Selera Tiga Negeri Di Rasa Wau Penyu Pilihan Penggemar Masakan Pantai Timur

by - Sabtu, Mei 19, 2018

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

Setelah seharian kita berpuasa lapar dahaga sudah mulai rasa biasa, lagi-lagi syukur alhamdulillah cuaca sekarang agak sejuk musim hujan. Walau bagaimanapun Cheq Sempoi nak juga kongsi satu restoran yang menyediakan hidangan pantai timur untuk bufet Ramadan mereka.






Selera Tiga Negeri Di Wau Penyu Pilihan Penggemar Masakan Pantai Timur Pilihan Terkini



KOMBINASI hidangan dari Pahang, Kelantan dan Terengganu menjadi menu utama Restoran Rasa Wau Penyu yang terletak di Sunway Giza, Kota Damansara berhampiran Giant, Kota Damansara. Premis yang menghimpunkan pelbagai makanan popular Pantai Timur itu sememangnya menunggu untuk santapan semua golongan peringkat masyarakat tempatan... chewah dah macam pemberita pulak Cheq Sempoi. Hi...hi..hi..




Tak!!! perlu tunggu hujung minggu atau  ke negeri berkenaan untuk menikmati hidangan wajib seperti nasi dagang atau nasi kerabu yang enak kerana segala-galanya ada di Rasa Wau Penyu selain menu Ramadan.

Bahan utama seperti keropok atau budu dibawa terus dari ketiga-tiga negeri itu. Semestinya dengan cara itu keaslian hidangan dari negeri Cik Siti Wan Kembang dan Penyu Bertelur dapat dipelihara.




Sangat menarik apabila Cheq Sempoi berpeluang bertemu pemilik restoran, Puan Linda yang berasal dari Pahang dan suami beliau pula berasal dari Terengganu, jadi dari penyatuan dua hati... maka terbuka lah restoran campuran 3 negeri. Hubungan itu lah memberi nilai yang tinggi terhadap Rasa Wau Penyu kerana ia simbolik kepada ‘kerjasama’ bersama suami-isteri. Puan Linda yang gemar memasak mengambil peluang mempelbagaikan lagi menu yang ada. Dari air tangan beliau yang menghasilkan juadah berbuka yang sangat sedap dari resepi turun temurun keluarga beliau, tidak mustahil kita akan berulang datang menjamu selera ke Rasa Wau Penyu.

Pelbagai Menu Istimewa

Ketam Kaw Hiong

Sotong Sumbat

Gulai Kawah Kambing

Patin Tempoyak Pais

Puan Linda menggabungkan masakan tradisi negeri kelahiran mereka masing- masing. Di sini anda boleh menikmati masakan yang rasanya seperti masakan ibu. Sajian yang mempersona itu pasti membuka selera para pelanggan. Antara menu masakan yang ada sepajang Ramadan adalah :
  • Ketam Kaw Hiong
  • Ayam Kampung Kapitan
  • Patin Tempoyak Pais
  • Sotong Sumbat
  • Gulai Kawah Kambing
  • Kerutub Daging Wau

Minuman yang istimewa dengan khasiatnya yang tersendiri, lain dari yang lain adalah pilihan utama pelanggan/ pengunjung seperti :
  • Air Serai Selasih
  • Air 3 Layer Bandung Cincau
  • Air Teh Ais 3 Layer
  • Asam Boi Cili
Apa yang menarik perhatian pelanggan pengunjung, seawal langkah memasuki pintu restoran itu jelas ciri-ciri tradisional. Kebanyakan hiasan terdiri dyaripada wau yang digantung seperti diawang-awangan dengan pelbagai saiz serta corak kesenian lama indah  memukau pandangan dalam restoran.


Kelebihan itu menarik pelanggan/ pengunjung untuk kembali semula menikmati sajian pada masa akan datang. Segala maklumat berkaitan Rasa Wau Penyu boleh didapati dengan melayari :

Laman Web : 

FB : 

IG :
https://www.instagram.com/rasa_wau/

Alamat : 
Sunway Giza, Block C-11-G
47809 Jalan PJU 5/14
PJU 5 Kota Damansara

Tel No :
010 2312704




You May Also Like

0 PEMBERI ULASAN