Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) | Tawarkan Hidangan Bufet 'Selera Ramadhan' | Berkonsepkan Pasar Malam
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Baru-baru ini Cheq Sempoi berpeluang menghadiri satu preview bufet Ramadhan di PWTC. Adoiii... selama ni Cheq Sempoi ingatkan kat PWTC ni hanya satu tempat yang menawarkan untuk mengadakan event-event Kerajaan atau Korporat sahaja, contohnya pameran buku, pameran seni lukis yang mana Cheq Sempoi pernah hadiri. Rupanya di dalam tu macam-macam ada. Tempat warga KL shoping dan makan-makan. Cheq Sempoi dapat event review bufet Ramadhan daripada Restoran Riverside, PWTC. Wow... makanannya banyak sangat macam kat hotel-hotel yang biasa Cheq Sempoi review?. Tapi kali ni lain sikit. PWTC dengan kerjasama Restoran Riverside hari ini memperkenalkan bufet 'Selera Ramadhan di PWTC' yang menawarkan lebih 300 juadah makanan termasuk 24 buah gerai makanan berkonsepkan pasar malam berempena dengan majlis ulasan media di Restoran Riverside, PWTC.
HARGA BUFET 'SELERA RAMADHAN' DAN PEMBELIAN BAUCAR DISKAUN SEBELUM 16 MEI 2018
Bufet Ramadhan tersebut boleh ditempah mulai 17 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018 di Legar Putra, PWTC. Harga bufet 'Selera Ramadhan' ini ialah RM88 bagi dewasa, RM75 bagi warga emas yang berusia 60 ke atas dan RM45 bagi kanak-kanak yang berumur 7 hingga 12 ,tahun. Selain itu, PWTC juga menawarkan pembelian baucar 'early-bird' dengan harga RM75 bagi pelanggan yang membeli sebelum 16 Mei 2018.
BUFET RAMADHAN BERKONSEPKAN 'PASAR MALAM' DI PWTC
Apa?? berkonsepkan pasar malam? Hiss macam mana pulak tu?? Tu la kan tarikan untuk kita beribadah tu sangat lah Allah jaga. Allah hantarkan keajaiban yang boleh kita kongsi bersama sesama kita sempena bulan Ramadhan bulan mulia. Menyedari tentang selera Muslimin dan Muslimat yang lebih gemarkan makanan-makanan ringkas dan kepelbagaian yang ditawarkan di bazaar atau pasar malam setiap kali tibanya bulan puasa, PWTC mengambil pendekatan dengan menawarkan menu-menu khas pasar malam dengan keselesaan di dalam ruangan berhawa dingin. Dengan itu, para pengunjung tidak lagi perlu bersesak dan berpanas hanya untuk mendapatkan mnu-menu tertentu pasar malam.
Malah, PWTC juga turut menyelitkan elemen-elemen pasar malam ke dalam hiasan gerai, pakaian pelayan dan chef selain cara makanan dihidangkan. Pengunjung juga dihiburkan dengan alunan muzik dan nyanyian oleh Kumpulan Picha-Picha Featuring Linda Eva sepanjang bulan Ramadhan ini.
24 GERAI MAKANAN MENAWARKAN KEMUDAHAN DAN MENU-MENU SELERA RAMADHAN YANG SANGAT SEDAP SERTA MENJADI PILIHAN RAMAI
Antara menu-menu pasar malam yang ditawarkan di 24 gerai makanan Selera Ramadhan di PWTC termasuklah apam balik, char kuetiau, putu piring, nasi kerabu, nasi dagang, burger, roti john, aneka jenis kuih melayu, roti canai dan murtabak, pisang goreng, cempedak goreng, keropok lekor, cucur udang, cucur pisang, sate, yong tauhu, cakoi, tauhu bakar, rajak dan rojak buah serta air tebu dan air mata kucing. Selain menu pasar malam, pasukan Chef yang diketuai oleh Chef Eksekutif, En. Suzaini Mohamed Salih, juga menghidangkan pelbagai menu istimewa masakan ala kampung yang akan bertukar setiap hari. (Rujuk Menu Yang Dilampirkan)
Para pengunjung juga boleh menikmati bufet dengan tenang kerana mereka boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah bersama Imam di Surau Ar-Rahman, Aras 3 di PWTC. Segala kelengkapan seperti telekung untuk kaum Muslimah dan sejadah turut disediakan.
LAIN-LAIN PAKEJ BERBUKA PUASA TURUT MENJADI PILIHAN PERSENDIRIAN ATAU KORPORAT DI PWTC
PWTC turut menawarkan pakej berbuka puasa persendirian dan korporat di Dewan Bankuasi dengan harga RM98 seorang untuk tempahan 100 orang ke atas. Manakala harga bagi tempahan minima 50 orang pula ialah RM115 seorang. Pakej termasuk hidangan bufet, dewan khas untuk berbuka puasa, sistem audio, ruang khas solat serta kadar bayaran parkir tetap RM5 sekali masuk (bermula 6.00 petang).
Selain daripada itu, PWTC juga turut berbesar hati untuk kembali menganjurkan program "Mari Beramal Di Bulan Ramadhan" dengan membuat lawatan serta menghulurkan sumbangan berupa bekalan makanan dan wang tunai ke beberapa rumah penjagaan orang-orang tua dan rumah anak yatim yang terpilih sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. (Rujuk Senarai Anak-Anak Yatim Dilampirkan)
UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN ATAU PEMBELIAN BAUCER BUFET SELERA RAMADHAN @PWTC, PARA PELANGGAN BOLEH TERUS KE KAUNTER TEMPAHAN DI ARAS2, PWTC YANG DIBUKA DARI PUKUL 9.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG ATAU BOLEH MENGHUBUNGI
RESTORAN RIVERSIDE DI TALIAN 03-2614 6701/ 6702 ATAU 03-2614 6262
Portal Rasmi : www.pwtc.com.my
1 PEMBERI ULASAN
aduhhh...bila bukak entry akak ni.. terus rs nak g mkn kat sana lagi..
BalasPadam