan para pelajar.

Upacara penyerahan sumbangan bantuan alat mengajar sekolah oleh Puan Rozina kepada Pengetua SMK Cochrane Perkasa, Puan Rozemi Khalib
Majlis Perasmian Program Tanggungjawab Sosial LHDNM Ke-5 Di SMK Cochrane Perkasa, Cheras Kuala Lumpur

Puan Rozina Shaik Osman Merican, Pengarah Jabatan Khidmat Korporat LHDNM yang mewakili YBhg. Dato' Sri Sabin Samitah selaku Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM bersama-sama lebih 200 peserta yang terdiri daripada para guru, ibubapa, pelajar dan Hasilian yang turut sama menjayakan program ini. 

Pada tahun ini sebanyak 4 program tanggungjawab sosial telah berjaya dilaksanakan oleh LHDNM bermula dengan Program Pembersihan Pantai Tanjung Lipat, Kota Kinabalu diikuti dengan Penyerahan Sumbangan Cermin Mata kepada 150 orang pelajar yang kurang berkemampuan di kawasan Bachok dan Tumpat, Kelantan. Seterusnya Penyerahan Sumbangan Alat Bantuan Mengajar kepada 32 buah sekolah dalam Parlimen Jerlun, Kedah dan Penyerahan Sumbangan Alat Bantuan Mengajar kepada sekolah-sekolah terpilih di Bukit Mertajam bulan ini.



LHDNM Lancar QR Code Untuk Urusan Cukai Yang Lebih Mudah

Jika sebelum ini LHDNM telah memperkenalkan Kod Capaian Pantas (Quick Responce Code), yang juga merupakan inisiatif terbaharu bagi kemudahan orang ramai mendapatkan maklumat percukaian dengan pantas. Untuk menggunakan kemudahan ini, anda haruslah memastikan telefon pintar anda mempunyai platform imbasan QR Code. Jika tiada, anda hanya perlu memuat turun aplikasi QR Code sama ada di Play Store atau App Store. Dengan pengenalan QR Code ini orang ramai khususnya pembayar cukai dapat mengakses maklumat percukaian dengan lebih mudah melalui satu simbol, yang membolehkan pengguna mengakses maklumat-maklumat percukaian yang diperlukan di hujung jari. 

Antara maklumat yang boleh diakses melalui QR Code ini adalah seperti berikut :
  1. Bayaran Cukai Pendapatan Individu, Syarikat dan Majikan.
  2. Cukai Korporat.
  3. Cukai Pendapatan.
  4. Pendapatan Perniagaan Individu.
  5. Tanggungjawab Majikan.
  6. Cukai Koperasi.
  7. Cukai Keuntungan Harta Tanah.
  8. Duti Setem.
  9. Sekatan Perjalanan.
  10. Ekonomi Digital.
  11. Penamatan Perkhidmatan.



Lukisan Graffiting Manfaat Cukai Untuk Kemakmuran Negara
BERSAMA-SAMA BERGANDING BAHU MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB ANDA DALAM KESEJAHTERAAN NEGARA TERCINTA


Info Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) :

Ibu Pejabat LHDN Malaysia, Menara Hasil, 
Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 
63000 Cyberjaya.

Hubungi : 1-800-88-5436

Laman web : www.hasil.gov.my



You May Also Like

0 PEMBERI ULASAN