Buffet Ramadhan 2018 | Hotel Tenera Meraikan Anak-Anak Yatim & Tahfiz Di Majlis Amal Barakah Ramadhan

by - Jumaat, Jun 08, 2018


Assalamualaikum dan salam sejahtera...


May 31, 2018  Ramadhan2018, bertempat di Selasih Garden Restaurant, Hotel Tenera Bangi, telah diadakan Majlis Amal Barakah Ramadan bersama Anak-Anak Yatim anjuran Hotel tersebut. Alhamdulillah Cheq Sempoi dijemput bersama-sama berbuka puasa bersama anak-anak Yatim dan Tahfiz Di Majlis Amal Barakah Ramadhan dari beberapa buah rumah kebajikan. 


Seramai 150 anak-anak dari rumah atau pusat anak-anak yatim, fakir miskin dan tahfiz sekitar Bangi dan Kajang telah diraikan pada petang itu. Bersempena acara itu juga, Hotel Tenera berbesar hati untuk membiayai segala perbelanjaan kos MBAR termasuk pemberian duit sumbangan kepada 5 rumah kebajikan yang terbabit iaitu :
  • Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Rukaiyah
  • Akademi Tahfiz Quran Al-Fawwaz
  • Rumah Anak Yatim Darul Izzah
  • Rumah Bakti Al-Kausar 
  • Pusat Asnaf Quranik Al-Ummah
๐Ÿ“ท dboystudio | Anak-Anak Yatim

Tujuan utama MBAR adalah memperkukuhkan jenama Hotel Tenera dan mewujudkan persekitaran sosial yang baik serta mengeratkan silaturahim diantara pihak pengurusan dan masayarakat sekeliling. Barakah Ramadhan yang mana ia merupakan satu program tanggungjawab sosial serta fardhu kifayah terhadap masyarakat sekeliling, khususnya individu-individu yang memerlukan bantuan.




Bertemakan "Masakan Sajian Nostalgia" kebanyakkan menu yang dihidangkan kali ini adalah masakan-masakan tradisional dan barat istimewa. 'Hargai Kenangan Lama' bersama 'Sajian Hidangan Nostalgia' yang dikonsepkan sebagai Buffet Ramadhan di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi. Hotel Tenera merupakan hotel yang diuruskan oleh KPF Hotel Management Sdn Bhd yang 100% dimiliki sepenuhnya oleh Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad.

Memang sangat meriah apabila majlis berbuka puasa penuh dengan kanak-kanak bersama juadah berbuka puasa mereka. Pelbagai menu menarik dapat berkongsi bersama dengan mereka.

๐Ÿ“ท dboystudio | Nasi Buluh

Paling istimewa dan terujanya Cheq Sempoi adalah menu nasi buluh. Anda harus mencuba nasi buluh yang lembut dan sedap bersama lauk-pauk yang ada termasuk la rendang dan sambal udangnya.





Deko yang menarik seperti warung pasti memikat hati pengunjung. Koleksi biskut-biskut lama yang boleh ada dapatkan disini. Kuih- kuih tradisional dan kacang putih turut menarik perhatian sambil diiringan lagu-lagu menarik oleh penyanyi jemputan.











Bagi yang berminat untuk merasai kenikmatan buffet Ramadhan di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi boleh berkunjung ke hotel, atau menghubungi pihak pengurusan untuk membuat tempahan melalui no telefon 03-89299600. 


Harga Bufet Ramadhan.
Dewasa : RM 118

Bermula 18 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018
6.30 PM - 10.30 PM



Jika berminat untuk berbuka puasa bersama Hotel Tenera bolehlah hubungi info di bawah :

HOTEL TENERA
Persiaran Kemajuan, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan
No Telefon : 03-89299600

Untuk maklumat lanjut boleh kunjungi laman web rasmi Hotel Tenera :

You May Also Like

0 PEMBERI ULASAN