Zakat Fitrah Adalah Wajib Ke Atas Umat Islam Yang Bertaqwa | Dengan Tema [ Ramadan Dinanti, Zakat Dihati Serta Ramadan Terbaik ]

by - Rabu, Mei 16, 2018

Kredit by Colin
Assalamualaikum dan salam sayang semua...

Tentu semua telah bersiap sedia untuk menjalani ibadah berpuasakan??. Pertama sekali Cheq Sempoi amat bersyukur sehingga ke saat ini Allah masih memberi peluang untuk menjalani puasa bersama seluruh umat Islam di dunia ini. Alhamdulillah Ya Allah!!! Terharu dengan nikmat yang Allah kurniakan. Sama-sama kita beristiqamah dalam mengerjakan ibadah dalam bulan Ramadan bulan yang mulia ini. Insyallah.

Dalam kita beribadah jangan sesekali kita lupa pada yang kurang bernasib baik. Dari segi kasih sayang mahupun wang ringgit. Sebagai umat Islam yang bertaqwa kita diwajibkan membayar zakat untuk insan-insan yang memerlukan. Dan bulan ini jugalah peluang kita mendidik anak-anak kita beribadah sambil beramal.



Sesi Q & A
MUKADIMAH HAL BERKAITAN ZAKAT FITRAH

Pengertian Zakat Fitrah | Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. 

Dalil Zakat Fitrah

Zakat Fitrah berbeza dari zakat harta | kerana ia merupakan kewajipan ke atas individu-individu, sedangkan zakat harta merupakan kewajipan kepada harta-harta yang dimiliki. Oleh sebab itu, tidak disyaratkan pada zakat fitrah seperti apa yang disyaratkan pada zakat harta, seperti nisab, haul dan sebagainya. 

Sabda Rasulullah SAW dari Ibn Umar yang bermaksud:
“Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, satu sha’ kurma atau satu sha’ gandum, pada hamba sahaya, orang yang merdeka, lelaki, perempuan, kanak-kanak dan orang dewasa dari kaum Muslimin” (HR  Bukhari).


Fatwa Zakat Fitrah

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-60 yang bersidang pada 23 Oct 2003 telah membincangkan tentang Zakat Fitrah. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum zakat fitrah adalah wajib sekiranya cukup syarat wajib zakat fitrah iaitu :

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Tuan Hj Ahmad Shukri Yusoff Ketua Pegawai Eksekutif PPZ- MAIWP berbual mesra bersama pembayar zakat di kaunter zakat Cawangan Dataran Sharmelin Perkasa iaitu HQ PPZ-MAIWP

WAKTU MEMBAYAR ZAKAT FITRAH

Waktu Wajib | Mazhab Syafie mengikut yang azhar dan Hanbali berpendapat bahawa waktu wajib zakat fitrah bermula dengan tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan (malam Raya). Ia juga pendapat sebahagian Mazhab Maliki.

Waktu Sunat | Mazhab Syafie berpendapat sunat dikeluarkannya sebelum solat hari raya dan makruh mentakhirkannya sehingga selesai solat.

Waktu Haram | Al-Hasan bin Ziyad dari ulama Hanafi berpendapat waktu menunaikannya bersifat setempat dan terhad seperti hari korban. Justeru siapa yang menunaikannya selepas hari raya tanpa uzur, ia dianggap sebagai berdosa. Pendapat ini juga adalah pendapat Mazhab Maliki, Syafie, dan Hanbali. Tetapi tetap wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira sedekah. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.



Zakat Fitrah Adalah Wajib Ke Atas Umat Islam Yang Bertaqwa | Dengan Tema [ Ramadan Dinanti, Zakat Dihati Serta Ramadan Terbaik ]

Bertempat di Wisma PPZ Sharmelin Perkasa, Cheras satu Sidang Media Khas Ramadan PPZ-MAIWP 1439 oleh Tuan Hj Ahmad Shukri Yusoff iaitu Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP. Sidang media tersebut adalah bertujuan mewarwarkan kepada umum bahawa MAIWP bertanggungjawab untuk mengutip zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan manakala pihak Baitumal- MAIWP pula bertanggungjawab bagi mengagihkan zakat.

Sidang media ini juga diadakan sebagai pemakluman perkhidmatan PPZ-MAIWP di bulan Ramadan dengan tema "Ramadan Dinanti, Zakat Dihati" serta #ramadanterbaik. Diantara jenis-jenis Zakat Harta yang boleh ditunaikan adalah:
  • Zakat Pendapatan
  • Zakat Perniagaan
  • Zakat Simpanan
  • Zakat Emas
  • Zakat KWSP
  • Zakat Saham
  • Qadha Zakat
Turut boleh ditunaikan adalah Zakat Fitrah sebanyak RM7.00 dimana-mana kaunter cawangan PPZ-MAIWP. Dengan menyediakan 6 saluran pembayaran zakat yang mudah iaitu:



11 Kaunter Zakat PPZ-MAIWP | DIBUKA SETIAP HARI TERMASUK CUTI UMUM bermula dari jam 8.15 pagi hingga 4.30 petang. Berikut adalah senarai lokasi kaunter-kaunter tersebut :
  • Dataran Sharmelin Perkasa yang juga HQ PPZ-MAIWP
  • Plaza Rah, Kampung Baru
  • Masjid Negara
  • KLSC, Wangsa Maju 
  • UTC KL, Pudu Sentral
  • Presint 9, Putrajaya
  • Presint 15 Diplomatik, Putrajaya
  • Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Kepong
  • Anjung Niaga Masjid At-Taqwa, TTDI
  • Masjid Abdul Rahman bin Auf, Jalan Puchong
  • Labuan Time Square

Portal PPZ-MAIWP 

1. Hanya perlu layari www.zakat.com.my
2. Kalkulator zakat pendapatan bagi pengiraan zakat pendapatan.
3. Pembayaran zakat secara online menerusi FPX .

Perbankkan internet | 14 Bank telah dilantik sebagai agen bagi memudahkan pembayaran zakat di PPZ-MAIWP.

Tambahan potongan gaji zakat melalui SKIM TOHIR (Skim Potongan Gaji Zakat) | Dengan tema kebaikan "Kebaikan Menuai Keberkatan". berikut adalah langkah-langkahnya :
  • Isi borang 052 yang boleh didapati di 11 kaunter PPZ-MAIWP atau di portal PPZ MAIWP atau dengan pihak majikan.
  • Kemudian kira zakat anda untuk mengetahui penambahan yang ingin dibuat. 
  • Isikan jumlah zakat yang ingin ditambah diruangan penambahan diborang 052.
  • Borang tersebut perlulah diberikan kepada pihak majikan atau boleh menyerahkannya sendiri kepada PPZ-MAIWP dimana-mana 11 kaunter cawangan PPZ-MAIWP. Anda juga boleh membuat penambahan potongan gaji ini secara online di Portal PPZ-MAIWP.

Auto Debit Maybank
  • Pembayaran zakat menerusi autodebit Maybank.
  • Penerangan kemudahan melalui pembayaran ini boleh didapati dengan menghubungi talian zakat 1 300 885757 atau kasyer yang bertugas di 11 kaunter PPZ-MAIWP.
  • Borang AUTODEBIT Maybank ini boleh didapati di 11 kaunter PPZ-MAIWP.

Bayaran zakat menerusi MYEG | Pembayaran zakat boleh dibuat menerusi Portal MyEG, www.myeg.com.my

Perkhidmatan istimewa di 11 kaunter PPZ-MAIWP :
  • Taksiran zakat.
  • Khidmat nasihat berkaitan zakat.
  • Mesin timbangan emas bagi kiraan zakat emas.
  • Pengiraan zakat secara manual bagi membolehkan pembayar melihat sendiri pengiraan zakat mereka.
  • Pembayar zakat boleh menyemak rekod zakat tanpa mengira tahun bayaran.
  • Pembayar boleh mendapatkan salinan pembayaran yang telah dibuat.
  • Mesin mengira wang bagi membolehkan pengiraa wang dilakukan dengan telus.
  • Pembayar zakat boleh dibuat secara tunai, cek, kad debit dan kad kredit perbankkan Islam.

Pelbagai cenderahati disediakan kepada para pembayar zakat di ke enam-enam saluran bayaran zakat yang disediakan diantaranya adalah produk asnaf. Tujuan cenderahati diberi adalah bagi menggalakkan orang ramai berzakat serta menghargai niat suci pembayar zakat.
Bagi maklumat lanjut :

Anda turut boleh menghubungi Talian Zakat PPZ MAIWP 1 300 885757 dan pihak pusat panggilan kami akan sedia membantu anda.

Rebutlah keberkatan berzakat dibulan Ramadan bulan yang penuh Barakah ini dan bayarlah zakat dengan saluran yang betul seperti Pusat Pungutan Zakat-MAIWP agar zakat anda sampai kepada asnaf yang layak.

Jadikanlah Ramadan ini sebagai yang terbaik agar kita menjadi Muslim yang hebat Insyallah. 

You May Also Like

3 PEMBERI ULASAN

  1. Berzakat di bln Ramadan, besar ganjaran dari biasa ๐Ÿ˜‰

    BalasPadam
  2. Perkongsian bermanfaat di bulan Ramadhan. Semoga kita sama-sama tak lupa untuk tunaikan Zakat Fitrah dan Zakat Harta di Bulan Ramadhan ini.

    BalasPadam
  3. Ppz maiwp adalah agensi yg betul untuk berzakat. Berzakat di saluran betul baru lah golongan asnaf dpt dibantu

    BalasPadam