Makan Culture | Hidangan Tradisional Dan Hidangan Kontemporari Moden Gabungan Berasaskan Asia

by - Sabtu, Mei 19, 2018


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bila tiba hujung minggu Cheq Sempoi selalu pikir nak bawak anak-anak bersantai dan jalan-jalan. Sekarang Cheq Sempoi dah jumpa tempat yang agak best dan tempat makannya yang sedap sambil window shopping. Tempat yang Cheq Sempoi maksudkan ialah... Melawati Mall, satu mall baru yang sangat besar dan selesa untuk santai-santai seisi keluarga. Bila bawak anak-anak dah tentu Cheq Sempoi nakkan tempat makan yang sedap masakannya dan selesa. 


Jom!!! Cheq Sempoi perkenalkan satu restoran yang diberi nama 'Makan Culture' yang berada di tingkat 3 (klu tak silap), satu restoran makanannya memang best dan sedap-sedap tau sebab Cheq Sempoi dah cuba...hahahhaha.

Teh Tarik Leleh!!! Terbaik.
Makan Culture by Sakura Kristal adalah francais yang berkembang sejak tahun 2015 dengan mempromosikan makanan gabungan berasaskan Asia. Hanya menggunakan bahan-bahan HALAL yang terbaik, konsep kafe menyajikan pelbagai hidangan yang menarik di Malaysia. Melalui penyediaan makanan ini di setiap restoran Makan Culture memastikan makanan di sini disajikan segar dan panas. 



Penyampaian dan rasa makanan di sini disusun dan direka oleh Chef kreatif Kumpulan Chong Wenzie, yang telah bersama Sakura Kristal sejak tahun 2009. Chong, seorang lulusan dari Kolej Antarabangsa Flamingo dan Kolej Hospital Universiti Berjaya, berminat untuk membuat makanan kerana dia masih muda. Dia kerap mengembara ke dunia untuk mencuba hidangan lazat dan menggabungkan idea-idea ke dalam masakannya. Beberapa destinasi antarabangsa yang dia lawati :
  • Shanghai
  • Jepun
  • London
  • Hong Kong
  • Taiwan
  • Australia 
  • Brussels

Kepada yang suka menikmati makanan ala-ala barat pun ada di sini, bukan sahaja makanan Asia. Pelbagai menu hidangan, sesuai untuk di nikmati oleh semua golongon lapisan masyarakat di Malaysia dengan tawaran harga yang berpatutan, sesiapa yang ingin membawa keluarga boleh la mencuba hidangan di Makan Culture ini bila-bila masa.

Apa yang lebih menarik lagi, layanan dari pelayan restoren yang sangat baik serta ramah melayani pengunjung yang datang untuk menjamu selera. Di sini juga ada menyediakan makanan kepada sesiapa yang mengamalkan Vegetarian.


Kepada yang ingin mencuba hidangan boleh boleh hubungi info di bawah : 

Alamat :
Makan Culture Melawati Mall
L3,13 Melawati Mall
355, Jalan Bandar Melawati
Pusat Bandar Melawati
53100 Kuala Lumpur
Malaysia

Waktu Operasi : 
10.00am - 10.00pm

Kepada yang ingin membuat tempahan awal boleh lah hubungi ke : 

+603 41613689

Atau

Sesiapa yg ingin tahu lebih lanjut tentang Makan Culture boleh lah lawati ke :

FB :

You May Also Like

0 PEMBERI ULASAN