[ NATASHA ] Pusat Kesihatan Dan Kecantikan Oleh Dr. Fredi Setyawan

by - Isnin, Mei 07, 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Awet muda memiliki kaitan dengan kecantikan. Masa muda merupakan masa yang paling membahagiakan kerana bisa melihat kecantikan. Jika kamu berusaha memelihara kemampuan melihat kecantikan yang dimiliki oleh seseorang, maka kamu akan terlihat tetap awet muda kerana selalu bahagia. Cantik bukan sahaja pada akhlak tapi juga kecantikan wajah dan sihat yang berkeyakinan membuatkan seseorang itu bersemangat, maka lahirlah dari dalam membentuk keperibadian yang tinggi.

Set Hadiah Sempena Hari Ibu

Jom!! Cheq Sempoi nak perkenalkan satu produk skincare no 1 di Indonesia yang kini berada di pasaran Malaysia. Produk Natasha yang dirumuskan daripada bahan semulajadi, Natasha Beauty & Wellness menjanjikan rawatan kecantikan kulit yang dijamin selamat dengan pengiktirafan antarabangsa untuk merealisasikan impian cantik setiap wanita.


Natasha Beauty & Wellness Bangsar
Natasha adalah sebuah jenama produk dan rawatan kecantikan dari Indonesia yang telah bertapak di dalam bidang kecantikan lebih dari 20 tahun. Berbekalkan pengalaman selama itu, tidak hairan jenama ini menjadi jenama kecantikan yang terulung di Indonesia. Jenama yang diasaskan oleh pasangan suami isteri ini mempunyai kisahnya yang tersendiri disebalik penubuhan jenama Natasha.  Diasaskan oleh Dr. Fredi Setyawan. 

Kisahnya bermula pada tahun 1998 yang mana isterinya Drg. Tantri Onny Bianti yang tinggal di Ponorogo, Jawa Timur mengalami masalah jerawat yang teruk dan terpaksa berulang-alik ke Semarang untuk berjumpa pakar kulit bagi merawat masalah tersebut. Disebabkan itulah tercetusnya idea untuk menubuhkan Natasha apabila Dr. Fredi merasakan bahawa kos perbelanjaan perubatan untuk merawat isterinya telah menelan belanja yang banyak, jadi dia mengambil keputusan untuk menghasilakn produk kosmetiknya sendiri. Dari situ timbulnya minat Dr. Fredi untuk mempelajari bidang perubatan kosmetik dengan lebih mendalam lagi. Nama 'Natasha' diambil bersempena nama puteri kedua mereka.




Produk dan rawatan kecantikan yang terdapat di Natasha merangkumi penjagaan wajah, rambut dan juga badan. Yang menariknya lagi, rangkaian produk dan juga rawatan yang ditawarkan oleh Natasha adalah berasaskan sains dan berteknologi tinggi dan boleh didapati dengan harga yang berpatutan. Rangkaian produk yang dibawa oleh Natasha mempunyai keunikannya yang tersendiri kerana ianya dihasilkan daripada bahan botanikal berkualiti tinggi dan diperakui HALAL serta disokong oleh kaedah rawatan yang berteknologi tinggi.
Ketika di awal penubuhan jenama Natasha, Dr. Fredi mempunyai visinya tersendiri di mana, dia ingin menjadikan Natasha sebagai sebuah jenama perintis di dalam bidang penjagaan kulit wajah yang menawarkan produk dan juga servis yang terbaik pada harga yang berpatutan. Seiring dengan itu, Natasha merupakan sebuah jenama yang berada di dalam kelasnya tersendiri yang berpegang kepada slogan "Nature Meets Technology".




Pada tahun 2017 merupakan tahun Natasha melebarkan sayap mereka di Malaysia. Natasha Beauty & Wellness Malaysia secara rasminya telah dibuka di Jalan Maarof, Bangsar Kuala Lumpur yang merupakan cawangan sulung mereka di sini. Pusat kecantikan ini menawarkan pelbagai jenis rawatan kecantikan yang menepati kehendak setiap individu. Setiap individu mempunyai kulit wajah yang berbeza dan harus diberi penjagaan khusus yang bersesuaian dengan kulit individu tersebut.
Oleh yang demikian, produk dan rawatan yang ditawarkan haruslah mempunyai kepelbagaian supaya ia dapat memberikan kesan yang optimum kepada pengguna. Maka, terhasillah 3 rangkaian produk penjagaan wajah dari Natasha khusus untuk remaja, lelaki dan juga wanita. Antara rawatan yang boleh didapati di Natasha Beauty & Wellness Malaysia adalah :
  1. Natasha Micro Oxygen Facial
  2. Natasha Hifu (High Intensity Focused Ultrasound)
  3. Natasha Body Spa
Antara produk yang ada pula ialah :
  • Natasha Anti - Hair Loss Syampoo
  • Natasha Oil Hair Vitamin
  • Natasha Water Hair Vitamin
  • Natasha Anti - Dandruff Serum
  • Natasha Men's Sunscreen Gel
  • Natasha Men's Facial Wash
  • Natasha Teen's Day Sunscreen SPF 30
  • Natasha Teen's Sebum Control Cream
  • Natasha Teen's Facial Wash
  • Natasha Balancing Skin Toner
  • Natasha Moisturizing Caviar Complex Day Serum
  • Natasha Amino Facial Wash Deep Cleansing
  • Natasha Gentle Foaming Face Wash
  • Natasha Refreshing Facial Wash For Oily Skin
  • Natasha Oxygen (O2) Bubble Facial Cleanser



Sempena sambutan hari ibu pada 8 Mei 2018 setiap tahun diseluruh dunia. Sambutan yang diadakan adalah untuk meraikan pengorbanan ibu yang melahirkan kita. Jasa ibu harus dikenang setiap hari sepanjang tahun, tetapi sebagai anak kita harus mengingati ibu kita tanpa ada batasan.. Sekiranya, ibu kita jauh telefonlah ibu kita bertanya khabar, sekiranya ibu kita masih ada, jenguklah ibu kita. Nasihat ini adalah untuk Cheq Sempoi dan anda semua, mungkin kita leka dalam menjalani kehidupan kita sendiri.. kepada yang sudah tidak ada ibu, seperti Cheq Sempoi sedekahkanlah amalan kita semoga ibu kita mendapat pahala sehingga hari akhirat...Aamin.

Jika ada yang tidak tahu apa nak dihadiahkan untuk ibu tersayang atau isteri tercinta sempena hari ibu??? sama-sama kita ungkapkan penghargaan kita kepada insan mulia ini dengan menghadiahkan produk NATASHA untuk mereka cantik di HARI IBU.

Akhir kata dari Cheq Sempoi!!!

Daun rambutan luruh melata
Dedaun kering menjadi abu
Sambutannya di seluruh dunia
Tanda kenang jasa budi ibu

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Facebook 

Instagram

Hotline
03-2201 9922

You May Also Like

2 PEMBERI ULASAN

  1. makin lawa akak kita nanti dgn natasha ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha...ha..ha.. dah cuba pakai memang best jeragat yg ada sikit2 tu nampak kurang. Memang doktor fredi ni pakar dlm kajian kulit muka ni. Liez blh la try. Tp muka liez dah cantik halus licin je.

      Padam