SEMARAKKAN BULAN RAMADAN | DI IBU KOTA | IFTAR@KUALA LUMPUR 2018
Kredit by JKKN |
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada seluruh warga kota raya Kuala Lumpur.
Cheq Sempoi sangat teruja laaa...tahun ni kerana buat pertama kalinya Cheq Sempoi dapat tahu aktiviti yang sebegini diadakan setiap tahun ditengah-tengah kesibukan Kota Raya.
Berbuka puasa sambil menikmati keindahan kota Kuala Lumpur dalam remang senja telah menarik kehadiran pengujung tempatan dan antarabangsa sejak ia dilaksanakan enam (6) tahun yang lepas yang pada mulanya dilaksanakan pada tahun 2012 - 2014 menerusi program Festival Ramadan dan dijenamakan semula Iftar@KL pada tahun 2015.
Iftar@KL 2016 telah berjaya menarik kehadiran khalayak keseluruhannya seramai 17,250,600 orang khalayak merangkumi khalayak di lokasi, khalayak media, paparan blog dan media sosial oleh para blogger yang menulis tentang Iftar@KL 2016. Manakala kehadiran pelancong tempatan berjumlah 66,080 orang manakala seramai 16,520 orang kehadiran pelancong luar negara yang terdiri dari :
- pelancong timur tengah
- negara Asean
- Korea Selatan
- China
- Jepun
- Sepanyol
- Itali
- Jerman
- Belanda
- Amerika Syarikat
- Perancis.
Manakala Iftar@KL 2017 pula menyaksikan peningkatan jumlah pengunjung sepanjang enam (6) hari setiap hujung minggu sepanjang bulan Ramadan ialah seramai 93,588 orang pengunjung termasuk pengunjung luar negara seperti :
- Brunei
- Thailand
- Singapura
- Indonesia
- Kazakhstan
- Korea Selatan
- UAE
- Kanada
Bagi tahun ke-7 ini, Iftar@Kuala Lumpur 2018 yang akan berlangsung di bulan Ramadan 1439H sebanyak enam (6) kali pada tarikh 26&27 Mei, 2&3, 9&10 Jun 2018 (Setiap Sabtu dan Ahad) di Jalan Raja, Kuala Lumpur (berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad). Urus setia telah berusaha melakukan penambahbaikan penganjuran yang diselaraskan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Iftar@KL 2018 bertujuan untuk menjadikan bulan Ramadan sebagai satu bulan di mana kegiatan kerohanian dan kesenian Islam dapat disemarakkan kepada masyarakat khususnya dalam kalangan generasi muda serta memupuk nilai-nilai murni melalui penganjuran aktiviti. Urus setia berusaha membawa Iftar@KL 2018 sebagai satu program keperluan pelancongan secara islamik dan platform menjadikan Kuala Lumpur sebagai Pusat Seni dan Budaya di peringkat Antarabangsa.
Selain itu, ia bertujuan untuk mengimarahkan dan memakmurkan bulan Ramadan sebagai bulan ibadah dan keprihatinan sesama insan melalui amalan-amalan kebajikan di samping mengeratkan hubungan silaturahim masyarakat pelbagai kaum. Melalui program seumpama ini, umat Islam digalakkan untuk mengejar ganjaran dan kenikmatan bulan yang penuh berkat.
Kelainan pengisian IFTAR@Kuala Lumpur 2018, sebanyak lima belas (15) komponen pengisian aktiviti berbanding empat belas (14) aktiviti pada tahun 2016 & 2017 yang akan dilaksanakan oleh:
- Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
- Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bersama Rakan Pengajuran Bersama (NBOS)
- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
- Kementerian Pertahanan Malaysia
- Kementerian Kewangan Malaysia
- Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
- Tourism Malaysia
- Islamic Tourism Centre
- Jabatan Warisan Negara
- Jabatan Penerangan Malaysia
- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
- Masjid Jamek Kampong Bharu
- Alam Flora
- Food Truck Entrepreneurs
- Sukarelawan Budaya JKKN
- Penyediaan dan Pengagihan Bubur Lambuk
- Pameran Bubur Lambuk
- Produk Pakej Umrah
- Tadarus Al-quran
- Sukarelawan
- Klinik Tahsin Al-Quran
- Jualan Food Truck
- Kaunter Zakat
- Mobile CTC
- Kaunter Sumbangan
- Majlis Berbuka Puasa (Iftar)
- Solat Berjemaah (Maghrib, Isyak dan Terawih)
- Bicara Ramadan (Ramadan Talk)
- Konsert Ramadan
- Moreh
Melalui program ini juga, akan dihiburkan oleh Kumpulan Nasyid terkenal Tanah air iaitu Kumpulan Hijjaz, UNIC, Raihan dan artis-artis nasyid yang lain manakala penceramah terkenal akan dijemput untuk memeriahkan program sepanjang iftar@Kuala Lumpur 2018 berlangsung iaitu Sahibul Samahah Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri, YBhg. Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, YBhg. Datuk Ustaz Kazim Elias, YBhg. Dato' Ustaz Badlishah Bin Alauddin, YBhg. Dato' Dr. Haji Mohd Fadzillah Kamsah dan PU Azman.
JKKN ialah sebuah agensi di bawah Kementerian pelancongan dan Kebudayaan yang bukan sahaja menjalankan aktiviti kebudayaan dan kesenian di Malaysia malah menyemarakkan nilai-nilai murni, semangat perpaduan, penyelidikan, kerohanian, dan mengetengahkan majlis-majlis Ilmu yang berlandaskan kecintaan kepada Negara.
Melalui Iftar@Kuala Lumpur 2018, bulan Ramadan dijadikan sebagai satu bulan di mana kegiatan kerohanian dan kesenian islam dapat disemarakkan kepada masyarakat khususnya generasi muda dalam memupuk nilai-nilai murni terutama masyarakat kota.
Jom sertai sebagai sukarelawan budaya :
Daftar sekarang di www.jkkn.gov.my
Tel : 03-2614 8200 8298 8263 8264
Fb : @sukarelawan Budaya Jkkn :
0 PEMBERI ULASAN